Teater BONDINGS Menyemai Semangat Perpaduan Bangsa

Preview pementasan teater Bondings anjuran Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA,

Perpaduan merupakan paksi penting demi pembangunan masyarakat majmuk yang harmoni dan sejahtera. Itulah mesej utama yang dipersembahkan dalam pementasan teater BONDINGS yang berlangsung pada 19, 20 dan 21 Ogos 2016 bertempat di Panggung Eksperimental, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Teater Bondings, ASWARA,

Teater BONDINGS Inisiatif Fakulti Teater ASWARA


Pementasan teater BONDINGS merupakan inisiatif Fakulti Teater ASWARA dibawah program bernama H.O.M.E (House Of Malaysian Encounter) bersempena meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Justeru pada petang Ahad 21 Ogos 2016, saya berpeluang memenuhi undangan menyaksikan pementasan BONDINGS dan diberi kepercayaan sebagai salah seorang panel pengkritik teater tersebut.

Teater BONDINGS sememangnya mempunyai roh dan jiwa tersendiri yang menyentuh nostalgia, hati dan perasaan kepada setiap penonton. Memaparkan sketsa kehidupan masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup dalam suasana kejiranan yang harmoni. Kehidupan sejahtera aman damai yang saling menghargai nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan serta prihatin terhadap satu sama lain dalam segenap aspek bermasyarakat.

Teater Bondings, ASWARA,

Namun hubungan akrab yang telah terjalin sekian lama itu tergugat dengan permasalahan hak milik tanah tempat tinggal mereka. Atas faktor tersebut telah timbul perbalahan sesama mereka sama ada mahu mengalah dan beredar meninggalkan tempat tersebut atau terus sepakat mempertahankan hak, maruah dan juga kepemilikan. Akibatnya, timbul reaksi dan tindakan pelbagai pihak dalam komuniti tersebut yang sebenarnya terkait sebagai contoh kepada realiti kehidupan ini.

BONDINGS menyuntik mesej peringatan dan kesedaran yang mendalam kepada kita sebagai rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama ini tentang pentingnya toleransi, keperihatinan dan persefahaman serta menjauhi segala bentuk sifat penting diri mahupun perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian bersama. Jadikan sejarah sebagai sandaran demi membina masa hadapan yang lebih bahagia dan sejahtera.

Teater Bondings, ASWARA,

Penghargaan BONDINGS dan Fakulti Teater ASWARA


Tahniah diucapkan kepada Dr Wong Oi Min selaku pengarah teater, Suri Liu selaku pengarang dan semua barisan pelakon pementasan teater BONDINGS atas persembahan yang mantap, profesional dan menghiburkan. Tidak ketinggalan juga penghargaan terima kasih kepada Engku Nor Zalifah selaku pengurus produksi juga rakan blogger atas peluang dan kepercayaan menyumbang pandangan pementasan teater BONDINGS ini.

Teater Bondings, ASWARA,

Pementasan Teater BONDINGS juga akan dipersembahkan ke Asean Theater Week di China dan Festival Tokyo di Jepun. Adalah satu kebanggaan sebagai rakyat Malaysia menyokong industri teater tanah air agar terus subur dan cemerlang di persada antarabangsa.


COMMENTS

BLOGGER: 25
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Teater BONDINGS Menyemai Semangat Perpaduan Bangsa
Teater BONDINGS Menyemai Semangat Perpaduan Bangsa
Preview pementasan teater Bondings anjuran Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA,
https://3.bp.blogspot.com/-pVO4qmFOrNk/V72pfV8hkxI/AAAAAAAANRc/V5FhniwUricUDjQlqG2Ac24qz28ZV3CxACLcB/s640/Bondings.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-pVO4qmFOrNk/V72pfV8hkxI/AAAAAAAANRc/V5FhniwUricUDjQlqG2Ac24qz28ZV3CxACLcB/s72-c/Bondings.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/08/teater-bondings-menyemai-semangat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/08/teater-bondings-menyemai-semangat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy