Ilmu Sihir Dan Kemudaratan Terhadap Kehidupan Insan

Mengenali ilmu sihir dan kemudaratannya, ilmu sihir membawa kemudaratan bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pelakunya,

Siapa sangka pada zaman kemajuan era IT dan globalisasi ini, amalan-amalan mistik dan kurafat seperti sihir masih lagi mengisi ruang kehidupan manusia. Bila ada keperluan dan permintaan, maka disitulah ada penawaran. Begitu juga dengan sihir, sekalipun ternyata cara yang digunakan menyalahi hukum syarak, tetap ada segelintir manusia yang sanggup melakukannya walaupun perlu mengeluarkan ribuan ringgit agar impian yang dihajatkan tercapai dengan kepuasan nafsu duniawi.

Ilmu sihir dan kemudaratan,

Mengenali Ilmu Sihir Dan Kemudaratannya


Sihir adalah ilmu syaitan yang boleh dilakukan melalui apa sahaja bahan-bahan tertentu melalui perantaraan bomoh dan pawang dengan pelbagai kaedah perlaksanaannya. Kebanyakkan mangsa sihir pada awalnya tidak menyedari perkara ini berlaku sehinggalah merasai kesan yang semakin buruk menimpa diri mereka. Malah kebanyakkan penyakit yang dihadapi oleh mangsa sihir juga pada kebiasaannya sukar mendapat sebarang penjelasan sewajarnya apabila dirujuk kepada perubatan moden.

Berdasarkan kenyataan mereka yang pernah mengalami, sihir boleh disampaikan kepada mangsa melalui angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan dan bersalaman, tepukan, renungan mata, termasuk melalui kaedah bahan kepunyaan individu seperti rambut, pakaian, gambar, juga melalui perbualan jarak jauh seperti telefon dan sebagainya. Tujuannya tetap sama iaitu memastikan agar hajat pelaku tercapai atau si mangsa berhadapan dengan penderitaan dan ada kalanya boleh membawa maut.

Ilmu sihir dan kemudaratan,

Berdasarkan pembacaan dari rujukan ulama dan ilmuan Islam ada menjelaskan mengenai sihir. Menurut Ibnu Khaldun, ilmu sihir adalah amalan ilmu yang boleh menghasilkan kesan buruk ke atas mangsa melalui anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib atau dikenali makhluk halus, secara tersembunyi. Justeru, sihir adalah permuafakatan kerjasama antara ahli sihir, jin dan syaitan untuk sama-sama melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan menerusi amalan-amalan syirik dan diharamkan Allah swt.

Terdapat juga pandangan ulama seperti Fakhruddin Ar-Razi, Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Sina dan Ibnu Rushd yang sepakat menyimpulkan secara umum bahawa sihir itu adalah suatu ilmu yang dipelajari daripada guru yang mahir dengan ilmu sihir menerusi amalan kebatinan yang berlawanan dengan akidah Islam. Ia merosakkan menggunakan jampi mentera yang diajar oleh makhluk halus bagi tujuan menghasilkan satu perkara jahat yang hendak dilakukannya terhadap seseorang seperti hendak menyakitinya dengan penyakit hati atau ganguan fikiran tanpa dapat dikesan punca sebenar.

Terdapat pelbagai hasil sihir yang akhirnya membawa kemudaratan bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pelakunya. Antaranya menyebabkan mangsa menderita pelbagai bentuk trauma seperti hilang keyakinan dan fokus terhadap diri serta kerjaya, mengasihi seseorang hingga memudaratkan diri sendiri, termasuk membenci pasangan hingga bercerai-berai dan pelbagai lagi yang memudaratkan. Bagi pelaku, seringkali menunjukkan balasan di dunia dengan kejayaan sementara yang berakhir dengan pendedahan yang mengaibkan atau kematian yang menghinakan.

Ilmu Sihir Dan Kemudaratan, Kaedah Rawatan Sihir,

Merawat Sihir Melalui Kaedah Perawatan Islam


Bagi kita umat Islam yang berpegang kepada akidah Islamiah sentiasalah kita saling ingat mengingati agar menjauhi perbuatan yang menyuburkan sihir. Bersama-samalah juga kita hindarkan dengan sentiasa berwaspada dalam menjalani kehidupan ini dengan sentiasa memperkukuh dan memperbaiki amalah yang diperintahkan Allah swt serta meninggalkan segala laranganNYA.

Bagi mereka yang menghadapi permasalahan dengan perkara berkaitan sihir hendaklah merujuk kepada yang pakar dalam kaedah Perawatan Islam. Paling penting, janganlah mudah mempercayai mereka yang mengakui mengamalkan kaedah Perawatan Islam tanpa menyelidikinya terlebih dahulu. Kenalpasti ciri-ciri Perawat Islam sebenar berdasarkan informasi yang pernah saya kongsikan pada artikel berkaitan sebelum ini. 

Sihir dan kemudaratan, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Begitulah aspirasi Pusat Rawatan Al-Qayyum membantu ummah dari kezaliman manusia, jin dan syaitan dengan perkhidmatan perawatan yang berlandaskan syariah Islamiah. Justeru, kepada pembaca yang berhasrat mendapatkan khidmat Perawatan Islam, boleh dapatkan maklumat lanjut melalui rujukan di bawah:

Pusat Rawatan Al-Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

Hubungi talian
017-211 4745 / 017 – 765 1747 / 03 – 6263 7007
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sesi rawatan

Blog 

Facebook


COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ilmu Sihir Dan Kemudaratan Terhadap Kehidupan Insan
Ilmu Sihir Dan Kemudaratan Terhadap Kehidupan Insan
Mengenali ilmu sihir dan kemudaratannya, ilmu sihir membawa kemudaratan bukan sahaja kepada mangsa tetapi juga kepada pelakunya,
https://1.bp.blogspot.com/-0_5fB9ENLVc/V3c1qO1SLrI/AAAAAAAAM6I/8r1yBsspASwCoso9K0NmKtxQ4PR6MucLACLcB/s640/ilmu%2Bsihir.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-0_5fB9ENLVc/V3c1qO1SLrI/AAAAAAAAM6I/8r1yBsspASwCoso9K0NmKtxQ4PR6MucLACLcB/s72-c/ilmu%2Bsihir.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/07/ilmu-sihir-dan-kemudaratan-terhadap.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/07/ilmu-sihir-dan-kemudaratan-terhadap.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy