Menghadiri Bengkel FB Ads Percuma #DemiSekepingRoti

Demi Sekeping Roti, Bengkel FBads percuma, TRS Training & Consultancy,

Pemasaran Facebook (FBads) kini menjadi pilihan ramai usahawan termasuk mereka yang berhasrat menambah pendapatan dengan berniaga secara sambilan. Merupakan ilmu pemasaran era digital yang memerlukan pemahaman serta bimbingan, agar teknik yang dilakukan benar-benar efektif. Itulah antara ilmu yang diperolehi hasil perkongsian ‘sifu’ FBads tuan Mohd Suhaimi Umar atau mesra dengan panggilan 'Abe Mie', dalam Bengkel #DemiSekepingRoti yang dianjurkan percuma.

Demi Sekeping Roti, Bengkel FBads,

Bengkel Facebook Demi Sekeping Roti


Bengkel #DemiSekepingRoti anjuran TRS Training & Consultancy ini telah berlangsung pada Ahad, 25 September 2016 bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di MPWS Training Centre, Bandar Baru Bangi. Telah saya kongsikan dalam artikel terdahulu di sini >Seminar Facebook Percuma<,  ia adalah satu peluang keemasan kepada yang hadir termasuk diri ini untuk mendalami teknik pemasaran FBads.

Sejujurnya, ini bukan kali pertama saya menghadiri bengkel FBads percuma. Tetapi apa yang dikongsikan di Bengkel #DemiSekepingRoti ini lebih terperinci walaupun percuma. Kami semua dibekalkan dengan 'workbook' yang dilengkapi nota rujukan bercetak dan boleh dibawa pulang. Paling istimewa, dapat pula sehelai t-shirt yang smart. Sempat selfie dengan baju baru sebelum sesi pembelajaran bermula... cheewahh.. :).

Demi Sekeping Roti, bengkel Fbads,
Shamsul Saptu, Demi Sekeping Roti, bengkel Fbads,

Pengisian Bengkel Demi Sekeping Roti


Jika diulas dari aspek pembelajaran, penyampaian Abe Mie sangat profesional. Gaya ucapan yang lembut tetapi bertenaga, langsung tidak menimbulkan 'stress' menerima input sepanjang hari. Sesi senam ceria sebelum bermula pembelajaran pagi dan selepas 'lunch'  juga berjaya menghindarkan rasa mengantuk mahupun bosan. Saya yakin, sesi personal coaching pun pasti lebih seronok kerana AbeMie memang seorang sifu berpengalaman.

Sesungguhnya banyak input baru yang bermanfaat diperolehi. Setiap kemusyikilan pula senantiasa dipermudahkan dengan bantuan dan sokongan dari team #DemiSekepingRoti yang senantiasa sedia membantu. Malah, ukhwah perkongsian ilmu bukan sekadar terhenti apabila bengkel berakhir, tetapi berlanjutan di ‘whatsapp group’ sehingga waktu artikel ini ditulis. Alhamdulillah… ilmu dan jaringan silaturrahim datang bergandingan... tambah ilmu, tambah kawan dan kenalan baru.

Demi Sekeping Roti, bengkel Fbads,
Kredit gambar: Abe Mie

Penghargaan Bengkel Demi Sekeping Roti


Justeru, kepada yang berminat mendalami ilmu FBads boleh mendaftar untuk sesi 19 dan 20 November 2016, atau sesi-sesi yang lain nanti. Rugi jika tidak sertai kerana disamping beroleh ilmu yang bermanfaat, anda berpeluang mengenali ramai rakan usahawan-usahawan online dan meluaskan jaringan (networking) sebagai semangat dan inspirasi keusahawanan untuk terus maju kehadapan.

Mohd Suhaimi Umar, Khir Khalid, Demi Sekeping Roti, bengkel Fbads,

Terima kasih Sifu... Penghargaan ikhlas kepada Abe Mie atas perkongsian ilmu dan nota-nota tambahan yang diberikan lagi untuk rujukan lanjutan. Terima kasih buat team TRS Training & Consultancy, juga rakan blogger Halim Brothers kerana membuka peluang kepada saya untuk menimba ilmu di Bengkel #DemiSekepingRoti ini. Alhamdulillah... terima kasih semua!.

Jom layari info lanjut di sini: http://trstraining.com.my/

COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menghadiri Bengkel FB Ads Percuma #DemiSekepingRoti
Menghadiri Bengkel FB Ads Percuma #DemiSekepingRoti
Demi Sekeping Roti, Bengkel FBads percuma, TRS Training & Consultancy,
https://4.bp.blogspot.com/-Rzk1mMwS2pA/V-qqA5VfJRI/AAAAAAAANqk/RARsJFEBpMoHLz_ESZYiTTSxwsEl8wjVwCLcB/s640/DemiSekepingRoti.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-Rzk1mMwS2pA/V-qqA5VfJRI/AAAAAAAANqk/RARsJFEBpMoHLz_ESZYiTTSxwsEl8wjVwCLcB/s72-c/DemiSekepingRoti.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/09/menghadiri-bengkel-fb-ads-percuma.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/09/menghadiri-bengkel-fb-ads-percuma.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy