Aspirasi Pembangunan Sosial Di Bulan Ramadan 1437H

Salam Ramadan 2016/1437H,

Saya menaip artikel ini diawal pagi yang hening sewaktu kita serta umat Islam seluruhnya mula menyambut kehadiran bulan mulia Ramadan Al Mubarak. Hari ini merupakan permulaan kita semua bersahur dan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2016 ini. Sungguh pantas dirasakan masa berlalu... sedar tak sedar Aidilfitri yang lalu telah mencapai hampir setahun melangkah pergi meninggalkan kita.

Salam Ramadan 2016/1437H

Ramadan Dan Amanah Kepercayaan


Kali ini saya tidak menulis panjang kerana mood cuti sekolah masih menguasai keseluruhan kotak pemikiran ini. Perlu ‘refresh’ untuk beberapa ketika dan Ramadan ini merupakan bulan yang sangat tepat untuk mengemaskini jadual urusan dan kehidupan termasuk berblogging. Bulan untuk menggandakan usaha ibadah termasuk fokus persediaan kepada komitmen yang lebih besar bakal tiba… pehh, macam berat je bunyinya.

Bukan apa pun… sebenarnya saya telah diberi kepercayaan memperkasa modul pembangunan sosial dengan sokongan kolaborasi beberapa pihak berkaitan, beberapa minggu sebelum cuti sekolah bermula. Tawaran yang mampu meluaskan lagi usul yang masih diusahakan bermula sejak beberapa tahun sebelum ini ke beberapa institusi pengajian lagi. Perincian demi perincian kertas kerja perlu diperbentangkan secara berperingkat.

Namun ia bukanlah satu bebanan tetapi peluang dan amanah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Syukurlah juga kerana ada beberapa pihak kolaborasi merupakan antara syarikat-syarikat yang mengendalikan beberapa acara melibatkan blogger. Mudah-mudahan secara tidak langsung menambah peluang memantapkan blog sebagai sokongan kerjaya berkongsi informasi gaya hidup dan motivasi yang lebih bermanfaat, in shaa Allah.

Salam Ramadan Al Mubarak 1437H


Kelapangan ini saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan 1437H dan selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Mohon kemaafan kepada anda semua terhadap segala salah dan silap, terkasar bahasa dan terguris hati atas segala perkongsian informasi sepanjang berblogging juga perkenalan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk adalah dari diri saya sendiri.

Niat berpuasa
Jangan lupa niat berpuasa... :)


Salam Ramadan buat semua sahabat bloggers dan pembaca yang amat saya hargai… semoga dapat menjalani ibadah Ramadan ini dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya buat kita semua… aamiin.

Salam hormat, kasih dan sayang dari saya buat anda semua! :) 

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Aspirasi Pembangunan Sosial Di Bulan Ramadan 1437H
Aspirasi Pembangunan Sosial Di Bulan Ramadan 1437H
Salam Ramadan 2016/1437H,
https://4.bp.blogspot.com/-v-ksZd4N8Kw/V1R417-p94I/AAAAAAAAMkM/juz-XdvS0tUw0fVqr7khfTKhArBNh4WfQCLcB/s640/ramadan2016.png
https://4.bp.blogspot.com/-v-ksZd4N8Kw/V1R417-p94I/AAAAAAAAMkM/juz-XdvS0tUw0fVqr7khfTKhArBNh4WfQCLcB/s72-c/ramadan2016.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/aspirasi-pembangunan-sosial-di-bulan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/aspirasi-pembangunan-sosial-di-bulan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy