Nippon Paint Melancarkan Kempen ‘Wellness For Children’

Kempen Wellness For Children Nippon Paint menyuntik kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh masyarakat tentang isu kesihatan terhadap kanak-kanak di Malaysia,

Nippon Paint Malaysia Group, peneraju utama rumusan salutan cat di Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen Wellnes For Children bertujuan menyuntik kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh masyarakat tentang isu kesihatan terhadap kanak-kanak. Merupakan kempen bersama komuniti yang diadakan demi memartabatkan persekitaran sihat dan selamat serta menyuntik kesedaran berdasarkan ancaman wabak masa kini

Wellness For Children Nippon Paint

Kempen Wellness For Children Nippon Paint


Menurut Alex Yoong, Penolong Pengurus Besar Pemasaran Kumpulan Nippon Paint dalam ucapannya menyatakan bahawa, fakta kaji selidik menjelaskan, 88% kaum ibu bersetuju bahawa mereka terlepas pandang tentang peranan dinding rumah sebagai antara medium penyebaran pelbagai wabak penyakit berbahaya.

Menurut beliau lagi, sejumlah 80% kanak-kanak pula akan menyentuh dinding ketika bermain dan pelbagai aktiviti lain. Kita sebagai ibu bapa dan warga dewasa perlu memahami kepentingan menjaga persekitaran rumah selamat dari pelbagai punca bakteria berbahaya.

Wellness For Children Nippon Paint,


Nippon Paint telah mengundang Dr Chan Yoke Fun, Associate Professor Jabatan Perubatan Mikrobiologi di Universiti Malaya, merupakan pakar kajiselidik Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) untuk menyampaikan fakta kesedaran kepada orang ramai tentang HFMD yang merupakan antara ancaman wabak serius yang melanda baru-baru ini.

HFMD merupakan simptom penyakit yang mengakibatkan kehilangan selera makan, demam, sakit tekak dan perasaan tidak sihat yang mengakibatkan pedih seluruh mulut dan radang kulit menjadikan kulit berbintik-bintk kemerahan di tangan dan tapak kaki. HFMD boleh merebak melalui ali liur, bersin dan juga sentuhan dari mereka yang dijangkiti wabak tersebut. Dalam sesetengah kes, ia membawa kepada komplikasi saraf dan kematian.

Fakta Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan jumlah kes tertinggi dalam tempoh seminggu pada 5 Jun 2016 seramai 1,300 kes HFMD. Kes tertinggi dicatatkan di Selangor dan 12 pusat penjagaan kanak-kanak serta pra-sekolah di Negeri Sembilan telah ditutup untuk pembersihan wabak kerana ia adalah lokasi pertama punca jangkitan wabak dikenalpasti.

Dr Chan Yoke Fun, Wellness For Children Nippon Paint,
Dr Chan Yoke Fun (kiri)  merupakan penerima anugerah L'Oreal-UNESCO Malaysia National Fellowship
dan L'Oreal-UNESCO International Rising Talent 2015

Aspirasi 'Wellness For Children' Nippon Paint Mencegah Wabak Berbahaya Dengan VirusGuard


Ia menjadi aspirasi Nippon Paint menyediakan platform perlindungan terbaik mencegah penyakit berbahaya seperti HFMD, terutama yang memudaratkan kesihatan kanak-kanak. Setiap salutan Nippon Paint mengandungi cat berasaskan air yang mampu menyerap formaldehyde dan rendah VOC (Volatile Organic Compounds) yang selamat serta melindungi kesihatan kanak-kanak.

Merupakan salutan cat pertama di Malaysia yang berfungsi sebagai anti-viral dan anti-bakteria yang mampu menyekat penyebaran wabak berjangkit berbahaya seperti HFMD dan H1N1. Dicipta dengan ‘Silver Ion Technology’, VirusGuard adalah ‘hygene paint’ yang menghalang perkembangan mikro-organisma melalui kawalan sistem penyebaran ion (ion-release system).

VirusGuard, Wellness For Children Nippon Paint,

Melalui kempen Wellness For Children, Nippon Paint mengambil inisiatif bersama komuniti dengan melaksanakan 3 fasa induk memperkasa gaya hidup sihat.

Fasa 1: (Kolaborasi Stakeholder)
Menumpukan kolaborasi strategik bersama key stakeholder seperti ‘cleaners’ untuk menyuntik kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap ancaman penyakit kepada kanak-kanak.

Fasa 2: (Kesedaran Awam)
Melaksanakan konferensi kepada umum sebagai peneraju kesedaran awam di Malaysia tentang pengetahuan berkenaan penyakit-penyakit terhadap kanak-kanak seperti alergi, keracunan makanan termasuk HFMD oleh pakar-pakar yang bertauliah.

Fasa 3: (Siri Kepimpinan)
Mengadakan siri kepimpinan melalui diskusi, sesi meja bulat dan forum yang berkongsi informasi serta pengetahuan kepada masyarakat tentang perkara-perkara berkatan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh.

Info Nippon Paint, boleh layari: www.nipponpaint.com.my

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Nippon Paint Melancarkan Kempen ‘Wellness For Children’
Nippon Paint Melancarkan Kempen ‘Wellness For Children’
Kempen Wellness For Children Nippon Paint menyuntik kesedaran dan pengetahuan kepada seluruh masyarakat tentang isu kesihatan terhadap kanak-kanak di Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-A2GAirqxJOM/V43JCCRIA1I/AAAAAAAANB0/BPENEvBOYB8Te-lcguA07nI8k0l38UStACLcB/s640/Wellness%2BFor%2BChildren.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-A2GAirqxJOM/V43JCCRIA1I/AAAAAAAANB0/BPENEvBOYB8Te-lcguA07nI8k0l38UStACLcB/s72-c/Wellness%2BFor%2BChildren.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/07/nippon-paint-melancarkan-kempen.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/07/nippon-paint-melancarkan-kempen.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy