Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Wakaf tabung pembangunan Pondok Ihya al-Ulum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat,

Saya telah diamanahkan oleh seorang sahabat untuk berkongsi hikmah wakaf disamping informasi mengumpul dana bagi tabung pembangunan Pondok Ihya’ al Ulum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat di Pasir Mas, Kelantan. Sesungguhnya, wakaf itu adalah salah satu amalan mendekatkan diri kepada Allah dan mendidik jiwa pewakaf terhadap kesungguhan menjaga kebajikan dan kasih sayang terhadap umat Islam seluruhnya.

Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat


Wakaf: Ganjaran Pahala Yang Tidak Terputus


Wakaf berasal dari perkataan jamak bahasa Arab ‘awqaf’ yang dari sudut bahasa bermaksud ‘tahan atau berhenti’. Berdasarkan istilah syarak, ia dirujuk sebagai ‘menahan sesuatu harta dari dijual beli supaya digunakan untuk tujuan kebaikan kerana Allah swt’. Justeru, harta yang diwakafkan tidak boleh sesekali dijadikan sebagai bahan jual beli untuk beroleh hibah demi keuntungan peribadi mahupun perniagaan.

Wakaf disyariatkan harus kepada umat Islam yang berkemampuan antaranya bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan infrastruktur kemasyarakatan bagi melonjakan tahap sosio-ekonomi, keharmonian, keilmuan dan kesepakatan diantara umat Islam. Sumbangan berdasarkan maksud wakaf adalah melalui bentuk harta seperti tanah, bangunan, barangan keperluan dan wang tunai.

Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Hikmah Mewakafkan Harta Ke Jalan Allah


Terdapat beberapa hikmah buat kita dalam mewakafkan harta di jalan Allah, antaranya;

Ganjaran pahala yang tidak terputus
Hikmah mewakafkan harta membuka pintu mendekatkan diri kepada Allah swt dengan cara mengalirkan harta di jalanNya. Pewakaf mendapat ganjaran pahala yang tidak terputus walaupun selepas kematian disebabkan manfaat harta yang diwakafkan itu.

Hikmah doa dan hajat dimakbulkan
Amalan berwakaf adalah salah satu jalan menjadikan doa, hajat dan impian seseorang mukmin tercapai. Melalui wakaf, seseorang itu berpeluang menzahirkan pengabdian dan keyakinannya kepada Allah swt.

Menyuburkan ilmu dan dakwah Islamiah
Harta-harta wakaf yang diuruskan dengan baik mampu memberi kesan yang sangat besar dalam menyuburkan dakwah Islam dengan lebih berkesan. Ia memberi faedah yang banyak untuk kepentingan masyarakat seperti membina masjid, madrasah, menghidupkan ilmu, memperkasa kepimpinan dan syiar-syiar Islam.

Memperkasa pembangunan sosial dan perpaduan masyarakat
Kepentingan wakaf dapat menyelesaikan pelbagai isu sosio-masyarakat antaranya memenuhi keperluan fakir miskin, anak-anak yatim, menyediakan tempat beribadah yang lebih sempurna seterusnya menjadi platform perkumpulan komuniti dan perpaduan masyarakat. Wakaf memberi sumbangan yang amat besar dalam perpaduan umat Islam dari zaman ke zaman, dahulu sehingga kini.
Firman Allah swt yang bermaksud;
“Kamu tidak sesekali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya” (Surah Al-Imran : 92).

Wakaf Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat


Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat sedang mengusahakan tabung pembangunan kompleks baru Pondok Ilya’ al-Umum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat, bertempat di Jalan Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rapek, 17070 Pasir Mas, Kelantan.

Justeru, individu atau organisasi yang ingin mewakafkan sumbangan, boleh datang ke lokasi alamat di atas atau hubungi 013 931 4185 / 09 790 5477. 

Wakaf tunai juga boleh disalurkan ke akaun bank: 

MAAHAD TAHFIZ DARUL QURAN WAL-QIRAAT BERHAD
Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Pasir Mas 
No. Akaun: 03027010014625

Semoga Allah memberkati usaha kalian dengan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
Wakaf Pembangunan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat
Wakaf tabung pembangunan Pondok Ihya al-Ulum dan Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat,
https://4.bp.blogspot.com/-5T1IJfKFOmY/V3LVWe8hhkI/AAAAAAAAM30/e2vp1e2xB0wlh_81DLpAtC04apM9z74KgCLcB/s640/maahad%2Btahfiz.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-5T1IJfKFOmY/V3LVWe8hhkI/AAAAAAAAM30/e2vp1e2xB0wlh_81DLpAtC04apM9z74KgCLcB/s72-c/maahad%2Btahfiz.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/06/wakaf-pembangunan-maahad-tahfiz-darul.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/06/wakaf-pembangunan-maahad-tahfiz-darul.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy