AIA Vitality Membantu Rakyat Malaysia Jalani Gaya Hidup Sihat

AIA Vitality bertanggungjawab memainkan peranan aktif dalam memperkasa dan menggalakkan individu dan keluarga di Malaysia dan rantau Asia Pasifik membuat perubahan kepada gaya hidup sihat dan sejahtera,

Pada 3 Jun 2016, saya telah menghadiri pelancaran AIA Vitality anjuran syarikat insurans terkemuka AIA Bhd. Merupakan program kesihatan berasaskan sains yang menyediakan maklumat, panduan dan motivasi kepada peserta untuk meningkatkan kesihatan. Program ini menggabungkan faedah kesihatan dengan penyelesaian insurans hayat dan takaful bagi memastikan AIA dapat berperanan lebih aktif mendorong rakyat Malaysia menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Pelancaran AIA Vitality, Anusha Thavarajah, Bill Lisle, Mark Tucker,
Pelancaran AIA Vitality bersama Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Anusha Thavarajah (tengah),
dengan (dari kiri) Ketua Eksekutif Serantau Kumpulan AIA, Bill Lisle dan Ketua Pegawai Eksekutif dan
Presiden Kumpulan AIA, Mark Tucker

Program AIA Vitality Membina Gaya Hidup Sihat


Berdasarkan pembentangan Tinjauan Indeks Kehidupan Sihat AIA 2016, terdapat penurunan kadar tahap kesihatan rakyat Malaysia berbanding seluruh rantau Asia Pasifik. Oleh itu, adalah menjadi fokus AIA memainkan peranan aktif menggalakkan individu dan keluarga di Malaysia serta rantau Asia Pasifik memilih gaya hidup sihat dan sejahtera.

Melalui majlis pelancaran AIA Vitality ini, saya mendapat nasihat, bimbingan dan ganjaran sebagai insentif menjalani kehidupan sihat. Program terdiri daripada tiga tunggak utama iaitu, ketahui kesihatan, tingkatkan kesihatan dan nikmati ganjaran. Melalui Semakan Kesihatan AIA Vitality, saya mendapat tahu ‘Usia AIA Vitality’, iaitu penunjuk aras kesihatan keseluruhan berbanding usia sebenar.

Hasil Semakan Kesihatan AIA Vitality yang saya lakukan amat memeranjatkan. Berdasarkan penunjuk aras, Usia AIA Vitality saya adalah 51 tahun!!... Nampaknya, kurang bersenam dan tidak prihatin tentang pemakanan sihat menjadikan usia saya lebih tua dari sepatutnya. Ini bahaya… saya perlu lebih memotivasikan diri menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

AIA Vitality Health Review,
Peserta menjalani semakan AIA Vitality (AIA Vitality Health Review)

Saya juga terlibat dengan aktiviti panduan membeli belah barangan makanan sihat, dan melakukan senaman bersama peserta yang hadir. Ia diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi mudah alih dan peranti kecerdasan boleh pakai yang memudahkan ahli-ahli AIA Vitality mengesan matlamat dan log aktiviti ke arah memperkasa gaya hidup sihat.

Pelancaran AIA Vitality,
Ketahui taraf kesihatan anda dan nikmati ganjaran

Pelancaran AIA Vitality; Solusi Kehidupan Sihat Dan Sejahtera


Pelancaran AIA Vitality ini merupakan program pertama seumpamanya dalam industri insurans hayat dan takaful Malaysia dengan kerjasama AIA dan Discovery. Program ini menggunakan prinsip ’behavioural economics’ yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui pemberian ganjaran kepada ahli seperti manfaat dan diskaun demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Ia merupakan program yang menarik dan bermanfaat kerana saya bukan sekadar mengetahui taraf kesihatan dan panduan menjalani kehidupan sihat, tetapi usaha yang dilakukan juga diberi ganjaran. Saya dapat 2 tiket wayang percuma hanya dengan menjawab soalan kesihatan! Pelbagai ganjaran menarik disediakan melalui program AIA Vitality yang cukup memotivasikan diri untuk sentiasa menjalani kehidupan sihat.      

Pelancaran AIA Vitality yang meriah dan sarat dengan informasi kesihatan ini turut disokong personaliti televisyen. Teruja berpeluang berkolaborasi lagi bersama personaliti hebat tanah air.

Amber Chia, Khir Khalid, AIA Vitality,
Amber Chia, partner gaya hidup sihat di pelancaran AIA Vitality

AIA Malaysia telah bekerjasama dengan 12 rakan kongsi untuk menawarkan ahli AIA Vitality dengan pelbagai diskaun dan ganjaran antaranya, keahlian gim, peranti kecergasan boleh pakai, pakaian sukan, makanan sihat, pemeriksaan kesihatan dan penilaian kecergasan, hotel, tiket penerbangan dan menonton filem.

Paling menarik, ahli-ahli AIA Vitality berpeluang menerima diskaun 15% hingga 50% (bergantung status keahlian) apabila menyertai program atau belian melalui rakan kongsi AIA Vitality seperti AirAsia, Berjaya Hotel and Resorts, BP Healthcare, Emirates, Fitbit, Fitness First, Garmin, Guardian, Marriot, Medklinn, Reebok dan majalah Men’s Health & Women’s Health, Mangoose Publishing.

Izzue Islam, Khir Khalid, AIA Vitality,
Izzue Islam turut buat semakan Usia AIA Vitality... berapa umo bro! :D

Jalani Gaya Hidup Sihat Dengan AIA Vitality


Keahlian AIA Vitality akan dibuka dahulu kepada pelanggan yang membeli polisi insurans hayat atau sijil takaful baharu dengan AIA. Bagi para pelanggan yang mendaftar untuk menjadi ahli AIA Vitality melalui pembelian produk utama AIA, A-Life Link dan bersamaan takaful A-Life Link-I, mereka bakal menerima perlindungan tambahan percuma sehingga 45% atas kematian dan kehilangan upaya. Program ini akan disediakan kepada pelanggan AIA sedia ada pada lewat tahun ini.
“Ganjaran terbesar diterima seorang pemegang polisi daripada program AIA Vitality adalah keupayaan menikmati kesihatan yang lebih baik melalui penjimatan penjagaan kesihatan jangka panjang. Kami mempunyai data untuk mengesahkan bahawa pelanggan yang berterusan melibatkan diri dengan AIA Vitality menikmati kos perubatan lebih rendah berbanding yang kurang aktif.”– Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Bhd.

Pelancaran AIA Vitality, Anusha Thavarajah,
Ucapan Anusha Thavarajah, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad sempena pelancaran AIA Vitality

Pelancaran AIA Vitality menjelaskan komitmen sepenuhnya AIA yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan aspirasi dalam usaha menggalakkan kehidupan yang sihat dan sejahtera di kalangan masyarakat Malaysia serta rantau Asia Pasifik seluruhnya.

Marilah kita jalani gaya hidup sihat untuk kehidupan yang lebih sejahtera. Untuk sebarang info lanjut, jom layari : www.aiavitality.com.my 

COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: AIA Vitality Membantu Rakyat Malaysia Jalani Gaya Hidup Sihat
AIA Vitality Membantu Rakyat Malaysia Jalani Gaya Hidup Sihat
AIA Vitality bertanggungjawab memainkan peranan aktif dalam memperkasa dan menggalakkan individu dan keluarga di Malaysia dan rantau Asia Pasifik membuat perubahan kepada gaya hidup sihat dan sejahtera,
https://1.bp.blogspot.com/-jCwgx7hlNtk/V2eay-WMdsI/AAAAAAAAMw8/7V6SISinScA2ousc3MfRmsmmRIcH6dtVgCLcB/s640/AIA%2BVitality.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-jCwgx7hlNtk/V2eay-WMdsI/AAAAAAAAMw8/7V6SISinScA2ousc3MfRmsmmRIcH6dtVgCLcB/s72-c/AIA%2BVitality.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/aia-vitality-membantu-rakyat-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/aia-vitality-membantu-rakyat-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy