Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ekspo Buku Malaysia 2016 - Bil. 3

Pagi Jumaat 19 Ogos 2016, telah diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ekspo Buku Malaysia 2016 bilangan ke-3 bertempat di Yayasan Pembangunan Buku Negara, Menara Safuan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ia merupakan mesyuarat pertama saya hadiri bagi membincangkan perkara berkaitan Ekspo Buku Malaysia 2016 yang dirangka bakal berlangsung pada 14 hingga 18 Disember tahun ini di PWTC.

Yayasan Pembangunan Buku Negara, Menara Safuan,
Yayasan Pembangunan Buku Negara

Ekspo Buku Malaysia 2016


Ekspo Buku Malaysia 2016 merupakan ekspo kali ke-6 diadakan. Ia dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (National Book Foundation) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kuala Lumpur National Library, GAPENA dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS).

Dianggarkan terdapat sebanyak 150 gerai jualan dan pameran akan disediakan dengan buku-buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan pelbagai lagi. Variasi buku-buku juga merangkumi pelbagai rujukan sekolah rendah, menengah, institusi pengajian tinggi, lapangan perubatan, perisian computer, e-book, novel, majalah termasuk keperluan dan bantuan mengajar.

Tuan Haji Hasan Hamzah, Yayasan Pembangunan Buku Malaysia,
Pengerusi mesyuarat, Tuan Haji Hasan Hamzah selaku Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ekspo Buku Malaysia 2016,
Perbincangan pelbagai perkara yang bakal dilaksanakan
Wak Nahar Kamsani, karyawan jurufoto Malaysia,
Satu penghormatan ber'wifie' dengan Wak Nahar Kamsani, karyawan jurufoto paling lama di Malaysia.
Beliau memulakan kerjaya jurufoto pada tahun 1950an dan masih aktif sehinggga kini.

Agenda Mesyuarat Ekspo Buku Malaysia 2016


Antara pengisian asas mesyuarat adalah memperkemas perancangan demi menjamin persediaan acara dengan sebaiknya. Terdapat juga program pelancaran buku dan novel yang bakal diadakan disamping sesi bersama penulis buku atau novelis, sesi autograph, fotografi dan pelbagai lagi acara menarik bakal disediakan.  

Selain menyuntik galakan kepada masyarakat terhadap budaya membaca, ekspo ini juga memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat ikon industri sebagai motivasi dan penghargaan. Justeru, ia merupakan platform strategik dalam memperkasa masyarakat berilmu sebagai asas membina negara yang berdaya maju dan sejahtera.   

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ekspo Buku Malaysia 2016,
Mesyuarat jawatankuasa induk Ekspo Buku Malaysia 2016 bil. 3 

Mesyuarat jawatankuasa induk ini akan diteruskan lagi pada waktu yang ditetapkan dengan penglibatan lebih ramai pihak yang terlibat sebelum acara bakal berlangsung nanti. Amanah memperkasa lembaran ilmu dan pembangunan sosio-masyarakat di era digital dan globalisasi.

In shaa Allah, akan saya kongsikan perkembangan seterusnya nanti pada artikel-artikel lain. Ekspo Buku Malaysia 2016 ini pasti lebih mantap dan dinamik buat semua pengunjung.

17 comments:

  1. MOGA SEMUA RENCANA YG DIRANCANG BERKENAAN EKSPO BUKU MALAYSIA TERLAKSANA SEBAIKNYA...TENTU RAMAI YG XSABAR NK MENGHADIRI EKSPO BUKU KALA DIADAKAN KELAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah... aamiin.. jom kak PI... set date tu turun sekeluarga.. boleh kita jumpa sekali nanti... :)

      Delete
  2. Thorbaek! Semoga segala agenda sempurna pelaksanaannya nanti Khir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. t kasih... klu saudara KA turun nanti, roger2lah saya k.. :)

      Delete
  3. semoga ianya berjalan dengan lancar.. best sesekali ke ekspo buku.. macam2 buku boleh dapat dengan harga yang berpatutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... t kasih eyda.. klu turun date tu nanti roger2 k... :)

      Delete
  4. wow, best ni... lama dah x ke expo buku, kekangan anak2 kecil, biasa skrg beli buku kat kedai biasa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kali ni set date dtg sekeluarga ye... meriah.. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Tuan MKL turun jngn lupa roger saya nnti ye... :)

      Delete
  6. Replies
    1. Sesekali hidup ni perlu seyes Pha Is hehehee... :D :D

      Delete
  7. thn lps ada kn ekspo buku ni? mmm igt2 lupa laa pulak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Anies ada booth ke tahun lepas... tahun ni pun ada kan :)

      Delete

Powered by Blogger.