STREET CHURROS Resepi Istimewa Korea Kini Di Malaysia

Street Churros, rangkaian 'global no.1 take out cafe' kini telah bertapak di IOI City Mall, Putrajaya. Ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai dan menikmati keenakan tersendiri resepi istimewa Street Churros yang menjadi trend budaya ‘street food’ di kalangan masyarakat Korea Selatan dan semakin popular di seluruh dunia pada masa kini.

Street Churros, IOI City Mall, Putrajaya,

Café Street Churros Di IOI City Mall Putrajaya


Baru-baru ini saya berpeluang menikmati sendiri keenakan Street Churros disamping bersantai bersama rakan-rakan blogger di café Street Churros, IOI Mall Putrajaya. Ia merupakan outlet Street Churros pertama di Malaysia menghidangkan pastri goreng Churros, ramuan dan resepi istimewa dari Korea Selatan dengan ‘hand-crafted recipes’ yang rangup dan lembut ‘fresh from oven’!.

Churros yang berbentuk seperti ladam kuda ini disediakan dengan 3 perisa iaitu cinnamon, coklat dan gandum dengan harga RM 4.90 sahaja. Menambah lagi keenakan perisa apabila ia disediakan dengan pilihan ‘dipping sauce’ krim Coklat, Cheese, Strawberi dan Blueberry dengan cas tambahan RM 1.50 setiap satu. Selain itu, terdapat juga Filling Chu, istimewa kepada mereka yang mengemari pastri dengan ‘filling’ berperisa Coklat, Cheese atau Blueberry berharga RM 7.50 setiap satu.

Street Churros Cinnamon, Coklat dan Strawberry, IOI City Mall, Putrajaya,
Churros dengan perisa Cinnamon, Coklat dan Gandum
Filling Chu, Street Churros, IOI City Mall, Putrajaya,
Filling Chu dengan krim perisa Coklat, Cheese atau Blueberry 
Dipping sauce Street Churros, IOI City Mall, Putrajaya,
Dipping sauce berperisa Coklat, Cheese, Strawberry dan Blueberry
Street churros ice cream, IOI City Mall, Putrajaya,
'Ah Chu' - Churros  bersama Ais krim - Choco Choco, Choco Berry, Strawberry dan Vanilla

Pastri Goreng Street Churros Rangup Dan Lembut


Saya menyukai rasa Street Churros ini. Sebagai penggemar cinnamon, banyak juga yang saya makan disamping Churros coklat dan gandum yang sedap-sedap semuanya. Susah nak berhenti mengunyah bila mula mengigit Churros ini. Rasa yang rangup di luar, lembut di dalam pada setiap gigitan… fuhh… seriously, memang heaven bro!!

Bukan itu sahaja, kombinasi Churros bersama ais krim dengan harga RM 7.90 pun sangat marveles. Perisa ais krim didatangkan dengan 4 pilihan iaitu Choco Choco, Choco Berry, Strawberry dan juga Vanilla. Turut menyediakan Latte ekslusif, Choco Latte, Green Tea Latte dan Milk Tea Latte, juga Fresh Lemonade dan Passion Fruit sebagai minuman pilihan.

Street Churros, IOI City Mall, Blogger Malaysia,
Jom makan Street Churros... nyum nyum!!
Street Churros, IOI City Mall, Blogger Malaysia,
Camera ter'mode' beautification pulak... muka macam kartun animie... :D
Street Churros, IOI City Mall, Blogger Malaysia,
Tapau Street Churros untuk sambung mengunyah di rumah

Jom Street Churros Bersama Rakan Dan Keluarga!


Penghargaan terima kasih kepada Street Churros atas hidangan Churros yang sedap dan marvels sampai susah nak berhenti mengunyah…. Siap tapau Churros sebab sedap sangat… best!!. Terima kasih sayang juga buat team leader Broframestone.com dan rakan-rakan blogger yang ‘hang out’ bersama-sama menikmati Churros dengan sepenuh keceriaan.

STREET CHURROS
LG-66A, Lower Ground Floor
IOI City Mall, Putrajaya

Instagram
instagram.com/streetchurrosmy

Facebook
facebook.com/streetchurrosmy

Street Churros, IOI City Mall, Blogger Malaysia,
Gambar kredit rakan blogger www.sallysamsaiman.com

Street Churros di IOI City Mall Putrajaya ini merupakan outlet pertama dibuka di Malaysia. Ia akan membuka 5 lagi rangkaian cafe di pusat membeli belah terkemuka sekitar Lembah Klang sehingga akhir tahun ini. Jom ramai-ramai kita serbu Street Churros dan rasai sendiri keistimewaan perisa resepi popular Korea hari ini.

38 comments:

  1. Replies
    1. A ah mmg sedap... best lah kan... :) :)

      Delete
  2. Rasa nak repeat lagi, kali ini nak makan ia time panas-panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ikot boleh hahaa... :) :)

      Delete
    2. Nak ikot juga leh tak? hehe

      Delete
    3. Jom CP pekena churros panas2 hehee.. :) :)

      Delete
  3. tengok je pun dah telan ailio ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa mmg sedap bro.. makan dgn aiskrim tu manyakk syook.. :) :)

      Delete
  4. Wahhh nanti nak try lah bila ke sana. Sedapnya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap... kena try Nani... try jngn tak try tau... :) :)

      Delete
  5. Replies
    1. Mcm roti goreng tapi tak sama.. ni lagi rangup tp lembut.. sedap... :) :)

      Delete
  6. churros sedap! gemok puas makan..

    macam nak ripit je nanti..heheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best... jom ripit.. hari tu pun rasa mcm nak stay je smpi malam layan makan smpi puas hehee :) :)

      Delete
  7. Replies
    1. Mmg sedap... singgah la dgn family makan churros ni nanti bro... best :) :)

      Delete
  8. Ntah bila nak sampai ni padahal dekat je dengan umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai le tu nanti bila2 tu... tak jauh dah eh... :) :)

      Delete
  9. emm..emm..

    amboi bro khir..kunyah takberhenti plak..

    mnarik, kan mkanan dr korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh berhenti Jie... mmg sedap... saya suka.. :) :)

      Delete
  10. Makanan Korea yg sedap tu sebab tu ramai yg minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat makanan korea rupanya kat malaysia ni kan kak... :) :)

      Delete
  11. mesti sedap tu tuan..sebab semua nampak berselera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dan lagi seronok bila makan beramai2 mcm ni... tambah berselera.. :) :)

      Delete
  12. mesti sedap sebab ada pelbagai variasi lagi.. teringin la nak cuba kalau ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singgah la klu dah ke IOI City Mall ni.. senang je cari kat LG eyda.. best.. :) :)

      Delete
  13. Izin berkunjung dan nyimak artikelnya gan? :)

    ReplyDelete
  14. nampak sedapppp..tp jauh laa plak nk g ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pegi jugak tu nanti... mesti Anies suka rasa churros ni... :) :)

      Delete
  15. hoho...pernah cuba.tapi kat pasar malam. lepas ni boleh cuba yang ni pula...

    ReplyDelete
  16. ramai juga blogger yang pi..shamiera osment, izzara uncle zuan ka tu?

    ReplyDelete
  17. jom makan street churros lagi :D

    ReplyDelete
  18. mlm2 tgk churros lg, rs lpr blk haha..cpt2 la die buka cawangan kt kl plak

    ReplyDelete
  19. huntonglahhh bro dpt mkn churros ok fine ! hehehhe

    ReplyDelete
  20. aritu tak sempat nak pergi.. nampak macam sedap jer ni =) nanti try la

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum... khirkhlid,

    nampak sedap walaupun tak pernah cuba lagi...

    mselim3

    ReplyDelete
  22. x perlu nk ke korea lagi kalau nk mkn churros

    ReplyDelete

Powered by Blogger.