Persepsi Masyarakat Terhadap Perawatan Islam Dan Bayaran

Penjelasan tentang persepsi masyarakat terhadap khidmat Perawatan Holistik Islamiah dan bayaran, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Baru-baru ini saya menemui isu mengenai persepsi sesetengah masyarakat tentang perawatan Islam yang menggunakan jalan agama untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata dengan mengenakan bayaran terhadap khidmat yang dilaksanakan. Justeru saya tertarik untuk mengupas pandangan tersebut agar tidak timbul kekeliruan bagi kita terutamanya umat Islam dalam memartabatkan Perawatan Islam dalam arus persaingan kehidupan masa kini.

Rukyah Syariah, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Memartabat Perawatan Islam Dalam Era Modernisasi


Sesungguhnya, Islam itu bukan sekadar amalan dan kepercayaan semata-mata tetapi adalah cara hidup yang meliputi minda, tubuh badan, roh, hati dan jiwa. Islam itu adalah fitrah setiap insan. Namun, ada diantara kita tanpa menyedari sebenarnya memandang rendah dan mengambil kesempatan memadamkan kekuatan islami itu dengan memperkecilkan usaha yang sebenarnya penting dalam membantu ia berkembang secara kukuh dan bersistematik.

Ada dikalangan masyarakat kita berpendapat setiap yang bernama Islam itu pastinya percuma, malah bersalahan jika melibatkan bayaran selain sumbangan ikhlas. Ia persepsi yang amat cetek sedangkan menjadi tanggungjawab umat Islam itu sendiri menyokong membina kekuatan Islam sebagai jihad sama ada melalui jalan harta, ekonomi, intelek mahupun keupayaan tenaga dan sebagainya melebihi kepentingan lain yang ada di dunia ini.

Perawatan Ruqyah Syariah, Pusat Rawatan Al-Qayyum,
Perawatan Islam Ruqyah Syariah berteraskan Al-Quran

Sebagai Mukmin, adalah menjadi kewajipan buat kita semua sentiasa berusaha mencari rezeki melalui pekerjaan yang halal dan berusaha mencari keredaan Allah swt untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Maka, perlulah kita perhalusi maksud ‘keuntungan duniawi’ itu sedalamnya agar tidak tergolong dikalangan mereka yang menyatakan kebesaran Islam tetapi tanpa disedari telah memadamkan kesuburan dan meletakkannya ditahap paling terendah dalam sistem kehidupan ini.

Perawatan Islam Adalah Satu Kerjaya Profesional


Sedarkah bahawa kita sanggup membayar beribu ringgit setiap tahun untuk mendapatkan hiburan di televisyen, internet, telefon bimbit, kereta, pakaian dan pelbagai lagi trending terkini, malah khidmat nasihat profesional seperti perunding, peguam, doktor dan seangkatannya walaupun ada anggapan sinis mereka hanya ‘bermodal air liur’?. Namun kita akui disebabkan ilmu mereka, kita komited membayar segala kos perkhidmatan tanpa pertikaian walaupun adakalanya agak mahal.

Namun apabila melibatkan keislaman, kita sering berharap agar ia sepatutnya percuma atau dengan kadar harga terendah yang secara tidak langsung, kita sendiri sebenarnya telah meletakkan kualiti ilmuan Islam itu ke taraf yang paling bawah dan terendah. Tanpa sedar, kita beranggapan ilmuan Islam profesional itu bukanlah satu profesyen yang kita patut bela walaupun mulut menyatakan sebaliknya, wallahualam.

Rekod Pesakit Perawatan Islam,
Rekod Rawatan Pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum

Keuntungan Bayaran Dan Kos Perawatan Islam


Sememangnya solat dan membaca Al-Quran serta segala doa itu tidak melibatkan kos, tetapi Perawat yang melaksanakan dengan ilmu yang dipelajari perlu terus hidup menyara keluarga dan kehidupan sebagai satu kerjaya profesional. Malah bagi memastikan perlaksanaan sistem mematuhi piawaian klinikal dengan kebersihan yang terjamin juga memerlukan prasarana berserta keperluan perawatan yang melibatkan kos pengurusan dan sistem operasi yang sebaiknya.    

Lainlah jika anda beranggapan perawat Islam itu hanya layak di rumah atau menumpang ihsan surau dan masjid melaksanakan tugasan secara terpinggir sebagai wadah profesionalisme, memartabatkan ‘Islam sebagai cara hidup’. Jika itu yang anda rasakan layak, maka ia berbalik semula kepada subjek di awal penulisan saya ini. Tanpa kesedaran intelek, pembangunan Perawatan Islam mengikut piawaian perundangan dan perlesenan dalam sistem pembangunan masyarakat masa kini sukar untuk dimartabatkan.

Jemaah Perawatan Islam Al-Qayyum
Jemaah Perawat Profesional Pusat Rawatan Al-Qayyum

Situasi berbeza sekiranya pesakit tidak berkemampuan dari segi kewangan. Memberikan rawatan diskaun atau percuma sememangnya dituntut dalam Islam. Namun pesakit juga perlu bersifat amanah agar tidak mengambil kesempatan atas kebaikan toleransi Perawat dan menggunakan sentiment Islam untuk mendapat khidmat percuma. Sekiranya rawatan, perkhidmatan dan pra-sarana yang diberikan berkualiti dan memuaskan, maka sebagai orang Islam yang beriman; kita sumbangkan bayaran setimpal dengan niat menyokong pembangunan Islam yang sistematik dan profesionalisme.

Justeru, sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, layari blog atau hubungi info di bawah:

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

Hubungi talian
017-211 4745 / 017 – 765 1747 / 03 – 6263 7007
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sesi rawatan

Blog

Facebook


Doa adalah senjata mukmin, tetapi sedekah itu adalah lebih tajam dari doa, In shaa Allah.

Pusat Rawatan Al-Qayyum

COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Persepsi Masyarakat Terhadap Perawatan Islam Dan Bayaran
Persepsi Masyarakat Terhadap Perawatan Islam Dan Bayaran
Penjelasan tentang persepsi masyarakat terhadap khidmat Perawatan Holistik Islamiah dan bayaran, Pusat Rawatan Al-Qayyum,
https://1.bp.blogspot.com/-p67PMmLacz4/V212QKqKKaI/AAAAAAAAM04/wyogQYyCr0IBDOu9uqDnnMgX61LW9crdACLcB/s400/Ruqyah%2BPusat%2BRawatan%2BAl-Qayyum.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-p67PMmLacz4/V212QKqKKaI/AAAAAAAAM04/wyogQYyCr0IBDOu9uqDnnMgX61LW9crdACLcB/s72-c/Ruqyah%2BPusat%2BRawatan%2BAl-Qayyum.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/persepsi-masyarakat-terhadap-perawatan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/persepsi-masyarakat-terhadap-perawatan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy