Coretan Statistik Blog Di Bulan Ramadan

Sekian lama memerhati statistik dashboard blogger, akhirnya saya terpanggil untuk mencoret kembali serba sedikit nota berblog sebagai tanda...

Sekian lama memerhati statistik dashboard blogger, akhirnya saya terpanggil untuk mencoret kembali serba sedikit nota berblog sebagai tanda aras dan komitmen berblogging. Tatkala melihat statistik tidak menentu Ramadan ini, baru sedar rasanya sudah hampir setahun tidak berkongsi entri tentang perkembangan blog. Justeru, saya jadikan Ramadan ini sebagai ‘restart’ re-entri pengenalan pembaca, juga sebagai rujukan komitmen peribadi.

Pageviews Statistik Blog
Pageviews 16 - 23 Jun 2016

Statistik Blog Dan Komitmen Berblogging


Khirkhalid[dot]com bukanlah blog politik, gosip sensasi, selebriti, berita semasa atau seangkatan dengannya, tetapi hanya sebuah blog picisan yang berkongsi niche 'lifestyle', tentang informasi gaya hidup dan motivasi bercorak jurnal peribadi, kekeluargaan dan pembangunan insan sebagai sokongan kerjaya berbentuk komersil dan non-komersil.  

Statistik bloghits bulan Ramadan agak menurun, berkisar tidak kurang 1,500 dan tidak melebihi 3,000 kunjungan sehari. Mungkin disebabkan saya tidak berkongsi review berkenaan buffet Ramadan agaknya huhu… Statistik mingguan seperti bukit… naik turun setiap minggu. Namun syukurlah kerana, sepanjang setahun ini menyaksikan average tidak kurang 2,000 kunjungan sehari walaupun terdapat kekangan menulis artikel dengan kerap.

Statistik Google Analytics
Google Analytics Overview (15 - 22 Jun 2016) - minggu yang mendatar

Antara kunjungan tertinggi pernah diperolehi sekitar 12,000pv sehari disebabkan sesuatu artikel yang terkait dengan isu semasa seperti TPPA, BR1M, kajiselidik dan pelbagai artikel lain. Walaupun kurang konsisten hingga pernah hanya ada 3 artikel sahaja yang mampu ditulis sebulan, malah kurang berkongsi artikel di group fb atau Googleplus disebabkan kekangan masa, namun syukurlah kerana kunjungan trafik dari enjin carian, pembaca setia dan rakan blogger tetap tidak menghampakan bagi blog peribadi seperti ini.

Statistik Pengunjung Blog
Audience Statistics (17 - 24 Jun 2016)

Blog Sebagai Platform Sokongan Kerjaya


Terdapat beberapa artikel berkaitan jurnal kerjaya mencapai golongan berkaitan. Saya mendapat pelbagai respon pembaca setiap bulan bukan sahaja di ruang komentar, tetapi melalui emel, mesej Fb page, whatsapp dan telefon. Ia membuka peluang silaturrahim disamping membantu prospek kerjaya serta kepercayaan pengiklan dan penajaan.

Melalui artikel blog juga, pernah beberapa kali ditawarkan untuk membantu huraian kertas kerja atau terlibat mengetengahkan fakta kajiselidik di luar skop berblog. Ada antaranya menawarkan bayaran penghargaan yang lumayan. Malah, kepercayaan dari rakan-rakan blogger menawarkan pelbagai peluang kolaborasi khidmat blogger dan sebaran media sosial seperti advertorial, review dan undangan acara berbayar juga adalah sesuatu yang amat saya hargai dalam memperkasa pengalaman berblog dan industri online buat diri ini.   
 
Inspirasi Blogger
Antara inspirasi pembaca blog > Baca di sini <

Sesungguhnya saya bukan blogger hebat apatah lagi arif tentang ilmu SEO, koding dan sebagainya, tetapi apa yang dipelajari dan faham akan saya cuba praktikkan sebaiknya walaupun sedikit. Jika diizinkan akan saya kongsi serba sedikit tentang SEO berdasarkan pengalaman picisan 'trial & error' yang pernah dilalui dalam berblog sebagai aspirasi diri yang mungkin juga dapat dijadikan perkongsian bermanfaat untuk rujukan mahupun diskusi bersama rakan-rakan blogger, in shaa Allah.

Penghargaan Blogger Dan Industri Online


Kesempatan ini saya juga ingin mencoretkan setinggi penghargaan terima kasih buat semua pembaca dan sahabat serta sifu-sifu blogger yang tidak jemu berkongsi aspirasi, ilmu dan inspirasi dalam dunia berblogging. Tidak ketinggalan juga buat semua klien, rakan media dan pengiklan yang mempercayai potensi blog Khirkhalid.com, termasuk penaja yang menyokong kolaborasi dalam pelbagai program berkaitan kerjaya motivasi pembangunan insan dan keusahawanan sosial yang diusahakan.

Kem Ramadan Yeos 2015
Kenangan Kem Ramadan Yeos 2015. Tahun ini tak dapat sertai disebabkan komitmen lain... ermm :(

Blog bukan sekadar menulis… Perjalanan masih terlalu jauh dan banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk penambahbaikan dan silaturrahim insani. Apa yang pasti, sentiasalah kita berpegang kepada falsafah ‘Content Is King’… Tak kiralah apa yang ditulis asalkan baik, tetapi setiap artikel itu perlu ada kekuatan jiwanya yang tersendiri. Mudah-mudahan segala yang diketengahkan membawa manfaat keberkatan serta kejayaan bersama… aamiin.

Saya amat menghargai dunia blog dan industri online…. Terima kasih sekali lagi buat semua!.

COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Coretan Statistik Blog Di Bulan Ramadan
Coretan Statistik Blog Di Bulan Ramadan
https://1.bp.blogspot.com/-vk6ko_ZzATY/V2wPAG7_JHI/AAAAAAAAMzo/p-EC6BNhpvIxTLeWtXD0Ivo-NPX3HicoACLcB/s640/Weekly%2BOverview%2BKhir%2BKhalid.png
https://1.bp.blogspot.com/-vk6ko_ZzATY/V2wPAG7_JHI/AAAAAAAAMzo/p-EC6BNhpvIxTLeWtXD0Ivo-NPX3HicoACLcB/s72-c/Weekly%2BOverview%2BKhir%2BKhalid.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/coretan-statistik-blog-di-bulan-ramadan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/coretan-statistik-blog-di-bulan-ramadan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy