Kisah Seorang Gadis Dan Peranan Rumah Perlindungan

Kisah seorang gadis dan peranan Rumah Perlindungan dalam memberi peluang kedua kepada individu-individu yang terjebak dengan gejala sosial,

Sepanjang berkecimpung dalam pelbagai aktiviti kajiselidik dan program pembangunan sosial, saya banyak berhadapan dengan beberapa kekeliruan dikalangan kebanyakkan masyarakat tentang terma nama tertentu berkaitan 'shelter homes' di negara ini. Antaranya banyak ‘misconception’ tentang peranan Rumah Perlindungan dengan Rumah Perantaraan dan Rumah Gelandangan dalam memulihara kelestarian sosio-masyarakat.

Isu Rumah Perlindungan

Apa Itu Rumah Perlindungan


Rumah Perlindungan sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi peluang kedua kepada individu-individu yang terlibat ataupun terjebak dengan gejala permasalahan sosial. Ia kebiasaannya melibatkan individu remaja sama ada lelaki mahupun wanita yang mencari sokongan dan bantuan malah tempat berteduh disebabkan kesilapan yang berlaku dengan hasrat untuk kembali ke pangkal jalan.

Pada kebiasaannya Rumah-Rumah Perlindungan ini dibiaya oleh pelbagai pihak, sama ada kerajaan, NGO, usahawan sosial dan juga individu yang menawarkan 'unconditional support' dengan hasrat membantu dengan platform sokongan kepada mereka yang pernah tersasar untuk kembali membina kekuatan diri dan berubah menjadi insan sebaiknya.

Segala usaha membantu adalah untuk kelestarian masyarakat dan bukan atas kepentingan peribadi. Hanya kepada Illahi berserah segala usaha agar beroleh keberkatan dan menjadi sebagai ibadah perjuangan insan yang sempurna.

Isu Rumah Perlindungan

Kisah Gadis, Kekeluargaan Dan Rumah Perlindungan


Dalam isu pembangunan sosial, kami pernah diberi kepercayaan menemubual seorang wanita tentang bagaimana beliau membina semula kekuatan diri dan hidayah dengan sokongan Rumah Perlindungan. Berikut saya kongsikan coretan kisah hidupnya untuk kesedaran dan peringatan bersama.

Natasya (bukan nama sebenar) gadis berusia 19 tahun, bekerja sebagai operator pengeluaran telah tertarik dengan seorang lelaki bernama Azhar (bukan nama sebenar) yang bekerja di kilang yang sama. Cinta mereka akhirnya berputik mekar berbunga.

Dipendekkan cerita, hubungan mereka tidak dipersetujui ibu bapa kerana abang Natasya mengenali latarbelakang Azhar. Abang Natasya menentang sekeras-kerasnya perhubungan mereka dan memberitahu ibu bapanya yang Azhar sering terlibat dengan perjudian dan broker lumba haram. Sumber diperolehi dari rakan-rakan abang Natasya yang mengenali Azhar.

Namun, perhubungan intim mereka berdua akhirnya membuatkan Natasya mempercayai sepenuhnya lelaki yang dicintai itu. Kesepakatan dicapai untuk mereka bersama-sama lari ke tempat lain dan memulakan kehidupan baru mereka sendiri. Namun, kebahagiaan yang Natasya impikan berakhir dengan igauan ngeri sepanjang hidupnya.

Isu Rumah Perlindungan

Peranan Rumah Perlindungan Dalam Isu Natasya


Natasya datang ke rumah perlindungan dengan kerelaan hati sendiri atas bantuan seorang kenalan. Sewaktu ketibaan Natasya ke Rumah Perlindungan, beliau tidak keseorangan kerana mengandungkan anak luar nikah yang samar-samar tidak diketahui anak siapa.

Menurut penceritaan, 3 bulan beliau bersekedudukan kerana percaya janji manis Azhar. Disebabkan kesempitan wang, Azhar menangguhkan hasrat bernikah dan berusaha mengumpul wang. Azhar sering tidak pulang ke rumah atas alasan berkerja lebih masa. Namun, atas kepercayaan Natasya, hidup mereka persis suami isteri.

Kisah hitam bermula pada satu malam apabila Azhar pulang bersama-sama beberapa lelaki ke rumah. Azhar kelihatan dibelasah dengan muka yang bengkak dan keadaan yang tidak terurus. Menurut Natasya, Azhar berhutang RM15,000 dengan sekumpulan samseng dan telah bersetuju menyerahkan Natasya sebagai penebusan hutangnya.

Malam itu Natasya diratah bergilir-gilir oleh 6 lelaki yang tidak dikenali. Beliau pada mulanya diikat kerana melawan akhirnya akur dengan keadaan yang berlaku. Kisah seterusnya menjadi titik hitam yang cukup aib untuk dikongsi. Azhar menghilangkan diri sejak malam kejadian itu, hinggalah 3 minggu kemudian Natasya menyedari dirinya mengandung.

Sudah jatuh ditimpa tangga, rumah yang diduduki tamat tempoh deposit penyewaan membuatkan Natasya perlu berpindah. Ibu dan bapanya yang amat kecewa langsung tidak mahu menerima keadaan Natasya disebabkan malu. Mujur kenalan bekas sekerja Natasya sanggup membantu.

Isu Rumah Perlindungan

Penjelasan Lanjut Peranan Rumah Perlindungan   


Akhirnya, Natasya diperkenalkan dengan sebuah Rumah Perlindungan yang sudi menerima keadaannya. Maka di Rumah Perlindungan itulah, Natasya diberi kesembuhan, kekuatan diri dan disuntik dengan kekuatan agama dengan sebaiknya.

Sesungguhnya, isu Rumah Perlindungan ini bukanlah isu sensasi yang seronok diceritakan. Ia satu isu tertutup yang ditulis untuk memberi kefahaman kepada pembaca yang dihormati terutama para pengkaji sosial, tentang dunia yang jarang kita faham dan perlu dibantu dengan hati yang ikhlas dan minda yang bersih.

Isu Rumah Perlindungan dan bagaimana kita dapat membantu akan saya kongsikan pada artikel-artikel mendatang. Mudah-mudahan menjadi pengisian bermanfaat dibulan mulia ini dalam membina kelestarian sosial yang sejahtera… aamiin.  

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kisah Seorang Gadis Dan Peranan Rumah Perlindungan
Kisah Seorang Gadis Dan Peranan Rumah Perlindungan
Kisah seorang gadis dan peranan Rumah Perlindungan dalam memberi peluang kedua kepada individu-individu yang terjebak dengan gejala sosial,
https://1.bp.blogspot.com/-8w304QMj2Hk/V3l5rhe_QEI/AAAAAAAAM7E/DCPPpiMJgz8s6egts2TJrGAIhA7P_JeewCLcB/s640/Rumah%2BPerlindungan1.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-8w304QMj2Hk/V3l5rhe_QEI/AAAAAAAAM7E/DCPPpiMJgz8s6egts2TJrGAIhA7P_JeewCLcB/s72-c/Rumah%2BPerlindungan1.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/07/kisah-seorang-gadis-dan-peranan-rumah_4.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/07/kisah-seorang-gadis-dan-peranan-rumah_4.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy