Aktiviti Sukan Lasak Yang Superb Di EnerZ Extreme Park

EnerZ Extreme Park, arena sukan lasak indoor di Subang Jaya Selangor,

EnerZ Indoor Extreme Park pastinya antara ‘spot’ wajib dikunjungi buat peminat dan penggiat sukan lasak. Merupakan antara ‘indoor extreme park’ yang terbesar di rantau Asia dengan keluasan 80,000 kaki persegi, kini telah dibuka semula sebagai platform ‘fitness’ yang mencabar dan menyeronokkan untuk semua peringkat umur juga riadah seisi keluarga.

EnerZ Extreme Park Subang Jaya,

EnerZ Indoor Extreme Park Subang Jaya


Pagi Khamis 25 Ogos 2016, saya telah ke majlis pembukaan semula EnerZ Indoor Extreme Park and Sports Arena di Subang Jaya ini untuk meninjau dan merasai sendiri pengalaman sukan lasak. Sebagai bekas pengiat sukan X-games 90an, acara ini juga merupakan peluang melihat sendiri perkembangan sukan lasak dengan kepelbagaian baharu masa kini.

EnerZ Extreme Park ini menyediakan prasarana ‘high-intensity activities’ seperti suspended ropes, trampolines, dodge ball, foam pits termasuk bola keranjang dan juga badminton. Setiap platform aktiviti lasak lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan disamping persekitaran yang luas dan warna 'interior' bertenaga yang merangsang semangat dan minda.

EnerZ Extreme Park Subang Jaya, Alvin Tey,

Menurut Mr Alvin Tey selaku Pengarah Urusan EnerZ Extreme Park, aktiviti sukan lasak kini sangat popular dikalangan warga Malaysia tetapi disebabkan keadaan cuaca dan kadar keselamatan yang tinggi membuatkan sukan ini kurang diketengahkan. Ia menjadi aspirasi EnerZ dalam menyediakan prasarana terbaik memartabatkan sukan lasak sebagai pilihan riadah yang popular dan diminati ramai.

EnerZ Extreme Park,
EnerZ Extreme Park Subang Jaya, Meltdown,
EnerZ Extreme Park, Gladiator,

Pembukaan EnerZ Extreme Park Yang Lebih Mantap


Pembukaan semula EnerZ Extreme Park ini telah memperkenalkan platform tambahan baharu untuk aktiviti-aktiviti riadah sukan lasak. Antaranya ialah Gladiator dan Ninja Warrior dimana pengunjung berpeluang merasai sendiri cabaran tricky cube, meltdown dan bertempur dengan mesin pejuang dalam suasana yang menyeronokkan.

Selain itu, EnerZ Extreme Park juga menyediakan keperluan kepada organisasi yang berhasrat menjalankan program ‘team building’ dalam menyuntik semangat kerjasama berpasukan. Terdapat juga kemudahan menyambut hari lahir, hari keluarga termasuk aktiviti pembangunan kanak-kanak dibawah penyeliaan yang bertauliah. Ia juga merupakan pilihan terbaik kepada ibu bapa yang mahukan aktiviti berkualiti bersama anak-anak dan keluarga.

EnerZ Extreme Park, tricky cube,
EnerZ Extreme Park,
EnerZ Extreme Park, Trampolines,

Sempat saya merakam aksi menarik oleh mereka yang 'expert'... syok tengok teknik dan cara mereka melompat... ada gaya... stylo n sempoi... jom kita tonton sekejap di sini.


Jom Layan Aktiviti Lasak Di EnerZ Extreme Park!


Bagi saya, pengalaman mencuba sendiri melompat trampolines memang mengujakan. Sedikit mual sebab tak biasa... maka dinasihatkan agar jangan makan banyak-banyak sebelum mencuba… nanti boleh muntah kalau tak biasa tau. Apa pun, saya sediakan rujukan harga untuk pelbagai aktiviti sukan lasak yang sememangnya amat berbaloi.

Harga EnerZ Extreme Park,
EnerZ Extreme Park, Blogger Malaysia,

Penghargaan terima kasih kepada Bro Framestone atas undangan, juga kepada rakan-rakan blogger yang berkongsi kegembiraan beraksi mencuba pelbagai aktiviti sukan lasak bersama-sama. Pengalaman yang menyeronokkan dan osem!... kena repeat datang lagi nanti.

Alamat lokasi saya sediakan di bawah dan untuk ke EnerZ Extreme Park ini pun tersangatlah mudah dengan menggunakan aplikasi waze atau google maps… apa lagi… jomla!

EnerZ Extreme Park
Lot 791, Persiaran Subang Indah,
Subang Jaya, Selangor
Tel: 011 1500 0066

Info lanjut boleh layari> www.enerz.my

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Aktiviti Sukan Lasak Yang Superb Di EnerZ Extreme Park
Aktiviti Sukan Lasak Yang Superb Di EnerZ Extreme Park
EnerZ Extreme Park, arena sukan lasak indoor di Subang Jaya Selangor,
https://3.bp.blogspot.com/-zWCB7QbAfA4/V8BSlQTlCsI/AAAAAAAANSg/EyWHaGR5l-gJ-FhbmCosfpFLgupQAdE3wCLcB/s640/EnerZ%2BExtreme%2BPark.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-zWCB7QbAfA4/V8BSlQTlCsI/AAAAAAAANSg/EyWHaGR5l-gJ-FhbmCosfpFLgupQAdE3wCLcB/s72-c/EnerZ%2BExtreme%2BPark.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/aktiviti-sukan-lasak-yang-superb-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/aktiviti-sukan-lasak-yang-superb-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy