Panorama Malam Laman Diraja Pontian

Suasana malam Laman Diraja Pontian Johor,

Laman Diraja Pontian,

Laman Diraja Pontian menjadi antara mercu tanda pembangunan dan kesejahteraan daerah Pontian, Johor. Ia juga melambangkan penghormatan dan kesetiaan hubungan baik antara rakyat dengan Institusi Diraja Kesultanan Johor. Panorama malam di lokasi yang indah terjaga dan terang bercahaya di tepian laut Selat Melaka... menarik perhatian untuk bergambar sakan... snap snap selfie, wefie dan groupfie!.

Panorama Malam Laman Diraja Pontian,

Santai Malam Di Laman Diraja Pontian


Pastinya kebanyakkan kita memilih musim cuti sekolah untuk menziarah kampung halaman. Saya sekeluarga juga tidak terkecuali dan merupakan waktu terbaik bersama keluarga. Selain Johor Bahru, kami menghabiskan masa di Pontian. Maklumlah, rumah di sini jarang berpenghuni, maka banyak agenda nak mengemas… persediaan untuk Aidilfitri juga nanti.

Sebelum ini saya pernah juga mencoretkan kenangan bergambar kami sekeluarga di Laman Diraja Pontian ini, tetapi ia diambil pada waktu siang 1 Syawal tahun lepas (2015). Kini artikel tersebut sudah pun menghampiri setahun sejak ia diterbitkan. Sungguh pantas masa dirasakan berlalu. 

Artikel tersebut boleh di baca di sini > Santai Aidilfitri Di Laman Diraja Pontian.

Panorama Malam Laman Diraja Pontian,
Panorama Malam Laman Diraja Pontian,

Selain suka menikmati panorama 'sunrise dan sunset', saya juga menghargai panorama malam lokasi-lokasi kunjungan orang ramai seperti Laman Diraja Pontian ini. Apatah lagi apabila ia disinari cahaya terang benderang... macam iCity. Tambah istimewa, ia terletak berhampiran tepi laut... nyaman.

Sebenarnya, ketika ini kami sekeluarga bersiar-siar menyusuri jalan berhampiran Laman Diraja Pontian ini. Secara tidak langsung tergerak singgah… sekadar ‘leparking’ sekeluarga menikmati angin malam bayu laut Selat Melaka, namun tergerak untuk mengabdikan gambar panorama malam di sini sekadar menambah kenangan jurnal kekeluargaan di blog ini.

Panorama Malam Laman Diraja Pontian,


Laman Diraja Dan Kenangan Di Pontian


Seperti yang diperkatakan pada artikel berkaitan sebelum ini, lokasi sekitar tempat ini menyimpan pelbagai kenangan waktu saya membesar jauh sebelum wujudnya Laman Diraja Pontian ini. Ia antara sebab mengapa saya suka mengabadikan coretan di sini. Mudah-mudahan entri penulisan 'King KK' ini boleh dijadikan antara bahan santai bacaan maya kepada sesiapa yang meng'google'. Selain itu manalah tau, ia juga boleh menjadi asbab terjumpa kembali 'long lost friends'.

Panorama Malam Laman Diraja Pontian,
Romantika De' Amore... :)

Jika tiada kekangan, #StudioSelatan di Pontian juga akan siap diperkemas. Ia adalah rumah @ studio penulisan mencari idea dan inspirasi menulis. Jika banyak kerja-kerja perlu disiapkan dan mengalami 'writer's block' atau kecelaruan idea, sekurang-kurangnya ada lokasi 'betapa' balik kampung sekejap dan siapkan kerja-kerja tanpa digangu.

Justeru, kepada rakan blogger Johor atau yang berhampiran, bolehlah kita saling mengenali dan menjalin silaturrahim, in shaa Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Panorama Malam Laman Diraja Pontian
Panorama Malam Laman Diraja Pontian
Suasana malam Laman Diraja Pontian Johor,
https://2.bp.blogspot.com/-h4jXEbcSi0I/V1m6grcZ5nI/AAAAAAAAMo0/Gma4jZG2AGAF1XJ0dr-1mIfMWqMUNoh9QCLcB/s640/Laman%2BDiraja%2Bwefie.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-h4jXEbcSi0I/V1m6grcZ5nI/AAAAAAAAMo0/Gma4jZG2AGAF1XJ0dr-1mIfMWqMUNoh9QCLcB/s72-c/Laman%2BDiraja%2Bwefie.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/panorama-malam-laman-diraja-pontian.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/panorama-malam-laman-diraja-pontian.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy