Berziarah Ke Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Jugra

Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra,

Usai majlis permuafakatan ibu bapa guru di sekolah kak long pada pagi Jumaat yang terakhir di bulan Ramadan 1437H dan bermulanya cuti sekolah sempena menyambut Aidilfitri, kami berkesempatan singgah menziarahi makam Sultan Abdul Samad di Jugra, Banting. Di sinilah lokasi bersemadinya Almarhum sultan bersama kerabat dan orang-orang penting dalam sejarah era pemerintahan Almarhum baginda sebagai Sultan Selangor ke-4.

Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,

Sejarah Almarhum Sultan Abdul Samad


Nama Almarhum Sultan Abdul Samad pastinya bukan nama yang asing terutamanya bagi mereka yang bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor. Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Kuala Lumpur dinamakan sempena nama Almarhum kerana ia telah dibina sewaktu era pemerintahan baginda sebagai Sultan Selangor. Merupakan bangunan yang menjadi antara ‘landmark’ penting menyerlahkan identiti Malaysia ke serata dunia.

Almarhum Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad ibni Tunku Panglima Besar Abdullah diputerakan pada 1811 di Bukit Melawati sebelum menetap di Jugra. Baginda merupakan putera Tengku Abdullah ibni Sultan Ibrahim yang memerintah negeri Selangor bermula pada tahun 1857 sehinggalah baginda mangkat pada 6 Februari 1898 pada usia 93 tahun dan dimakamkan di sini.

Info sejarah boleh di rujuk di sini > Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad (1857 – 1898)

Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Bangunan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad
Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Batu catatan berhampiran pintu masuk kawasan makam
Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Inilah makam bersemadinya Almarhum Sultan Abdul Samad... Al Fatihah

Persekitaran Makam Sultan Yang Terjaga Rapi


Kedatangan kami ke Makan Sultan Abdul Samad ini sebenarnya tidak dirancang, memandangkan lokasinya yang tidak jauh dari asrama kak long belajar. Tambahan lagi, saya membawa ibu bersama menjemput kak long pulang bercuti Aidilfitri yang bakal tiba, maka tergerak untuk singgah berziarah atas kelapangan waktu yang ada sebelum pulang ke rumah.

Tiada sesiapa setibanya kami di sini, mungkin disebabkan bulan puasa dam waktu ketika itu baru sekitar jam 10:30 pagi. Lokasi makam yang terletak di atas bukit ini sangat nyaman dengan tiupan angin pagi yang segar. Suasana yang mendamaikan, suram tetapi tenang dengan keadaan persekitaran makam yang bersih, kemas dan terjaga rapi.

Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Makam Almarhum Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Samad
Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Makam Panglima Hitam (paling kiri) dengan permandangan bukit
Makam Sultan Abdul Samad, Jugra,
Kawasan persekitaran yang bersih dan damai

Penghormatan Almarhum Sultan Abdul Samad


Perbagai arkib bersejarah tentang Almarhum Sultan Abdul Samad yang kini boleh di akses dari pelbagai carian era informasi di hujung jari. Sumbangan baginda dalam sistem pemerintahan beraja suatu masa dahulu adalah antara sebahagian asas penting menjadikan Kuala Lumpur dan Selangor seperti apa yang kita lihat pada hari ini.

Akhir kata, semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Al Marhum Sultan Abdul Samad, seluruh kerabat dan mereka yang disemadikan serta tergolong dikalangan orang-orang yang beriman… aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Berziarah Ke Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Jugra
Berziarah Ke Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Jugra
Makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Jugra,
https://1.bp.blogspot.com/-fr__4D38vRo/V4OY6Myo2CI/AAAAAAAAM9I/XWEZFQqIGJIMjqfP-tHX08w7b-5vQO6ogCLcB/s640/Makam%2BSultan%2BAbdul%2BSamad.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-fr__4D38vRo/V4OY6Myo2CI/AAAAAAAAM9I/XWEZFQqIGJIMjqfP-tHX08w7b-5vQO6ogCLcB/s72-c/Makam%2BSultan%2BAbdul%2BSamad.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/07/berziarah-ke-makam-diraja-sultan-abdul.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/07/berziarah-ke-makam-diraja-sultan-abdul.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy