Muzium Bugis: Arkib Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia

Muzium Bugis, arkib artifak dan koleksi bahan sejarah masyarakat Bugis pertama di Johor dan Malaysia,

Usaha mengumpul pelbagai bahan yang mempunyai nilai-nilai warisan sejarah bukanlah satu kerja yang mudah. Ia hanya mampu dilakukan sekiranya seseorang itu benar-benar mempunyai minat dan tekad semangat pengorbanan yang tinggi untuk merealisasikannya. Begitulah aspirasi Abdullah Ahmad yang mesra dengan panggilan Pak Dollah, telah berkorban masa dan wang menjadikan beliau individu perseorangan yang berjaya mewujudkan Muzium Bugis pertama di Malaysia.

Muzium Bugis,
Muzium Bugis

Muzium Bugis Pertama Di Malaysia


Baru-baru ini saya dan keluarga telah berkunjung ke Muzium Bugis yang terletak di Taman Awam Sungai Rambah, Pontian, Johor. Merupakan lawatan kali pertama kami sejak ia berpindah ke lokasi baru dan beroperasi di sini. Ia juga adalah sebahagian usaha sambilan yang saya lakukan dalam mengenali dan menjejaki susurgalur keturunan sendiri dari cabang keluarga Haji Jamak Majok @ Daeng Pabitah yang berketurunan Bugis.

Muzium Bugis ini telah ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Pak Dollah atas minat yang mendalam serta hasrat mahukan generasi akan datang mengetahui sejarah asal usul serta menghargai adat resam warisan bangsa Bugis masa lampau. Di sini terhimpun lebih 2000 artifak termasuk koleksi senjata, pakaian, barangan tembaga, duit lama, alat kegunaan dan perhiasan serta gambar-gambar lama yang menyimpan pelbagai kisah bersejarah.

Pak Dollah, Abdullah Ahmad, Muzium Bugis,
Pak Dollah, Pemilik Muzium Bugis yang mesra dan sentiasa peramah

Selain itu, Muzium Bugis ini juga turut menyimpan pelbagai artifak dan koleksi bersejarah berkaitan negeri Johor yang mempunyai kaitan rapat dengan keturunan Bugis bermula sejak campur tangan Daeng Perani dalam pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Johor ke-12 sehingga pemerintahan Temenggung Ibrahim yang membawa kepada era Kesultanan Johor dalam sejarah Johor moden.  

Parang berdiri di Muzium Bugis
Demo parang berdiri yang ditunjukkan Pak Dollah kepada kami
Pelamin warisan bugis, Muzium Bugis,
Ibu bersama cucu-cucu di pelamin warisan Bugis
Legasi bangsa Bugis, Muzium Bugis,
Antara artikel tentang legasi masyarakat Bugis
Raja Haji Upu Daeng Celak, pahlawan nusantara, Muzium Bugis,
Potret Raja Haji Upu Daeng Celak, pahlawan teragung Nusantara
Potret tokoh-tokoh pemimpin Bugis, Muzium Bugis,
Potret tokoh-tokoh pemimpin masa lalu berketurunan Bugis
Muzium Bugis,
Antara ruang bahagian di Muzium Bugis

Artifak Dan Koleksi Sejarah Masyarakat Bugis

Antara artifak dan koleksi istimewa Muzium Bugis termasuk pelbagai keris dan senjata warisan yang digunakan antara sekitar tahun 1617 hingga 1836. Ia dikatakan pernah digunakan sebagai senjata pahlawan Bugis menentang penjajah terutama melalui jalan laut dan juga di darat. Antara jenis-jenis keris tersebut adalah keris langsuyar, lipa madur, berkelok terbang sari, apit liang dan semar misam.

Keris Muzium Bugis,
Sebahagian senjata lama yang dipamerkan

Peralatan rumahtangga seperti periuk belanga, tembikar, peralatan bilik tidur dan perabot, alat pengisar tepung, beras dan jagung turut dipamerkan. Peralatan perhiasan perkahwinan Bugis masa dahulu seperti pahar, dulang tembaga dan pakaian tenunan benang nanas juga menjadi koleksi penting yang tersimpan di sini.

Ia juga turut mempamerkan Al-Quran tulisan tangan termasuk matawang serta pelbagai koleksi yang diperolehi sama ada melalui sumbangan individu dan yang dibeli sendiri dari pihak-pihak tertentu. Kebanyakkan barangan yang mempunyai nilai sejarah ini diperolehi dari sekitar Malaysia, kepulauan Riau Indonesia, Thailand, Brunei, India dan China.

Al-Quran tulisan tangan,
Al-Quran tulisan tangan dengan kulit kambing 
Matawang kertas lama, Muzium Bugis,
Matawang kertas dari pelbagai revolusi zaman
Koleksi duit syiling lama, muzium bugis,
Duit syiling pelbagai era dan ketamadunan  
Peralatan masyarakat Bugis, Muzium Bugis,
Pelbagai peralatan kegunaan masyarakat Bugis satu waktu dahulu
Muzium Bugis,
Barangan teknologi era perang juga turut dipamerkan termasuk basikal ini
Muzium Bugis,
Pelbagai koleksi tembikar dan peralatan dipamerkan

Muzium Bugis Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia


Pak Dollah meminati bahan sejarah sejak di zaman sekolah dan bermula secara aktif pada 1982 mewujudkan muzium mini yang diberi nama Warisan Bugis. Bermulakan modal RM17,000, sehingga hari ini telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk mendapatkan pelbagai artifak dan koleksi bahan-bahan bersejarah. 

Pada 26 Julai 1994, usaha Pak Dollah mendapat sokongan sepenuhnya dari Kerajaan Johor melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) dan diiktiraf sebagai Muzium Bugis pertama di Malaysia. Kini segala artifak dan koleksi beliau dijaga sebaiknya dan dipamerkan untuk rujukan pengunjung dalam suasana muzium yang bersih, selamat dan selesa.

Muzium Bugis, Abdullah Ahmad, Pak Dollah,
Gambar kenangan bersama Pak Dollah... insan yang berjiwa besar

Pak Dollah dari Kampung Teluk Kerang, Pontian ini juga adalah saudara sekitar Kampung Rambah tempat asal arwah bapa, datuk dan nenek moyang saya dilahirkan. Saya terinspirasi dan turut berbangga atas fokus usaha beliau serta terpanggil untuk berkongsi informasi Muzium Bugis buat pengetahuan semua pembaca blog ini. 

Lokasi laman ilmu yang bagus sama ada untuk dikunjungi atas tujuan penyelidikan pembelajaran mahupun santai-santai sekeluarga menghargai warisan sejarah negara.

Muzium Bugis
Taman Awam Sungai Rambah
Jalan Pontian - Kukup
82000 Pontian

Dibuka setiap hari pada pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang; 
termasuh hari cuti umum.

Bayaran masuk adalah percuma. 
hanya sumbangan ikhlas anda untuk tabung yang disediakan. 

Info lanjut di fb
   

COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Muzium Bugis: Arkib Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia
Muzium Bugis: Arkib Khazanah Sejarah Johor Dan Malaysia
Muzium Bugis, arkib artifak dan koleksi bahan sejarah masyarakat Bugis pertama di Johor dan Malaysia,
https://3.bp.blogspot.com/-zeOacaliNMA/V2DnmX-3z0I/AAAAAAAAMsY/d8WT4946_44ukAJuUOJocmKOjghAfPBzACLcB/s640/IMG-20160615-WA0000.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-zeOacaliNMA/V2DnmX-3z0I/AAAAAAAAMsY/d8WT4946_44ukAJuUOJocmKOjghAfPBzACLcB/s72-c/IMG-20160615-WA0000.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/muzium-bugis-arkib-khazanah-sejarah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/muzium-bugis-arkib-khazanah-sejarah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy