IJM Land Half Marathon 2016 Membina Komuniti Sejahtera

Acara IJM Land Half Marathon 2016 di Dataran Centrio Seremban 2, Run Together Bond Stronger,

Pada pagi Ahad 14 Ogos 2016, telah berlangsung acara larian IJM Land Half Marathon 2016 di Dataran Centrio, Seremban 2. Ia merupakan acara marathon tahunan anjuran IJM Land Berhad yang diadakan buat kali ke-5 dan menarik penglibatan seramai lebih 6,000 penyertaan dari komuniti penduduk perumahan Seremban 2 dan kawasan sekitarnya.

IJM Land Half Marathon 2016, Dataran centrio, Seremban 2,
IJM Land Half Marathon 2016 di Dataran Centrio, Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2016


Kehadiran kami sebagai wakil blogger acara IJM Land Half Marathon 2016 ini juga merupakan aspirasi IJM Land bagi mengetengahkan gaya hidup sihat kepada masyarakat disamping inisiatif amal keperihatinan terhadap kesedaran membantu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia (MLDA).

Marathon dengan tagline ‘Run Together, Bond Stronger’, memperkenalkan jarak larian baharu sejauh 21 KM, disamping 10KM merangkumi kategori junior lelaki dan perempuan berusia 12 hingga 17 tahun dan juga kategori ‘fun run’. Ia merupakan acara tahunan yang kini semakin mendapat sambutan sebagai platform perpaduan yang strategik terutamanya kepada komuniti Seremban 2 demi menyokong gaya hidup sihat, prihatin dan sejahtera.

IJM Land Half Marathon 2016, Dataran Centrio, Seremban 2,
Acara penutup masih penuh dengan peserta larian yang masih bersemangat
IJM Land Half Marathon 2016, Mr Edward Chong,
Ucapan aluan oleh Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad
IJM Land Half Marathon 2016, Dato Hj Abdul Halim bin Abdul Latif,
Ucapan dari Yang Berbahagia Dato' Hj Abdul Halim bin Abdul Latif
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban

IJM Land Half Marathon 2016 Membangun Masyarakat Sihat Dalam Kejiranan Yang Sejahtera


IJM Land Half Marathon 2016 dimeriahkan lagi dengan pelbagai ‘booth’ yang menawarkan pelbagai makanan sihat percuma hinggalah  khidmat nasihat kesihatan yang juga secara percuma. Selain itu, terdapat cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah bernilai lebih RM25,000 untuk dimenangi termasuk Sworke Primus polarised lenses dan hadiah utama Apple iPhone 6s dan LG LED Smart TV.

Perserta larian tempat pertama hingga ke 10 kesemua kategori mendapat Sworke Optimus eyewear (two frames with Revo Lens), manakala kesemua peserta mendapat goodie bag dari penaja platinum BMW Millennium Welt Seremban termasuk medal dan sijil penyertaan. 

Acara marathon tahun ini juga telah memperkenalkan Piala IJM Land Half Marathon Challenge buat pertama kalinya untuk meraikan pelari terpantas. Piala tersebut akan dianugerahkan kepada pelari terpantas lelaki dan perempuan yang berjaya mempertahankan kejuaraan buat 3 tahun berturut-turut.

Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan, IJM Land Half Marathon 2016,
Penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan
Malaysia Lysosomal Disease Association, IJM Land Half Marathon 2016,
Penyampaian sumbangan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia
IJM Land Half Marathon 2016,
Mr Edward bersama 5 pemenang utama marathon 21KM lelaki 
IJM Land Half Marathon 2016,
Dato' Soam bersama 5 pemenang utama marathon 21KM wanita 
IJM Land Half Marathon 2016,
Dato' Soam, CEO IJM Corporation Berhad bersama pelari terpantas IJM Land Half Marathon 2016,
Lim Khon Seng (kiri) dan Danielle Nant memegang 'challenge trophies' disertai maskot Baby Dino.

Mesej Perpaduan Komuniti Positif Dengan Tagline 'Run Together Bond Stronger'


Tahniah dan terima kasih kepada IJM Land berhad atas acara yang meriah ini, juga kepada Bro Framestone atas undangan berkongsi kemeriahan bersama rakan-rakan blogger yang hadir. Tahniah juga kepada penaja rasmi BMW Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonalds dan Spine & Joint.

Blogger Malaysia, IJM Land Half Marathon 2016,
Bersama antara rakan blogger yang berkesempatan ber'wefie'.

Jom, sama-sama kita bersedia... tahun depan kita join marathon 21 KM bersama-sama. Bersiap sedia bermula dari sekarang dengan latihan larian dan amalkan gaya hidup sihat serta pemikiran yang positif. Manalah tahu, anda mungkin berjaya menjadi pelari terpantas pada acara marathon yang akan datang... :)

Untuk info lanjut IJM Land Half Marathon 2016 ini, jom layari> www.ijmlandrun.com

COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: IJM Land Half Marathon 2016 Membina Komuniti Sejahtera
IJM Land Half Marathon 2016 Membina Komuniti Sejahtera
Acara IJM Land Half Marathon 2016 di Dataran Centrio Seremban 2, Run Together Bond Stronger,
https://3.bp.blogspot.com/-0oDrhqCzTfE/V7HXpe0M-XI/AAAAAAAANOg/CNesx2gNYkUIFNpL7vn-NnvEi7Z83G5tgCLcB/s640/IJM%2BLand%2BHalf%2BMarathon%2B2016.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-0oDrhqCzTfE/V7HXpe0M-XI/AAAAAAAANOg/CNesx2gNYkUIFNpL7vn-NnvEi7Z83G5tgCLcB/s72-c/IJM%2BLand%2BHalf%2BMarathon%2B2016.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/ijm-land-half-marathon-2016-membina.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/ijm-land-half-marathon-2016-membina.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy