Merawat Kemurungan Dengan Kaedah Rawatan Dan Terapi Al-Quran

Merawat penyakit kemurungan dan stress melalui kaedah rawatan terapi Al-Quran di Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Sepanjang berkecimpung dalam segmen pembangunan sosial, saya sering berhadapan isu kemurungan. Sewaktu terlibat dalam isu koreksional sekitar 2011 hingga 2013 juga terdapat beberapa masalah kemurungan yang terkait dengan subjek mahupun ahli keluarga disebabkan dugaan yang dihadapi. Namun ia tidak berhenti setakat itu, kerana dalam segmen gaya hidup masyarakat juga, kemurungan terus berlaku disebabkan pelbagai faktor cabaran kehidupan.

Penyakit murung, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Penyakit Kemurungan Dalam Kehidupan Insan


Kemurungan adalah penyakit yang disebabkan pengaruh emosi. Ia mempunyai kesan yang amat kuat hingga mampu menyebabkan penyakit fizikal, kronik, mental mahupun stress yang mengancam kesihatan jiwa dan nyawa. Apa yang lebih membimbangkan, kemurungan mampu menjadikan individu yang mengalami sanggup memudaratkan keluarga, orang ramai mahupun membunuh diri sendiri, nauzubillahiminzalik.

Atas faktor tersebut mendapati masyarakat di Barat khususnya kini lebih serius dalam menangani isu kemurungan ini. Terdapat pelbagai platform perundingan atau khidmat nasihat pakar yang disediakan untuk merawat mereka yang menghadapi penyakit kemurungan. Mereka sedar implikasi sosial yang telah dilalui serta bakal dihadapi masyarakat sekiranya perkara tersebut tidak ditangani dengan sebaiknya sebelum membarah.

Rawatan terapi Al-Quran, Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Kemurungan Dan Kaedah Penyembuhan Perawatan Islam


Solusi kepada penyakit kemurungan sudahpun terkandung dalam perawatan Islam sejak dahulu lagi. Bacaan ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah rukyah penyembuhan sememangnya telah terbukti lebih berkesan berbanding kaedah-kaedah saintifik dan therapeutic yang dilaksanakan dunia moden Barat. Faktor tersebut jugalah yang menjadi asbab penghijrahan ramai masyarakat Barat memeluk Islam.

Perkara ini diakui para saintis dan profesional Barat yang menyelidiki agama dalam solusi menangani pelbagai penyakit. Melalui perbandingan serta kajian, kebanyakkan mereka akhirnya akur dan menerima Islam. Sesungguhnya, Al-Quran mendahului kehebatan saintifik masa kini dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara ilmu yang terkandung merangkumi kaedah penyembuhan terapi Al-Quran dalam merawat penyakit kemurungan.

Penjelasan lanjut tentang penyakit kemurungan boleh di rujuk dan di baca di laman ini >

Merawat Kemurungan Di Pusat Rawatan Al-Qayyum


Kini masyarakat kita mula sedar hakikat tekanan emosi yang boleh membawa penyakit kemurungan seterusnya mengundang pelbagai lagi kemudaratan kesihatan diri dan jiwa. Pusat Rawatan Al-Qayyum juga kerap menerima pesakit yang mengalami masalah kemurungan. Sama ada pesakit lelaki mahupun wanita, kaedah penyembuhan holistik Islamiah adalah solusi terbaik dalam merawat kemurungan.

Usaha yang istiqamah sepenuh keyakinan dari pesakit adalah resepi penting penyembuhan. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan berkesan memerlukan kerjasama erat antara pesakit dan perawat melalui sesi rawatan terapi Al-Quran antara 3 hingga 5 kali. Alhamdulillah, ramai yang telah berjaya disembuhkan atau ditingkatkan kesihatan dengan izin Allah swt.

Perawat Pusat Rawatan Al-Qayyum,

Justeru, sekiranya ada dikalangan pembaca yang dihormati berhasrat mendapatkan rawatan kemurungan diri atau mereka yang anda sayangi, adalah disarankan menghubungi Pusat Rawatan Al-Qayyum untuk rawatan dari perawat yang berkelayakan dan berpengalaman.

PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
B3-1-k10 Ground Floor, Sri Meranti Apartmen
Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur.

Telefon:
Pejabat: 03 6263 7006
Ustaz Shakir Aqmal: 017 211 4745
Mu’alij Zain Misbah: 017 765 1747
Puan Hasnizan Razak: 017 297 9856



Waktu Rawatan
Isnin – Khamis: 9:00 pagi – 11:00 malam
Jumaat: Tutup
Sabtu: 9:00 – 6:00 petang

Logo Pusat Rawatan Al-Qayyum,

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Merawat Kemurungan Dengan Kaedah Rawatan Dan Terapi Al-Quran
Merawat Kemurungan Dengan Kaedah Rawatan Dan Terapi Al-Quran
Merawat penyakit kemurungan dan stress melalui kaedah rawatan terapi Al-Quran di Pusat Rawatan Al-Qayyum,
https://4.bp.blogspot.com/-PL-OE6caX5k/V8axe7IBk3I/AAAAAAAANbc/lkx_w3jP670HxGXaV9Y02PCMHtYHMIA7ACLcB/s640/Kemurungan.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-PL-OE6caX5k/V8axe7IBk3I/AAAAAAAANbc/lkx_w3jP670HxGXaV9Y02PCMHtYHMIA7ACLcB/s72-c/Kemurungan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/merawat-kemurungan-dengan-kaedah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/merawat-kemurungan-dengan-kaedah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy