Inspirasi Di Perbadanan Kota Buku Malaysia

Perbadanan Kota Buku Malaysia,

Mencoret pengalaman berkunjung ke Perbadanan Kota Buku beberapa minggu yang lalu. Antara perkara istimewa adalah lokasi pejabat yang merupakan 'Kota Buku' tertinggi di dunia kerana ianya terletak di tingkat 24, Maju Tower, Kuala Lumpur. Itulah yang nyatakan secara spontan oleh Tuan Haji Sayed Munawar selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku sebagai kata aluan.

Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Pejabat urusan Perbadanan Kota Buku yang kreatif dan menarik

Perbadanan Kota Buku Malaysia


Petang Jumaat 19 Ogos 2016, saya bersama Tuan Haji Hasan Hamzah, Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN), telah berkunjung ke Perbadanan Kota Buku untuk satu mesyuarat. Antara pengisian adalah berkaitan Ekspo Buku 2016 dan beberapa perkara yang berhubungkait dengan pembangunan perbukuan di Malaysia.

Hiasan dalaman pejabat urusan Kota Buku ini sebenarnya menarik perhatian saya untuk dikongsikan di blog ini. Susun atur ruang hadapan yang unik dan kreatif… melahirkan fantasi dunia buku ke alam realiti… tenang dan membuka inspirasi minda dan jiwa seniman serta sasterawan sesiapa jua yang bertandang.

Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Banian Penawar Jiwa
Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Sewaktu sesi mesyuarat berlangsung

Pusat Himpunan Pembaca, Penulis Dan Penerbit


Perbadanan Kota Buku merupakan ‘one-stop centre’ yang menghimpunkan pembaca, penulis dan penerbit untuk pelbagai aktiviti berkaitan pemerkasaaan buku. Ia diilhamkan sejajar dengan hasrat Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubuhkan sebuah ‘Pusat Buku’ di Malaysia.

Pelbagai aktiviti yang dibangunkan sebagai pemacu pembangunan perbukuan di Malaysia dan persada antarabangsa, antaranya melalui latihan dan bimbingan penulisan, penerokaan pemasaran dan penyediaan prasarana perbukuan kelas dunia. Perbadanan Kota Buku juga merupakan platform kawalan harta intelek dan pemilik terbesar ebook di rantau Asia.

Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Meninjau menghargai persekitaran pejabat yang kreatif
Sayed Munawar, Hassan Hamzah, Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Tuan Haji Syed Munawar bersama Tuan Haji Hasan Hamzah
Sayed Munawar, Perbadanan Kota Buku Malaysia,
Wefie bersama insan hebat... :)

Terdapat pelbagai lagi prasarana yang senantiasa diperkasa dan dibangunkan dari masa ke semasa selaras dengan arus kemajuan terkini. Ia juga menjadi inspirasi buat diri ini untuk terus memperkasa ilmu dan menyumbang yang terbaik agar buku terus segar dan kekal relevan dalam mendepani segala cabaran era digital dan globalisasi kini mahu pun akan datang, in shaa Allah.


Perbadanan Kota Buku Malaysia
Level 24, Maju Tower,
Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur
Tel: +603 2630 6893
Fax: +603 2630 6889
Laman web

COMMENTS

BLOGGER: 18
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Inspirasi Di Perbadanan Kota Buku Malaysia
Inspirasi Di Perbadanan Kota Buku Malaysia
Perbadanan Kota Buku Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-Gadp1LJ8YVc/V8RLuqs4e0I/AAAAAAAANZo/hzzUQg1PuzUo0JxDjDl_1K1iJD9YHpNBACLcB/s640/Perbadanan%2BKota%2BBuku.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-Gadp1LJ8YVc/V8RLuqs4e0I/AAAAAAAANZo/hzzUQg1PuzUo0JxDjDl_1K1iJD9YHpNBACLcB/s72-c/Perbadanan%2BKota%2BBuku.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/inspirasi-di-perbadanan-kota-buku.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/inspirasi-di-perbadanan-kota-buku.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy