Pusat Rawatan Al-Qayyum: Pakar Perawatan Dan Penyembuhan Berlandaskan Islam

Pusat Rawatan Al-Qayyum, kaedah penyembuhan holistik Islamiah, menggabungkan variasi perubatan Islam bersama perubatan tradisional, perubatan alternatif, perubatan komplimentari dan perubatan suplimentari,

Baru-baru ini, saya bersama isteri telah berkunjung ke Pusat Rawatan Al-Qayyum dan meluangkan beberapa jam berbicara bersama antara perawat yang pakar dalam bidangnya. Alhamdulillah, temujanji yang telah diatur tidak dipersiakan demi mendapatkan informasi untuk diketengahkan kepada sahabat pembaca yang dikasihi sekelian sebagai rujukan bermanfaat buat kehidupan insan.

Ustaz Mohd Shakir, Perawat dan Pengarah Operasi Pusat Rawatan Al-Qayyum
Bersama Ustaz Mohd Shakir yang merupakan Perawat dan Pengarah Operasi Pusat Rawatan Al-Qayyum 

Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum


Buat pembaca yang mengikuti blog ini pasti mengetahui beberapa artikel berkenaan Pusat Rawatan Al-Qayyum yang pernah dikongsikan. Mungkin juga ada diantaranya yang pernah mendapatkan khidmat rawatan, memperkenalkan kepada kenalan atau ahli keluarga yang memerlukan atau buat masa ini sedang mencari pusat rawatan berteraskan Islam. Maka inilah informasi bagi merungkai permasalahan terutama penyakit yang sukar diterjemah melalui kaedah perubatan konvensional.

Pusat Rawatan Al-Qayyum mengamalkan kaedah penyembuhan holistik Islamiah yang menggabungkan variasi perubatan Islam sebagai elemen utama bersama perubatan tradisional, perubatan alternatif, perubatan komplimentari dan perubatan suplimentari. Pusat rawatan ini telah menyediakan perkhidmatan bermula Februari 2011 secara eksklusif, menyeluruh, sistematik dan terbukti berkesan kepada para pesakit bagi merawat segala jenis penyakit dan masalah.

Pengurusan merawat pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum
Ustaz Mohd Shakir menjelaskan tentang operasi dan pengurusan merawat pesakit
Bahagian merawat pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum
Bahagian merawat pesakit. Setiap rahsia pesakit adalah amanah Pusat Rawatan Al-Qayyum
Bahagian merawat pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum
Bilik persalinan yang disediakan untuk kemudahan pesakit
Bahagian merawat pesakit Pusat Rawatan Al-Qayyum
Kemudahan tandas dan bilik mandi untuk kemudahan pesakit
Terapi Mandian Pusat Rawatan Al-Qayyum
Panduan Mandi Terapi Mandian Pusat Rawatan Al-Qayyum

Memartabatkan Rawatan Islam Sebagai Solusi Penyembuhan Berkesan


Kemajuan dunia era digital masa kini menyaksikan pelbagai penawaran sains teknologi demi membina kehidupan yang sihat dan sejahtera. Namun tanpa disedari ada diantara kita yang semakin jauh daripada mengenali mahupun memahami kaedah-kaedah saintifik yang telah pun wujud dalam perawatan Islam. Perubatan berasaskan Al-Quran dan sunnah tetap releven dan sentiasa perlu dimartabatkan selaras dengan arus modernisasi sebagai solusi terbaik buat umat manusia.

Pusat Rawatan Al-Qayyum sentiasa memastikan operasi rawatan yang dijalankan menepati piawaian setaraf dengan pusat rawatan moden. Setiap operasi rawatan diuruskan secara profesional setaraf dengan sistem klinik, mengikut prosedur penyembuhan rapi dan teratur. Segala maklumat serta permasalahan pesakit juga adalah rahsia antara perawat dan pesakit.

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Atas faktor tersebut juga membuatkan saya terpanggil untuk turut memartabatkan informasi sebaiknya sebagai wadah jihad insani. Saya turut diingatkan bahawa sesungguhnya kaedah perawatan holistik Islamiah yang diamalkan bukan bermaksud mengambil alih tugas dan peranan yang sedang dilaksanakan oleh para doktor dan perawat di luar sana. Kehadiran mereka adalah sebagai penyambung ikhtiar agar pesakit tidak berputus asa dalam mencari kesembuhan.
“Sesungguhnya KESERASIAN antara ILMU PERUBATAN dan PESAKIT itu amat penting bagi memastikan KESEMBUHAN sesuatu PENYAKIT atau MASALAH. Apa yang kami sediakan untuk anda dan praktikkan ialah Kaedah Penyembuhan Holistik yang BERSIFAT ISLAM sepenuhnya”- Pusat Rawatan Al-Qayyum.

Hubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum Untuk Perawatan Dan Penyembuhan


Justeru, kepada yang berhasrat mendapatkan rawatan atas permasalahan yang ditanggung sekian lama, saya sarankan anda menghubungi terus para perawat di pusat Rawatan Al-Qayyum. Tindakan tepat yang sebaiknya dari mendapatkan perawatan bomoh dan pawang yang tidak jelas unsur perawatannya. Mudah-mudahan Allah swt memberkati segala usaha dengan penyembuhan dan keredaanNYA… aamiin.

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Saya sertakan alamat lokasi, blog dan fb page Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk pelbagai info lanjut serta testimoni penyembuhan yang boleh anda ikuti di bawah. Rawatan jarak jauh juga ada disediakan bagi membantu anda yang jauh tanpa mengira di mana jua anda berada.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-K10, Ground Floor,
Sri Menanti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

Blog Pusat Rawatan Al-Qayyum

Blog Rawatan Jarak Jauh

Facebook Page

Pusat Rawatan Al-Qayyum

Sesungguhnya ilmu dan kekuasaan Allah swt itu sangat luas meliputi semesta alam, melangkaui kehebatan ilmu sains kemodenan tamadun manusia seluruhnya... subhanallah walhamdulillah... Allah Maha Besar.

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pusat Rawatan Al-Qayyum: Pakar Perawatan Dan Penyembuhan Berlandaskan Islam
Pusat Rawatan Al-Qayyum: Pakar Perawatan Dan Penyembuhan Berlandaskan Islam
Pusat Rawatan Al-Qayyum, kaedah penyembuhan holistik Islamiah, menggabungkan variasi perubatan Islam bersama perubatan tradisional, perubatan alternatif, perubatan komplimentari dan perubatan suplimentari,
https://2.bp.blogspot.com/-bi0FXptgU-Q/V07JJilBPcI/AAAAAAAAMi0/oYZpV51N33kpk_YpvVIlq0pppPn4faTUQCLcB/s640/Perawat%2BAl%2BQayyum.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-bi0FXptgU-Q/V07JJilBPcI/AAAAAAAAMi0/oYZpV51N33kpk_YpvVIlq0pppPn4faTUQCLcB/s72-c/Perawat%2BAl%2BQayyum.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/pusat-rawatan-al-qayyum-pakar-perawatan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/pusat-rawatan-al-qayyum-pakar-perawatan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy