Premier Screening KABALI Versi Bahasa Melayu

Premier screening Kabali, Filem Tamil pertama dialihsuara versi bahasa Melayu,

Pada malam Jumaat, 29 Julai 2016, saya berpeluang menonton premier screening filem Kabali yang berlangsung di TGV Suria KLCC. Merupakan filem Tamil pertama dialihsuara versi bahasa Melayu dan membuka lembaran baru dalam sejarah industri perfileman Malaysia. Filem penuh aksi lakonan 'superstar' handalan Rajinikanth ini turut dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal Malaysia dan antarabangsa.

Kabali, Rajanikanth, Khir Khalid,
Bersama ikon hero, KABALI... ni Rajinikanth AP bukan yang ori dari India hehee... :)

Kabali: Filem Aksi Tamil Versi Bahasa Melayu


Filem Kabali versi bahasa Melayu ini telah dialihsuara melalui teknik profesional dan melibatkan kos serta gerak kerja yang besar. Maka, sememangnya boleh dikatakan bahawa kualiti alihsuara Kabali pasti lebih bermutu jika dibandingkan alihsuara drama-drama di tv.

Filem lakonan 'superstar' Rajinikanth ini turut menggabungkan pelakon handalan Taiwan, Winston Chao dan tanah air seperti Datuk Rosham Nor, Norman Hakim, Zack Taipan, Tony Kassim. Beberapa lagi pelakon terkenal seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fathia Latif termasuk hos televisyen tempatan, V. Arun Kumaran merupakan tenaga belakang tabir yang bertanggungjawab menjayakan projek alihsuara filem Kabali ini.

Jalaludin Hassan, Khir Khalid, Kabali,
Wefie bersama Datuk Jalaludin Hassan sebelum premier screening Kabali
Blogger Malaysia, Khir Khalid,
Rakan-rakan blogger... menggigil tangan pegang monopod masa ni... :D
Blogger Malaysia, Khir Khalid,
Lagi groupfie rakan-rakan blogger sebelum premier screening Kabali bermula

Blogger Malaysia, Amir Nawawi, Khir Khalid,
Relax berdua jap dgn blogger Amir Nawawi... :)
Zamarul Hisham, Khir Khalid, Kabali,
Zamarul Hisham turut terlibat dalam projek alihsuara filem Kabali
Jalaludin Hassan, Rosham Nor, Nur Fathia, Kabali,
Datuk Rosham Nor, Nur Fathia dan Datuk Jalaludin Hassan

Aksi Lasak, Lucu Dan Sedih Dalam Filem Kabali


Kabali merupakan filem gangster arahan pengarah hebat PA Ranjith dan produser Kalaipuli S. Thanu yang mengisahkan kehidupan masyarakat dan perseteruan antara kumpulan samseng Kabaleeswaran (lakonan Rajinikanth) dan Tony Lee (Winston Chao). Maruah Kabaleeswaran yang digeruni dengan nama Kabali mula terbela setelah dibebaskan dari penjara dengan hukuman selama 25 tahun.

Pelbagai aksi hebat dalam persaingan kedua kumpulan ini dimana satu pihak cuba mengekalkan kedudukan, manakala satu pihak lagi membela maruah serta melindungi masyarakat yang kian terhimpit dengan tekanan gejala gangsterisme yang menular. Ia juga memaparkan pelbagai aksi lucu yang menghiburkan bersama elemen kekeluargaan yang menyentuh hati dan perasaan penonton.

KABALI Versi Bahasa Melayu,
Ucapan aluan dari Datuk Abdul Malik pengasas Malik Streams Corporation
KABALI Versi Bahasa Melayu,
Pelancaran Premier Screening sebelum tayangan Kabali bermula

Jom Tonton Kabali Versi Bahasa Melayu Di Pawagam


Bagi saya, filem Kabali ada sentuhan kesedaran dalam coretan realiti kekeluargaan, semangat setiakawan dan jalinan masyarakat. Filem ini memaparkan 70% lokasi penggambaran di tempat tarikan utama Malaysia, manakala 20% penggambaran di India dan 10% di Thailand. 

Namun terdapat pandangan peminat tegar filem Tamil menyatakan, 'feeling' nada tonasi suara dan aksi filem sebegini pastinya tetap terbaik dalam bahasa asal juga. Apa pun, ia filem pertama dialihsuara dalam sejarah Malaysia. Pasti membuka lembaran yang lebih hebat lagi selepas ini. Saya terhibur menonton filem Kabali versi bahasa Melayu ini.

KABALI Versi Bahasa Melayu,
Jom kita tonton Kabali versi bahasa Melayu

Penghargaan terima kasih buat Neyra Shazera atas peluang undangan VVIP premier screening Kabali ini. Juga kepada semua rakan-rakan blogger yang berkongsi keceriaan bersama dalam suasana ukhwah silaturrahim yang sangat menghiburkan. You guys memang best... sejahtera!!! :) 

COMMENTS

BLOGGER: 29
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Premier Screening KABALI Versi Bahasa Melayu
Premier Screening KABALI Versi Bahasa Melayu
Premier screening Kabali, Filem Tamil pertama dialihsuara versi bahasa Melayu,
https://2.bp.blogspot.com/-0_71K0RN2bQ/V57b2phZq8I/AAAAAAAANGs/LwYEF7dgDPAa82CTwYKawLpcsVceWrVWQCLcB/s640/Kabali%2BVersi%2BBahasa%2BMelayu.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-0_71K0RN2bQ/V57b2phZq8I/AAAAAAAANGs/LwYEF7dgDPAa82CTwYKawLpcsVceWrVWQCLcB/s72-c/Kabali%2BVersi%2BBahasa%2BMelayu.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/premier-screening-filem-kabali-versi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/premier-screening-filem-kabali-versi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy