Program Kepimpinan Pelajar General Electric Pertama Di Malaysia

Program kepimpinan pelajar GE leaders of Tomorrow kolaborasi General Electric bersama INTI International University and Colleges,



GE Leaders of Tomorrow,
GE Leaders of Tomorrow, merupakan program kepimpinan pelajar pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dianjurkan oleh General Electric (GE), sebuah konglomerat multinasional Amerika yang menyatukan dunia fizikal dan digital, dengan kolaborasi INTI International University and Colleges (INTI) ke arah mencapai matlamat membimbing barisan pemimpin masa hadapan.

Pada 9 Jun 2016, saya telah terlibat menyertai majlis pelancaran GE Leaders of Tomorrow ini yang diadakan di INTI International University & Colleges, kampus Subang Jaya.

GE Leaders of Tomorrow, Khir Khalid,
Pelancaran GE Leaders of Tomorrow

Program Kepimpinan Pelajar GE Leaders Of Tomorrow


General Electric sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan pelbagai ciptaan teknologi dalam industri penerbangan, tenaga, tenaga diperbaharui, pengangkutan, minyak dan gas serta banyak lagi; telah membangunkan program kepimpinan pelajar yang pertama di Malaysia ini.

Ia bertujuan menyediakan pilihan terbaik kepada mahasiswa berkemahiran dan berkeazaman untuk mengikuti pengajian dalam bidang kepakaran dan akademik yang berbeza.

Program perintis ini akan memilih pelajar tertentu untuk berinteraksi dengan pemimpin industri, bagi membantu mereka mengenalpasti minat masing-masing. Peluang tersebut juga memberi pendedahan kepada pengalaman dunia sebenar dalam melatih meningkatkan keupayaan diri selain menjadi inspirasi kepada rakan sebaya.

GE Leaders of Tomorrow, Vikram Cardozo, GGO Asean,
Keynote adress daripada Vikram Cardozo

Program ini menjadi platform bagi peserta mendapat bimbingan kerjaya yang jelas selama tempoh setahun sebagai duta program, membina reputasi rangkaian kenalan, memenuhi jemputan ke acara-acara GE dan paling penting sekali ialah peluang untuk bekerjaya dengan General Electric iaitu sebuah syarikat multinasional terkemuka dunia.

Turut hadir merasmikan pelancaran 'GE Leaders of Tomorrow' adalah YB Dato Kamalanathan P Panchanathan, Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama Mr. Rohit Sharma selaku Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University and Colleges dan Mr. Vikram Cardozo, Senior Human Resources Leader, GGO ASEAN.

GE Leaders of Tomorrow,
Sesi Pelancaran GE Leaders of Tomorrow
GE Leaders of Tomorrow,
Lima pelajar terbaik menerima ipad dan layak ke peringkat akhir untuk menjadi duta program

Program Kepimpinan Pelajar Kolaborasi GE Dan INTI


Bermula April 2016, General Electric telah bekerjasama dengan INTI untuk memulakan program kepimpinan pelajar ini dengan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti promosi di kolej. Terdapat lebih 90 pelajar INTI telah dipilih menyertai peringkat permulaan.

Bermula 18 Mei sehingga 9 Jun 2016, peserta program telah menjalani saringan sebanyak tiga peringkat antaranya melalui cabaran kajian kes dan tugasan berasaskan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Kesemua aktiviti bertujuan menyediakan para peserta untuk menghadapi persekitaran perniagaan sebenar. 

GE Leaders of Tomorrow,
Sesi bergambar sempena pelancaran GE Leaders of Tomorrow

Menerusi kesemua peringkat tersebut, General Electric telah memilih lima pelajar terbaik daripada 20 orang peserta peringkat akhir untuk menjadi duta program.

Mereka ini telah dinobatkan sebagai GE’s Leaders of Tomorrow dengan misi tanggungjawab tertentu pada acara yang bakal diadakan ini. Ia merupakan satu langkah strategik dalam melahirkan bakal pemimpin industri masa hadapan yang berdaya maju selaras era digital dan globalisasi.

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Kepimpinan Pelajar General Electric Pertama Di Malaysia
Program Kepimpinan Pelajar General Electric Pertama Di Malaysia
Program kepimpinan pelajar GE leaders of Tomorrow kolaborasi General Electric bersama INTI International University and Colleges,
https://1.bp.blogspot.com/-WnNCDtRUf18/V1slnD0NQeI/AAAAAAAAMqE/-Ygk0oy16VEZAfPExt0uAhQy1jspuZhVACLcB/s640/GE%2BLeaders%2Bof%2BTomorrow03.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-WnNCDtRUf18/V1slnD0NQeI/AAAAAAAAMqE/-Ygk0oy16VEZAfPExt0uAhQy1jspuZhVACLcB/s72-c/GE%2BLeaders%2Bof%2BTomorrow03.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/general-electric-melancarkan-program.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/general-electric-melancarkan-program.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy