Volkswagen Kuning: Filem Seram Inspirasi Dari Kisah Benar

Filem Volkswagen Kuning terbitan MiG Pictures,

Misteri Volkswagen Kuning yang mengganggu pemandu jalan raya Karak, sememangnya kisah yang tidak asing menjadi buah mulut dikalangan masyarakat kita. Satu kisah misteri yang sering dikaitkan dengan kejadian rasukan, gangguan dan kemalangan sehingga meragut nyawa. Malah kisah gangguan misteri ini juga pernah terpapar di akhbar, radio, blog dan tersebar di media sosial hasil maklumat dari mereka yang pernah mengalami sendiri tragedi pengalaman yang menyeramkan ini.

Volkswagen Kuning, MiG Pictures,
Tayangan Perdana filem Volkswagen Kuning

Volkswagen Kuning Filem Terbaru MIG Pictures


Pada malam Selasa, 20 September 2016, saya berpeluang menghadiri majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning bertempat di Cineplex E-Curve. Turut sama menghadiri majlis adalah penerbit Mejar (K) David Teo bersama pengarah filem Volkswagen Kuning iaitu Shadan Hashim, berserta barisan pelakon, rakan-rakan bloggers dan media serta para jemputan istimewa.

Filem ke 115 terbitan MIG ini merupakan sebuah kisah seram yang diinspirasikan dari kisah benar dan diadunkan dengan elemen olahan bagi menjadikan ianya sebuah jalan cerita yang lengkap dengan unsur pengajaran, kekeluargaan dan percintaan. Paling istimewa, filem ini sebenarnya merungkai misteri kisah benar tentang peristiwa yang telah berlaku sehingga wujudnya gangguan Volkswagen Kuning yang menghantui ramai kepada penghayatan penonton.

Volkswagen Kuning, MiG Pictures, David Teo,
Mejar (K) David Teo, Penerbit filem Volkswagen Kuning

Filem ini menampilkan Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai peneraju utama yang memegang watak pasangan kekasih. Turut dibintangi pelakon hebat seperti Shahronizam (Halim), Azman Hasan (Pak Ayob), Mak Jah (Nek Jah), Amai Kamarudin (Saleh waktu muda), Fatin Afeefa (Nek Jah waktu muda), Aida Othman (Raudhah), Hanif Safuan (Suami) dan Dayang Areeda (Isteri) yang mula ditayangkan di pawagam pada 22 September 2016.

Volkswagen Kuning, MiG Pictures, Shadan Hashim,
Shadan Hashim, Pengarah filem Volkswagen Kuning... yang di belakang tu anak saya :)

Tayangan Perdana Filem Volkswagen Kuning


Secara jujur filem Volkswagen Kuning ini membuatkan kita terfikir tentang realiti kehidupan yang boleh terjadi kepada sesiapa jua tanpa dijangka. Saya paling terkesan dengan lakonan Atikah Suhaime sebagai Sarah yang dirasuk hingga membunuh bapa sendiri. Tidak menyedari akibat dirasuk, diri yang terpaksa menanggung malang sehingga mereka yang tersayang turut pasrah menerima padah.

Pengorbanan Raudhah (Aida Othman) sebagai kakak tiri berlainan ibu kepada Sarah betul-betul buat saya sebak. Bukan mudah nak menjiwai watak seorang kakak yang prihatin, sayangkan adik tirinya sehingga sanggup mengambilalih kesilapan dan sekian lama memendam rahsia kerja kotor bapanya sendiri. Beliau berjaya menghidupkan watak tersebut dengan sangat baik… well done Aida Othman!!.

Volkswagen Kuning, MiG Pictures, Pekin Ibrahim,
Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28, Pekin Ibrahim (Fuad), teraju utama Volkswagen Kuning

Watak Pak Ayob (Azman Hasan) menjadikan plot penceritaan filem Volkswagen Kuning ini juga bertambah menarik ditonton. Pesan “air jampi minum dalam masa 7 hari” menjadi gurauan bersama rakan blogger selepas menonton, pasti satu ungkapan yang trending nanti. Walaupun bukan pelakon utama, Azman Hasan berjaya menjadi penghubung yang menghidupkan semua watak dan jalan cerita dengan suntikan perasaan seram, suspen, 'triller', misteri, jenaka dan juga simpati. 

Volkswagen Kuning, MiG Pictures, Atikah Suhaime,
Atikah Suhaime (Sarah), heroin Volkswagen Kuning
Volkswagen Kuning, MiG Pictures, Shahronizam, Amai Kamarudin,
Shahronizam (Halim) dan Amai Kamarudin (Saleh)... kedua-dua ini musuh dalam Volkswagen Kuning 
Blogger Volkswagen Kuning, MIG Pictures,
Groupfie seram rakan blogger.. awat Bro Framestone sembunyi seram ke... :D

Tonton Volkswagen Kuning Di Pawagam Berhampiran


Justeru, apa kaitannya semua ini dengan Volkswagen Kuning?... Tamak harta, nafsu dan kecurangan menjadi punca bangkitnya roh dendam hasutan syaitan memudaratkan kehidupan insan. Rentetan tragedi yang terkait dengan Volkswagen Kuning, menghantui pengguna jalan raya sehingga kini... anda tonton dan nilaikan sendiri.

Volkswagen Kuning bukan sekadar filem seram biasa... tonton filem ini di pawagam berdekatan bermula 22 September 2016 dan bersama kita menyokong memartabatkan industri perfileman negara.

Volkswagen Kuning, MiG Pictures,

"Dikala Malam Menjelma, Dendam Kesumat Membara"

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Volkswagen Kuning: Filem Seram Inspirasi Dari Kisah Benar
Volkswagen Kuning: Filem Seram Inspirasi Dari Kisah Benar
Filem Volkswagen Kuning terbitan MiG Pictures,
https://3.bp.blogspot.com/-WURXLCBeYtM/V-KXSultiZI/AAAAAAAANoY/yBhbsJqA6EYp1SpVmMl6TKLtMONdq9YzQCLcB/s640/Pratonton%2BVolkswagen%2BKuning.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-WURXLCBeYtM/V-KXSultiZI/AAAAAAAANoY/yBhbsJqA6EYp1SpVmMl6TKLtMONdq9YzQCLcB/s72-c/Pratonton%2BVolkswagen%2BKuning.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/09/volkswagen-kuning-filem-seram-inspirasi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/09/volkswagen-kuning-filem-seram-inspirasi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy