Pelancaran Honor 8 Citarasa Generasi Muda Digital Terkini

Pelancaran Honor 8, telefon pintar citarasa generasi muda dan digital yang terkini, Honor Malaysia,

Honor Malaysia telah melancarkan Honor 8, merupakan telefon pintar terkini yang direka bagi memenuhi citarasa dan keperluan generasi muda digital masa kini. Majlis pelancaran yang berlangsung pada Selasa, 6 September 2016 di Auditoria Room, Connexion Nexus, Bangsar South ini menampilkan Honor 8 sebagai telefon pintar kelas utama dengan teknologi serba terkini. Malaysia merupakan antara negara awal dilancarkan selepas majlis pelancaran global yang berlangsung di Paris.

Honor 8, Honor Malaysia,

Spesifikasi Telefon Pintar Honor 8


Honor Malaysia merupakan peneraju e-brand telefon pintar di Malaysia dengan slogan "for the brave" telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan produk berkaitan optimasi internet serta memperkasa gaya hidup generasi muda dan digital. Bagi memastikan hasrat tersebut sentiasa releven, Honor Malaysia perlu berani mencetus inovasi agar sentiasa maju ke hadapan.

Spesifikasi Honor 8 menampilkan rekabentuk ‘versatile’ yang berkilau diselaputi kaca depan dan belakang, menyerlahkan 'trendy' digital masa kini. Ia dilengkapi dengan dwi lensa kamera hadapan untuk penghasilan mutu gambar 8MP yang berkualiti sesuai untuk ‘kaki selfie’. Keistimewaan dwi lensa belakang gabungan lensa monokrom dan warna 12mp juga menjamin kualiti gambar ‘crystal clear’ dan bertenaga dalam setiap suasana sama ada ‘Low Light’ mahupun ‘Potrait Mode’.

Honor 8, Honor Malaysia,

Honor 8 dikuasai processor Kirin 950 dengan 8-core CPU gabungan 4GB RAM dan pilihan ‘storage’ antara 32GB dan 64GB, termasuk Slot Mikro SD yang disediakan untuk memori tambahan. Ia mampu berfungsi dengan baik untuk pelbagai aplikasi ‘multi-tasking’ di telefon pintar. Selain itu, bateri 3000mAh disokong dengan ‘Smart Power 4.0’, memberikan jangka masa penggunaan yang lebih lama berbanding sebelumnya dengan kelebihan mengecas yang pantas.

Terdapat 2 variasi harga Honor 8 yang terdapat dipasaran Malaysia iaitu telefon pintar dengan ‘storage’ 32GB berharga RM 1699.00 dengan pilihan warna 'Pearl White' dan ‘Midnight Black’, manakala 64GB berharga RM 1899.00 dengan warna ‘Sapphire Blue’ dan ‘Sunrise Gold’.

Honor 8, Honor Malaysia, Smartphone,
Honor 8, Honor Malaysia, Smartphone,


Pelancaran Tambahan Telefon Pintar Honor 5A


Kami juga turut diperkenalkan dengan Honor 5A, merupakan satu lagi versi telefon pintar keluaran Honor Malaysia yang turut dilancarkan. Dikuasai Kirin 620 chipset dengan octa core 64-bit ‘high-speed CPU’ serta dilengkapi 2GB RAM, 16GB ‘internal storage’ dan microSD mencapai 128GB.

Menggunakan Android 5.1, ia didatangkan dengan 5.5 inci paparan HD, resolusi 1280x720 pixel dan dikuasai 3,100 mAh serta dilengkapi dengan 13MP kamera utama belakang dan 8MP di hadapan. Harga Honor 5 adalah RM599.00 untuk warna hitam dan putih, manakala warna emas berharga RM629.00.

Honor 8, Honor Malaysia,

Dapatkan Honor 8 Bermula 8 September 2016


Bermula 8 September 2016, orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Honor 8 melalui rakan niaga e-commerce Honor Malaysia iaitu Vmall Malaysia dan Lazada Malaysia melalui banner di bawah. Jika anda bukan ‘online shopper’ anda juga boleh dapatkannya di ‘retail partners’ DirectD dan SenHeng Malaysia.

Penghargaan terima kasih kepada Honor Malaysia dan Bro Framestone atas undangan serta rakan-rakan blogger yang bersama-sama berkongsi keceriaan di majlis pelancaran Honor 8 ini. Dapatkan info lanjut di laman web atau jaringan media sosial Honor Malaysia di bawah.

Laman Web: www.hihonor.com/my
Twitter: @HonorMalaysia
Instagram: honormalaysia
WeChat: @HonorMY

COMMENTS

BLOGGER: 14
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pelancaran Honor 8 Citarasa Generasi Muda Digital Terkini
Pelancaran Honor 8 Citarasa Generasi Muda Digital Terkini
Pelancaran Honor 8, telefon pintar citarasa generasi muda dan digital yang terkini, Honor Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-F8YVILBzUTo/V878Ma8WJHI/AAAAAAAANgs/gDwBQR9hpx0J38o1JxLbbnL_Ifwnm6j4QCLcB/s640/Honor%2B8.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-F8YVILBzUTo/V878Ma8WJHI/AAAAAAAANgs/gDwBQR9hpx0J38o1JxLbbnL_Ifwnm6j4QCLcB/s72-c/Honor%2B8.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/09/pelancaran-honor-8-citarasa-generasi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/09/pelancaran-honor-8-citarasa-generasi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy