Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja Di Malaysia

Kaji selidik diskriminasi majikan terhadap wanita mengandung di tempat kerja di Malaysia,

Kaji Selidik Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (Women’s Aid Organisation – WAO), meninjau pendapat wanita dari seluruh Malaysia untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak-hak wanita mengandung di tempat kerja.

Menurut Kaji Selidik, lebih 40% wanita yang ditinjau pernah mengalami diskriminasi pekerjaan disebabkan kehamilan. Kaji selidik dalam talian meninjau pendapat seramai 222 wanita seluruh Malaysia untuk menjelaskan lebih lanjut tentang diskriminasi di tempat kerja terhadap wanita hamil.

WAO, Women's Aid Organisation, Pertubuhan Pertolongan Wanita,

Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja Masih Lazim


Kaji selidik mendedahkan 5 cara yang kerap dilakukan majikan dalam mendiskriminasi wanita hamil. Antaranya menjadikan kedudukan mereka dalam organisasi sebagai tidak releven, menafikan kenaikan pangkat, meletakkan mereka dalam tempoh percubaan yang panjang, menurunkan pangkat dan menamatkan pekerjaan mereka.

WAO melancarkan kaji selidik tersebut untuk menekankan rasa hormat, serta melindungi dan memberi kesamarataan hak kepada wanita di tempat kerja, khususnya ibu-ibu mengandung.

“Seorang wanita hendaklah bebas memilih bila mereka mahu mempunyai anak. Mereka tidak perlu takut kehilangan pekerjaan hanya kerana mahu memiliki keluarga sendiri. Pembuat dasar di Malaysia perlu memastikan majikan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita hamil. Memberhentikan, menurunkan pangkat, tidak menggaji atau menaikkan pangkat wanita bekerja kerana hamil adalah diskriminasi gender,” - Sumitra Visvanathan, Pengarah Eksekutif WAO.

“Perlembagaan persekutuan dan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women – CEDAW) melarang diskriminasi gender. Apabila majikan menghukum wanita semata-mata kerana mereka mahu melahirkan anak, mereka telah melanggar hak-hak asasi wanita. Secara khusus, wanita mempunyai hak untuk berkeluarga, hak untuk bekerja, dan hak mendapat penilaian dan ganjaran sewajarnya,” sambung Sumitra.

Kaji selidik wanita mengandung, diskriminasi tempat kerja,

Diskriminasi Majikan Terhadap Wanita Mengandung Di Tempat Kerja Dan Prospek Kerjaya


Menurut kaji selidik juga, majikan turut mendiskriminasikan wanita hamil dengan soalan-soalan semasa proses permohonan kerja. Hampir 40% daripada wanita yang ditinjau telah ditanya oleh penemuramah sama ada mereka sedang hamil atau merancang untuk hamil dalam masa terdekat.

Menanyakan soalan mengenai status perkahwinan, status kehamilan atau perancangan untuk hamil, orientasi seksual atau umur, semasa proses permohonan kerja merupakan satu bentuk diskriminasi oleh bakal majikan.

Kaji selidik mendedahkan kira-kira 20% daripada wanita ditolak permohonan kerja atau tawaran kerja dibatalkan setelah mendedahkan tentang kehamilan mereka. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa 30% daripada wanita akan melambatkan perancangan untuk hamil kerana takut kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat.

Diskriminasi terhadap wanita mengandung di tempat kerja,

“Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang melarang soalan-soalan temuduga yang berbaur diskriminasi. Sudah tiba masanya kita melaksanakan undang-undang tersebut. Negara-negara seperti Amerika Syarikat mengamalkan Akta Diskriminasi Kehamilan (Pregnancy Discrimination ACT – PDA) untuk melindungi hak-hak wanita di tempat kerja. Akta ini memastikan majikan melayani wanita hamil dengan cara yang sama seperti pekerja lain dengan kebolehan atau ketidakupayaan yang sama. PDA juga melarang majikan mendiskriminasi wanita mengandung dari segi gaji, tugasan kerja, kenaikan pangkat, pemberhentian, latihan, dan sebagainya. Malaysia perlu berusaha ke arah ini. Kesedaran adalah permulaan dan akhirnya membawa kepada kewujudan undang-undang” tambah Sumitra.

Apa yang lebih membimbangkan, hanya kira-kira 1 daripada 8 wanita tampil membuat aduan setelah kehilangan pekerjaan atau kenaikan pangkat akibat kehamilan. Menurut Sumitra, ini adalah satu isu kerana ramai wanita tidak tahu hak-hak mereka.

Mereka mungkin tidak tahu platform yang disediakan untuk menuntut keadilan. Walaupun ada kesedaran, mereka mungkin takut akibat tindak balas dan ganguan kerana menyuarakan hak mereka.

Kaji selidik diskriminasi terhadap wanita mengandung di Malaysia,

Tiada Perundangan Khusus Melarang Diskriminasi Wanita Mengandung Di Tempat Kerja


Pada masa ini, jika majikan memberhentikan seorang wanita kerana hamil, mangsa boleh membuat aduan pemecatan tidak adil kepada jabatan sumber manusia di tempat kerja atau di Pejabat Perhubungan Industri.

Pejabat Perhubungan Industri boleh membawa kes ke Mahkamah Perusahaan. Wanita tersebut boleh mendapatkan keadilan di bawah Akta Kerja 1955 jika mereka tidak menerima apa-apa faedah berkaitan bersalin yang dijamin oleh akta berkenaan.

Jika majikan tidak memberi layanan yang adil kepada wanita di tempat kerja, mereka boleh memilih untuk meninggalkan pekerjaan dan menuntut pemberhentian kerja. Perlindungan undang-undang pada masa ini tidak mencukupi. Kedua-dua Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 tidak memberikan perlindungan secukupnya.

Tidak ada undang-undang khusus yang melarang diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.

WAO, Women' Aid Organisation, Pertubuhan Pertolongan Wanita,

Walaupun Malaysia meratifikasikan CEDAW pada tahun 1955, Malaysia masih belum lagi melaksanakan kebanyakan unsur konvensyen ke dalam undang-undang domestik. Maka pada masa ini tidak ada cara untuk menguatkuasakan peruntukan-peruntukan di Malaysia.

Terdapat kes-kes mahkamah yang memutuskan peruntukan kesaksamaan dalam artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, namun ia hanya dikuatkuasa untuk kakitangan sektor awam. WAO masih belum melihat kemajuan legislatif dalam sektor swasta. Kita memerlukan satu Akta Kesaksamaan Jantina yang akan melindungi semua pekerja wanita, termasuk di sektor swasta.

Kaji Selidik Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja merupakan salah satu daripada pelbagai cara WAO menyokong kesaksamaan gender dengan usaha yang berterusan.

Layari info lanjut WAO di wao.org.my

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja Di Malaysia
Diskriminasi Wanita Hamil Di Tempat Kerja Di Malaysia
Kaji selidik diskriminasi majikan terhadap wanita mengandung di tempat kerja di Malaysia,
https://1.bp.blogspot.com/-Diq-wzCCDto/V6w8J6fDDxI/AAAAAAAANNs/5ysoNepdJk8atVG-jLTj6t4SUMYMlbXNgCLcB/s640/WAO-Diskriminasi%2Bwanita%2Bhamil.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-Diq-wzCCDto/V6w8J6fDDxI/AAAAAAAANNs/5ysoNepdJk8atVG-jLTj6t4SUMYMlbXNgCLcB/s72-c/WAO-Diskriminasi%2Bwanita%2Bhamil.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/diskriminasi-terhadap-wanita-hamil-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/diskriminasi-terhadap-wanita-hamil-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy