Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak

Misteri jalan raya Pasoh Karak, filem volkswagen kuning, Blogger Contest,

Pasti ada diantara pembaca pernah diganggu ‘lembaga putih’ di jalan raya Felda Pasoh ke pekan Karak. Saya yakin, ia pasti menjadi ingatan dan igauan kepada yang pernah mengalaminya termasuk diri ini. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2007 ketika saya selalu berulang alik dari Kuala Lumpur menguruskan projek yang diamanahkan di Felda Pasoh 2, Negeri Sembilan. Malang tidak berbau, misteri juga tidak pernah diundang… tetapi keduanya boleh bertamu sesiapa jua tanpa diundang.

Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak,

Lembaga Putih Felda Pasoh ke Pekan Karak


Pernah dahulu saya berkongsi jurnal mistik Charade Putih> Peristiwa Di Lebuhraya Pagoh, Muar, Johor. Tetapi kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi lagi kisah benar di ruangan maya ini. Memang setiap kali ‘outstation’, saya dahulu gemar perjalanan malam. Justeru, satu ketika saya berhasrat pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan raya ke pekan Karak pada sebelah malam setelah lebih seminggu berpengkalan di Felda Pasoh 2.

Sebelum bertolak, ada pula diantara rakan sekerja yang menegur… “Baik-baik jalan ke pekan Karak… bahaya malam-malam ni. Kereta tak banyak tapi benda lain banyak… baiklah kau lalu Bukit Putus je… time macam ni atleast masih banyak kereta lalu…”.

Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak,

Memang betul seperti yang dikatakan. Setengah jam perjalanan, hanya berselesih 2 buah kereta sahaja dengan keadaan jalan raya bagai ular dipalu. Satu ketika, terasa meremang bulu roma di tengkuk... rasa sesuatu seperti tak kena. Maka saya tergerak memerhati cermin pandang belakang… Allah!!... ada kelibat mencangkung di belakang kereta. Dibawah cahaya bulan terlihat rambut panjang putih berterbangan… muka kurang jelas tapi seimbas rupa mayat wanita tua… Astagfirullah… ngeri!!!.

Saya berusaha memberanikan diri dengan buat tak nampak dan terus memandu… sesekali kelihatan pula imbasan di sebelah tepi tingkap. Nampak jari jemari di sisi mata… Allah… Allah… Alllah… hanya itu yang mampu disebut dengan lidah yang kelu… tubuh menggigil berpeluh... bulu roma tangan dan tengkuk meremang... hilang semangat, hilang kawalan... bagai rasa nak pitam.

Terus bertarung dengan situasi… akhirnya lembaga itu hilang. Saya terus memecut hingga akhirnya tiba ke pekan Karak, menuju ke stesen Petronas yang terang dan memberhentikan kereta. Saya terus menuju ke tandas, membasuh muka, kepala… dalam tandas yang terang pun perasaan takut masih menghantui... takut mengangkat muka melihat cermin… ishhh…

Sewaktu keluar menuju ke kereta, seorang pekerja stesen rupanya sudah memerhati gerak geri saya. Mahu tidak mahu, saya pun menegurnya agar tidak kelihatan mencurigakan… “kena kacau bang tadi, saya dari Pasoh… aduiii… percaya tak percaya lah”, ujar saya perlahan.

“Semalam ada juga yang kena… memang ada yang kena kacau terutama yang pandu sendirian, berdua… orang cakap tu Pontianak bang, langsuir pun mungkin… nasib abang tak lemah semangat, sebab ada yang kemalangan… mati... wallahualam”, ujar pekerja stesen tersebut.

Berderau darah... akhirnya, saya 'parking' duduk dalam kereta di situ hingga pagi. Tak sanggup nak meredah lebuhraya Karak dihadapan yang sememangnya sarat dengan pelbagai 'kisah mistik dan puaka'… hantu dengan bayi, orang kena rasuk dan yang paling top, kisah Volkswagen kuning… fuhh cukuplah... tak larat nak hadapi sebarang gangguan lagi.

Volkswagen Kuning,

Filem Seram Volkswagen Kuning MIG Pictures


Baru-baru ini bila mendapat tahu MIG Pictures Sdn Bhd bakal menayangkan filem Volkswagen Kuning, ia membuatkan peristiwa ini 'refesh' dari ingatan dan menarik minat saya nak menonton. Sebuah filem seram Shadan Hashim yang dibintangi Pekin Ibrahim Dan Atikah Suhaime. Lakonan Pekin dalam filem-filem misteri memang menjadi. Tambahan pula pernah bertemu Atikah, saya antara peminat setia... tak percaya boleh scroll usha ig saya :).

Volkswagen Kuning,

Volkswagen Kuning mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen Kuning.

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya.

Saksikan Official Trailer filem Volkswagen Kuning 


Blogger's Contest - Filem Volkswagen Kuning


Pasti ada sesuatu yang terkait dengan apa yang pernah saya fikirkan ketika menunggu matahari terbit di Petronas pekan Karak tentang Volkswagen Kuning. Ia buat saya lagi takut setelah diganggu makhluk putih yang dikatakan pontianak atau langsuir itu. Kisah Volkswagen berwarna kuning di Karak ini pula memang menjadi buah mulut ramai... ia bukan omong kosong sebab ramai yang dah terkena... maka sentiasalah kita beringat hendaknya...

Blogger Contest - Volkswagen Kuning, MiG Pictures Sdn Bhd, OPPO F1s,
#OPPO F1s #SelfieExpert

Ini adalah blogger contest anjuran Bro Framestone dengan kerjasama pihak MIG Pictures Sdn Bhd selaku penerbit Filem Volkswagen Kuning. Jom sertai contest ini. Anda berpeluang memenangi smartfon OPPO F1s Selfie Expert!... dapatkan maklumat lanjut dan daftar penyertaan melalui pautan di sini&gt> Blogger's Contest - Filem Volkswagen Kuning

COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak
Diganggu Lembaga Putih Di Jalan Raya Felda Pasoh Ke Pekan Karak
Misteri jalan raya Pasoh Karak, filem volkswagen kuning, Blogger Contest,
https://3.bp.blogspot.com/-gKTvkpJb5ds/V9GgpVJz1_I/AAAAAAAANig/LrLVWkYgXo0Daul_IbpqmdC-45JCRdF7gCLcB/s640/Langsuir%2BKarak.png
https://3.bp.blogspot.com/-gKTvkpJb5ds/V9GgpVJz1_I/AAAAAAAANig/LrLVWkYgXo0Daul_IbpqmdC-45JCRdF7gCLcB/s72-c/Langsuir%2BKarak.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/09/diganggu-lembaga-putih-di-jalan-raya.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/09/diganggu-lembaga-putih-di-jalan-raya.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy