Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H,

Menulis pada malam 1 Syawal bukan satu perkara yang mudah… Manakan tidak, seharian perut ini disumbat dengan bermacam-macam juadah hidangan… ketupat, lemang, burasak, pulut rending dan kari, serunding dan bermacam lagi termasuk minuman manis-manis di pelbagai lokasi kunjungan berhari raya. Tambahan lagi seharian berjalan ke sana sini sememangnya memeranjatkan badan dan perut ini setelah sebulan berpuasa.

Hari Raya Aidilfitri 2016
Salam Hari Raya Aidilfitri dari saya dan keluarga

Ekspresi Hari Raya 1 Syawal 2016/1437H


Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di Pontian, Johor, 'hometown' tempat saya dibesarkan. Merupakan tahun kedua berturut-turut meraikan hari raya pertama di sini setelah beberapa tahun di Kuala Lumpur. Cuma, raya tahun ini ibu saya tidak ke sini kerana berhasrat bersama nenda di rumah induk, berhari-raya bersama sanak saudara yang lain di Kuala Lumpur.

Sejurus selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga beraya di rumah mertua saya. Menikmati pelbagai juadah dan mengabadikan gambar-gambar kenangan 1 Syawal 2016 sekeluarga, sebelum bergerak meneruskan agenda berhari raya di rumah makcik dan saudara yang berdekatan.

Hari Raya Aidilfitri 2016
Bersama mertua di Pontian, Johor

Antara waktu beraya, kami berkesempatan juga singgah di Taman Rekreasi Pantai Rambah sekadar berposing sekeluarga sebelum menyambung beraya. Namun waktu terasa pantas berlalu, tidak semua rumah saudara mara dapat dikunjungi pada Hari Raya pertama ini, tetapi syukurlah dapat bertemu dan berkumpul bersama di hari yang menceriakan ini.

Hari Raya Aidilfitri 2016 , Pantai Rambah, Pontian,
Singgah petang di Taman Rekreasi Pantai Rambah
Hari Raya Aidilfitri 2016, Pantai Rambah Pontian,
Wefie poyo Hari Raya namanya ni huhu
Hari Raya Aidilfitri 2016, Pantai Rambah Pontian,
Si kecik kepenatan... sikit lagi nak jadi angry bird... tak nak senyum dah... :D

Esok sudah Hari Raya kedua… agenda esok hari bercadang beraya di Johor Bahru pula. Mudah-mudahan keadaan trafik lancar dan dipermudahkan perjalanan dengan selamat. Beberapa hari menyambut Syawal di selatan tanah air ini, akan diusahakan untuk berkunjung sebaiknya terutamanya keluarga dan saudara mara mahupun sahabat handai, in shaa Allah.

Hari Raya Aidilfitri, Taman Rekreasi Pantai Rambah,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H


Justeru, kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 kepada yang mengenali, rakan-rakan blogger dan media serta semua sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap diri ini sepanjang perkenalan juga menulis berkongsi wadah insani di blog ini. 

Semoga bersama-sama kita beroleh keberkatanNya atas silaturrahim ikhlas yang terjalin... aamiin.


Ok, esok nak raya lagi… Salam ceria Aidilfitri buat semua!! :) :)

COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H
Salam Ceria Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016/1437H,
https://4.bp.blogspot.com/-c6xWHwgHNnA/V30uWF79JEI/AAAAAAAAM7s/xGmOseW5KyAnJNKmAkpaqn7BcToNR-JqwCLcB/s640/Khir%2BKhalid%2BAidilfitri%2B2016.JPG
https://4.bp.blogspot.com/-c6xWHwgHNnA/V30uWF79JEI/AAAAAAAAM7s/xGmOseW5KyAnJNKmAkpaqn7BcToNR-JqwCLcB/s72-c/Khir%2BKhalid%2BAidilfitri%2B2016.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/07/salam-ceria-hari-raya-aidilfitri.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/07/salam-ceria-hari-raya-aidilfitri.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy