Karnival Hari Alam Sekitar SkyWorld Bersama Komuniti

SkyWorld Development Group (SkyWorld), syarikat pemaju hartanah yang tersohor dengan visi pembangunan perumahan urban pencakar langit telah menganjurkan Karnival Hari Alam Sekitar (World Environment Day Carnival) pada 25 Jun 2016 yang lalu. Karnival yang berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Jalil ini telah menarik lebih 400 pengunjung dalam suasana yang meriah dan berinformatif.

Karnival Hari Alam Sekitar SkyWorld, World Environment Day,

Karnival Hari Alam Sekitar ini merupakan inisiatif SkyWorld dibawah program bersama komuniti (Community Engagement Program), bertujuan untuk mempererat jalinan silaturrahim antara komuniti setempat disamping memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan ‘Live At The Park’ oleh Paperplane Pursuit dengan lagu-lagu dari album terbaru ‘Higher’. Ia disertai workshop tentang kitar semula oleh Biji-Biji Initiative disamping penjualan pelbagai produk berkaitan di Eco bazaar. Pengunjung juga disajikan dengan pelbagai produk pemakanan berkonsep food trucks seperti Meatball Kingdom, Wheeloaf and Teazer Food. Selain itu, hadiah turut diberi kepada pengunjung yang memenangi pelbagai pertandingan dan kuiz disepanjang acara berlangsung.

Mr Lee Chee Seng, Karnival Hari Alam Sekitar SkyWorld, World Environment Day,

Mr Lee Chee Seng, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, SkyWorld Development Group berkata; "Kami amat bersukacita mengadakan acara seperti Karnival Hari Alam Sekitar ini kerana ia bukan sekadar mensasarkan untuk meningkatkan nilai-nilai gaya hidup sihat tetapi menjadi platform buat penduduk setempat saling mengenali dan bersama-sama sepertimana tingginya nilai kejiranan pada masa dahulu. Adalah menjadi harapan agar Community Engagement Program ini dapat menyatukan nilai-nilai kemasyarakat dalam kehidupan kejiranan urbanisasi masa kini."


Biji-biji Initiatives, sebuah NGO yang mengetengahkan nilai-nilai kehidupan melalui kitar semula dan idea senireka hijau (green design) telah menganjurkan 3 sesi workshop yang memberi ‘hands-on experience’ seperti ‘Grow Your Own Eadible Garden’ yang memberi panduan asas kepada peserta tentang kaedah penanaman di laman dengan berkesan.

Bagi pengunjung muda, workshop ‘Terrarium’ disediakan dimana peserta diberi bimbingan untuk menghasilkan penanaman dan boleh dibawa pulang, manakala ‘Composting 101’ merupakan workshop terakhir dimana peserta diberi tunjuk ajar tentang bagaimana mengadunkan tanah yang terbaik untuk penanaman dan berpeluang membawa pulang 60 liter adunan komposit.

Paperplane Pursuit, Karnival Hari Alam Sekitar SkyWorld, World Environment Day,

Karnival Hari Alam Sekitar SkyWorld ini merupakan inisiatif SkyWorld Development Group bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Suruhanjaya Bangunan melancarkan kempen ‘I Love Strata’. Ia merupakan program bersama komuniti pertama di Kuala Lumpur yang mensasarkan penduduk ‘high-rise development’. Kempen tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman tentang gaya hidup strata seperti vandalisme, kebersihan, bayaran kos penyelengaraan dan kelakuan agresif di persekitaran kejiranan.

Kempen ini juga diadakan atas kesedaran tentang masalah-masalah yang menyumbang kepada permasalahan dalam kehidupan kejiranan strata. Kenaikan kependudukan strata di Kuala Lumpur juga menjadi satu isu kepentingan agar kempen seperti ini diadakan dari komuniti perumahan rakyat hinggalah ke komuniti strata mewah dan ke seluruh masyarakat.

Maklumat lanjut mengenai SkyWorld boleh layari: www.skyworld.my 

5 comments:

  1. Assalammualaikum Bro KK..program mesra alam mesra komuniti juga ni...2 dalam 1..

    ReplyDelete
  2. bagus nie..kempen yang boleh meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya alam sekitar..

    ReplyDelete
  3. Pentingnya kesedaran untuk menjaga alam dan manusia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.