Zack Kapcai: Filem Genre Komedi Terbaru MIG Pictures

Baru-baru ini saya berpeluang menonton Zack Kapcai, filem bergenre komedi terbaru terbitan MIG Pictures dalam Movie Day Out yang diadakan di eCurve, Mutiara Damansara. Filem arahan bersama Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini merupakan sebuah filem komedi yang menggabungkan elemen-elemen aksi dengan sub-plot persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang, dan percintaan yang seimbang dan sangat menghiburkan.

Zack Kapcai,

Zack Kapcai : Movie Day Out Bersama Bloggers


Zack Kapcai meletakkan elemen permotoran sebagai subjek utama, namun plot penceritaan masih mengekalkan elemen komedi sebagai perencah utama. Filem ini membariskan pelawak tempatan terkenal Fad Bocey, Syuk SYJ dan Rahim R2 yang sangat mencuit hati dengan sentuhan komedi mereka yang tersendiri.

Turut sama menjayakan filem ini adalah Epy Kodiang, Shahfiez yang terkenal sebagai 'stunt man' dalam dunia permotoran dan juga Serina Redzuan yang kini mula membuat ‘comeback’ dalam dunia lakonan. Zack Kapcai turut membuka peluang kepada heroin yang mula meningkat naik iaitu Julia Marin sebagai salah seorang peneraju utama filem ini.   

Movie Day Out, Zack Kapcai, MIG Pictures,
Ucapan Mejar (K) David Teo pada sesi makan malam Movie Day Out Zack Kapcai

Sinopsis Filem Zack Kapcai


Zack Kapcai mengisahkan tentang ZACK (Fad Bocey) yang sangat suka berlumba motor. Namun minatnya ditentang keras oleh ibunya, MINAH (Serina Redzuawan). Ini kerana suami Minah iaitu ayah kandung Zack juga merupakan Raja Kapcai suatu masa dulu. Disebabkan gelaran Raja Kapcai itulah rumahtangga Minah dan Rudy berkecai.

Selepas memenangi 'Qistina', motor kesayangan milik ROY (Syuk SYJ), Zack dan Roy yang dahulunya kawan baik menjadi musuh. Sementara itu, Minah sudah tidak tahan lagi dengan aktiviti berlumba Zack. Dia memarahi Zack sehingga Zack insaf dan berjanji tidak akan merempit dan berlumba lagi. Namun segalanya berubah apabila Zack terjumpa poster lama RUDY (Rahim Sepahtu) dan Minah dengan kapsyen “Raja Kapcai Akhiri Zaman Bujang”. Zack teruja mengetahui bapanya sendiri adalah Raja Kapcai dan bernekad untuk menjejaki ayah dan adik kandungnya yang telah lama terpisah.

Zack Kapcai full movie,

Pada masa yang sama, Roy yang sudah gila bayang merindui Qistina, terus mencuri motosikal Zack. Zack kecewa bagaimana dia hendak mencari ayah dan adiknya tanpa kenderaan. Semasa inilah Minah mengeluarkan motosikal legenda Raja Kapcai yang selama ini disorokkan. Zack semakin teruja dan bersemangat untuk meneruskan misinya.

Dipertengahan jalan, Zack bertembung Roy yang juga ingin ke Kuala Lumpur. Mereka mengenang kembali persahabatan lama mereka lalu berbaik semula. Rudy dan TASHA (Julia Marin) pula menjalani kehidupan yang sederhana di Bandar. Tasha berkawan baik dengan WAN (Shahfiez Rempit) and the Gang, samseng besar kawasan mereka.

David Teo, Khir Khalid, Zack Kapcai, Movie Day Out, MIG Pictures,
Dapat duit raya... yeay... :) :)

Apabila Wan membelasah Rudy pada satu malam, Tasha mengamuk dan marah. Wan yang sakit hati terus bertindak ingin memperkosa Tasha. Tasha berusaha melarikan diri dan bersembunyi di rumah sewa Roy dan Zack. Perkenalan tanpa diduga itu membuahkan rasa cinta di hati Roy. Esoknya, Roy menghantar Tasha balik dan Zack meneruskan misinya mencari Rudy dan Tasha.

Apa kesudahannya?... kalau nak tahu, jom sama-sama menonton filem Zack Kapcai yang telah pun diterbitkan bermula 14 Julai 2016 di pawagam berdekatan anda.

Julia Marin, Khir Khalid, Zack Kapcai, movie day out, MIG Pictures,
Julia Marin, heroin filem Zack Kapcai... jom tonton!

Zack Kapcai: Filem Wajib Tonton Di Pawagam Sekarang!


Penghargaan terima kasih kepada penerbit, Mejar (K) David Teo, MIG Online, Blog Retis dan rakan-rakan bloggers kerana dapat bersama-sama makan malam dan menonton Movie Day Out, Zack Kapcai terbitan MIG Pictures dengan ceria.

Movie Day Out Zack Kapcai,
Movie Day Out Zack Kapcai

Secara keseluruhan, Zack Kapcai sememangnya filem komedi yang pasti membuatkan anda tidak kering gusi dan terhibur. Filem penuh aksi dan melucukan yang wajib tonton buat anda semua. Pasti menambahkan lagi keceriaan serta memeriahkan sempena Aidilfitri ini.

Sebelum itu, jom saksikan video Blogretis & MIG Movie Day Out oleh Hai Blogger! Official sekitar majlis preview Zack Kapcai yang berlangsung bersama rakan-rakan bloggers!


Apa lagi... kami semua dah menonton... Marvelous night dan movie yang sangat enjoy.

Jom beramai-ramai serbu pawagam berdekatan dan tonton Zack Kapcai hari ini!

36 comments:

  1. Wah meriahnya...seronok nampaknya semua kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg meriah.. tambah dgn cerita kelakar dan aksi pulak... seronok... :) :)

      Delete
  2. Replies
    1. Jom tonton Zack Kapcai dgn family Jie... mmg best! :)

      Delete
  3. Bila tengok nama pelakon..macam best aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barisan pelakon yg tengah hot sekarang ni... mmg best lakonan dia org... :)

      Delete
  4. Ehem...dah macam retis
    Kalau2 ada job untuk mak nanti bg tau eh...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, ada peluang baik kita info sharing2... :) :)

      Delete
  5. Bila tengok nama pelakon..macam best aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua watak lakonan hidup... kelakar citer ni :D

      Delete
  6. Replies
    1. Seronok menonton... dari mula sampai habis penuh aksi dan lawak yg menghiburkan kan... :) :)

      Delete
  7. Replies
    1. Peminat fad bocey ea... terbaik!! :) :)

      Delete
  8. Assalammualaikum Bro KK...wah bestnya...buah tangan terbitan MIG biasanya tidak menghampakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... mmg tak menghampakan... filem penuh aksi dan mmg kelakar... seronok sgt PC... jom tonton.. :) :)

      Delete
  9. MENARIKNYA REVIEW FILEM NI TERASA INGIN NK MENONTONNYA...WAH BESTNYA KK DPT DUIT RAYA N BERTEMU ARTIS TERLIBAT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kena tonton kak PI... comfirm hilang stress... best... :) :)

      Delete
  10. Meriah ! Dapat jumpa artis pulak tu. Hehe. Nani pun dah tengok cerita ni baru ni, memang best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah cepat je kan hehee... terbaiklah Nani! Best... mmg tak rugi menonton... :) :)

      Delete
  11. Replies
    1. Mantap lakonan syuk tu anies.. boleh la cepat2 menonton... :) :)

      Delete
  12. Kenapa Nampak sebaya dengan Julia Marin... Awal 20an je rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan... bila dah sesuai, nak cakap mcm mana huhu... :D

      Delete
  13. Kenapa Julia Marin macam awek jek? kekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chemistry tu mmg dah ada semulajadi pada kami... tu yg nampak mcm awek je ehehee... :D

      Delete
  14. secocok plak tgk bro & Julia Marin tu hehehe

    ReplyDelete
  15. selepas ini tuan KK boleh mencuba peluang jadi pelakon pulak..saya akan jadi peminat..nanti bila jumpa kita selfie tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh.... masin mulut tuan tu, jadi pelakon betul saya hahaa... apa pun jngn lupa selfie nanti k... :) :)

      Delete
  16. hoho nice meeting that time. selain dapat makan, kenal kawan baru..boleh layan citer lawak tak kering gusi gak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best dapat sama2 kengkawan blogger.. kenal2 dan layan tengok filem santai gelak memanjang hahaa.. :D

      Delete
  17. Best kan tengok movie zack kapcai... tak berhenti ketawa layan movie ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best kan... filem Zack Kapcai ni mmg buat nak ketawa sampai abis cerita hahaa..:D

      Delete
  18. menarik nampak filem ni...tapi cumanya filem melayu sekrang tak berapa berhantu...maksudnya tak rasa nak tengok lagi bila dah tengok...mungkin perlu penambahbaikan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dgn sokongan kita semua yg berterusan serta pandangan yg membina dpt menambahbaik filem kita utk lebih menggigit lagi... :)

      Delete

Powered by Blogger.