Memperkasa Amanat Negara Di Persidangan Tahunan MPM 2016

Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu,

Antara aspirasi pembangunan sosio-masyarakat era digital dan globalisasi ini adalah membangunkan masyarakat berilmu dan berkepimpinan melalui pembacaan, penulisan dan penerbitan buku. Perancangan dan perlaksanaan strategik yang dirangka perlu dijayakan sebaiknya, antaranya dengan mewujudkan hubungan, sokongan dan kerjasama agar matlamat tercapai.

Persidangan Tahunan MPM, Seri Pacific Hotel,

Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu ke-7 2016


Pada 22 September 2016, saya telah menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu (MPM) ke-7 2016 yang membincangkan kemajuan dan pembangunan masyarakat Melayu serta pembentangan laporan tahunan MPM bagi penggal ke 6. Persidangan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific ini dirasmikan oleh Y.B. Dato Seri Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Penggunaan.

Matlamat utama adalah merealisasikan matlamat sebuah negara maju menjelang 2050. MPM merupakan platform yang menggabungkan NGO-NGO seperti Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Gabungan Penulis Melayu Malaysia, Gagasan Badan Ekonomi Malaysia dan pelbagai lagi yang aktif memperjuangkan pembangunan negara.

Persidangan Tahunan MPM, Seri Pacific Hotel,

Memperkasa Pembangunan Industri Perbukuan Negara


Peranan MPM selaku badan utama NGO terbesar dilihat sangat releven demi membantu memperkasa minda masyarakat Melayu khususnya. Antara usaha yang diketengahkan adalah dengan sokongan dan kerjasama jangka panjang bersama semua NGO di Malaysia dalam menyuntik kesedaran terhadap kepentingan perpaduan dan kerjasama erat untuk kemajuan masyarakat dan negara.

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan MPM ini juga telah membuka ruang dalam mengeratkan hubungan. Selain mengenali beberapa tokoh dapat juga berkongsi pelbagai informasi dan merupakan peluang yang amat dihargai. Silaturrahim yang terjalin menjadi inspirasi untuk terus fokus memajukan diri dan menyumbang ke arah pembangunan masyarakat sejahtera.

Khir Khalid, Tan Sri Zaman Khan, Persidangan Tahunan MPM, Seri Pacific Hotel,
Tan Sri Zaman Khan
Datuo A Rahman Hassan, Persidangan Tahunan MPM, Seri Pacific Hotel,
Tan Sri Datuk Yusof Noor dan Datuk A Rahman Hassan
Menteri KPDNKK, Persidangan Tahunan MPM, Seri Pacific Hotel,
Bersama Y.B. Dato Seri Hamzah Zainudin, Menteri KPDNKK

Persidangan yang bermula jam 10 pagi ini berakhir sekitar 3 petang dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Pelbagai usaha berterusan dirangka dan akan dilaksana dari masa ke semasa. Semoga segala usaha membudayakan masyarakat berilmu dan berwawasan dapat dilaksanakan sebaiknya dengan lancar... aamiin. 

COMMENTS

BLOGGER: 18
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Memperkasa Amanat Negara Di Persidangan Tahunan MPM 2016
Memperkasa Amanat Negara Di Persidangan Tahunan MPM 2016
Persidangan Tahunan Majlis Perundingan Melayu,
https://3.bp.blogspot.com/-Is_EyvNb4Xo/V-YuhMZxJTI/AAAAAAAANpk/zIVTSG0uxiE4zo038MdbHWM8YTpAJChuACLcB/s640/Persidangan%2Btahunan%2BMPM.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-Is_EyvNb4Xo/V-YuhMZxJTI/AAAAAAAANpk/zIVTSG0uxiE4zo038MdbHWM8YTpAJChuACLcB/s72-c/Persidangan%2Btahunan%2BMPM.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/09/memperkasa-amanat-pembangunan-buku-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/09/memperkasa-amanat-pembangunan-buku-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy