Salam Browser: 5 Adab Dan Etika Online Di Bulan Ramadan

Salam Browser, solusi etika pelayaran internet terbaik, adab online selamat dan terjamin,

Salam Ramadan… antara aktiviti pilihan ramai mengisi waktu terluang bulan puasa ini adalah dengan melayari internet. Kepentingan internet merupakan fenomena bukan hanya mempengaruhi gaya hidup orang dewasa malah remaja dan generasi muda era digital ini. Sempena bulan yang mulia ini saya mengambil kesempatan untuk berpesan-pesan berkongsi kebaikan tentang 5 adab dan etika online di bulan Ramadan untuk kebaikan bersama.

5 Adab Dan Etika Online Di Bulan Ramadan

Adab Melayari Internet Di Bulan Ramadan


Berikut adalah 5 adab dan etiqa online di bulan Ramadan yang perlu kita titikberatkan sebagai peringatan dan renungan kita semua. Semoga ibadah kita sentiasa dilimpahi cahaya keimanan dan rahmat keberkatan Illahi, in shaa Allah.

1. Melayari Internet Dengan Adab Sopan
Melayari internet terutamanya media sosial memerlukan kita berinteraksi dengan rakan dan kenalan. Pastikan setiap status mahu pun komen-komen yang kita kongsikan tidak menyentuh sensitiviti dan membuatkan orang lain rasa terguris hati. Walaupun adakala segala teguran atau pandangan itu betul, sebaiknya biarlah dinyatakan secara peribadi dan terhormat agar tidak wujud rasa terhina atau dimalukan.

2. Jauhi Segala Fitnah Alam Maya
Ruang lingkup media sosial sememangnya menyediakan sebaran yang cepat, viral sebelum sesuatu perkara itu diketahui kebenarannya. Kejadian yang berlaku dalam beberapa minit telah mendapat sebaran yang cukup besar dan menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan. Pastikan agar kita tidak tergolong dikalangan yang menyebarkan fitnah tanpa kepastian tentang kebenarannya.

3. Jauhi Perkara-Perkara Yang Jelas Haram
Internet dunia tanpa sempadan pastinya menghidangkan pelbagai informasi sama ada ianya bermanfaat atau memburukkan. Perkara utama kita perlu jauhi adalah daripada terdorong melawati laman-laman lucah atau yang setaraf dengannya. Sia-sia penat lelah kita menegakkan ibadah puasa sedangkan kita juga yang memadamkan cahaya keimanan tersebut… nauzubillah.

4. Bantu Masyarakat Membentras Kemungkaran
Bagi membentras perkara-perkara haram di internet, adalah sebaiknya menjadi seruan dan tanggungjawab kita sendiri menjadi sebahagian agen pembentras yang membantu masyarakat. Mulakan kesedaran dengan diri sendiri dan memastikan ahli keluarga mahupun rakan-rakan sama-sama menjauhi kemungkaran.

5. Jangan Leka Hingga Meninggalkan Kewajipan Dan Tanggungjawab
Disebalik memilih melayari internet untuk mengisi waktu menunggu berbuka, ia kita jadikan sesuatu yang melekakan diri hingga tidak menunaikan kewajipan dan tanggungjawab utama seperti solat fardu dan seumpamanya, termasuk meringankan tanggungjawab kerjaya mahupun keluarga yang terlebih dahulu wajib disempurnakan.


Salam Browser Solusi Etika Online Terbaik Masa Kini

Justeru dibulan Ramadan yang mulia ini adalah fundamental terbaik untuk kita mulakan gaya hidup positif dan selamat dalam melayari internet. Atas faktor tersebut, saya terpanggil untuk memperkenalkan Salam Browser sebagai solusi terbaik masa kini. Ia adalah platform yang menyediakan pelayaran internet selamat, lancar dan membantu mencegah anasir yang tidak sihat dalam melayari internet.

Salam Browser bukan sekadar pelayaran internet yang memberi maklumat sepertimana kebiasaan, tetapi prihatin dalam memastikan pencegahan laman lucah, kandungan yang berbahaya seperti scam, pishing dan penipuan internet serta melindungi privasi anda sebagai pengguna. Buat masa ini ia didatangkan dalam versi Beta dan akan senantiasa dikemaskini untuk penambahbaikan. Oleh itu, marilah kita bersama menyokong dengan memuat turun Salam Browser untuk kegunaan seharian yang lebih selamat dan bermanfaat.      

Salam Browser
Salam Browser sesuai untuk pelbagai urusan termasuk rujukan pembelajaran

Bangunkan Gaya Hidup Digital Yang Positif 


Antara asas gejala sosial masa kini adalah disebabkan penggunaan internet yang tiada kawalan. Internet adalah satu medium penting yang amat bernilai dalam kehidupan masa kini. Bimbingan merupakan tanggungjawab yang penting untuk kita sentiasa berpesan-pesan demi menjamin pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 

Justeru, begitulah aspirasi Salam Browser yang dicipta untuk membantu memastikan kita semua sentiasa beroleh ilmu bermanfaat serta terpelihara dengan 5 adab dan etika online sepanjang melayari internet. Membina minda sihat dan kehidupan yang lebih sejahtera.

Jom baca info lanjut dan muat turun Salam Brower di sini : www.salambrowser.com  

COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Browser: 5 Adab Dan Etika Online Di Bulan Ramadan
Salam Browser: 5 Adab Dan Etika Online Di Bulan Ramadan
Salam Browser, solusi etika pelayaran internet terbaik, adab online selamat dan terjamin,
https://1.bp.blogspot.com/-V4KY4SStl7c/V1VKDzQM34I/AAAAAAAAMkw/msu-0-jDPP0jPoP5zUvrCbtmr4YB0gbPQCLcB/s640/Adab%2Bber-online.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-V4KY4SStl7c/V1VKDzQM34I/AAAAAAAAMkw/msu-0-jDPP0jPoP5zUvrCbtmr4YB0gbPQCLcB/s72-c/Adab%2Bber-online.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/5-adab-dan-etika-online-di-bulan-ramadan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/5-adab-dan-etika-online-di-bulan-ramadan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy