Menghargai Persahabatan Akrab Mencecah Usia 20 Tahun

Meraikan erti persahabatan akrab yang mencecah usia 20 tahun,

"Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget"… itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan erti persahabatan, apatah lagi bila ia mencecah usia 20 tahun. Atas aspirasi tersebut, maka bertemulah kami demi menghargai dan meraikan hubungan akrab persahabatan yang bermula pada tahun 1996 di Telford, Shropshire, United Kingdom.

Telford Campus 1996, Restoran Rebung Chef Ismail,

Antara kami berenam, 4 menetap di sekitar Kuala Lumpur, manakala 2 lagi adalah warga Singapura dan Hong Kong. Maka dapatlah kami bertemu semeja dan menikmati hidangan tengah hari dalam suasana penuh ceria, nostalgia dan kemesraan bersama-sama di Restoran Rebung Chef Ismail.

Mengimbau pelbagai pengalaman bermula tahun 1996 sebagai penuntut universiti, hari Sabtu 22 Oktober 2016 menjadi saksi kami abadikan keistimewaan persahabatan ini dalam satu perjumpaan. Kami berenam adalah rakan paling akrab bersama di Telford Campus, University Of Wolverhampton.

Wales, United kingdom, friendship,
Telford Shropshire, United Kingdom, 1996,

Persahabatan di kampus amat rapat bukan sekadar tertumpu kepada pembelajaran dan pengajian semata-mata, tetapi kehidupan seharian. Hampir kebanyakkan waktu kami berkongsi bajet, jadual dan tugasan membeli barangan runcit, termasuk masak makan malam sewaktu di kampus. Kami ibarat satu keluarga berkongsi pelbagai sketsa tulus kehidupan di United Kingdom. 

Malah bukan itu sahaja, kami berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis trip kembara ke pelbagai lokasi ke sekitar England, Wales dan Scotland, hingga ke beberapa negara di Eropah. Kami jelajahi bersama dengan pengangkutan awam, bas, keretapi, kereta sewa mahu pun berjalan kaki. Pengalaman yang tetap segar dan tiada ternilai buat kami selamanya.

Robin Hood, Nottingham 1996,

Atas kenangan tersebut, kami berkesempatan berjalan kaki selepas makan di sekitar Taman Botani Perdana, sekadar merasai kembali ‘feeling’ berjalan kaki sepertimana di kebanyakan tempat yang kami lawati dahulu. Cuaca panas tapi puas dan seronok… sempat juga kami bersantai sambung berbual di satu kedai cenderamata berhampiran taman sebelum mengakhiri pertemuan istimewa ini.

Sahabat Karib, Taman Botani Kuala Lumpur, Telford batch 1996,

Inilah sahabat akrab saya sejak 1996 sewaktu pengajian. Amat benar sepertimana ungkapan seorang dari kami... "it's true what they say, we cannot remember the dates... but always remember the best moments...". 

Terima kasih atas anugerah persahabatan yang terus berkekalan dan senantiasa segar sehingga ke hari ini. I love you guys unconditionally... forever and ever.

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menghargai Persahabatan Akrab Mencecah Usia 20 Tahun
Menghargai Persahabatan Akrab Mencecah Usia 20 Tahun
Meraikan erti persahabatan akrab yang mencecah usia 20 tahun,
https://1.bp.blogspot.com/-os7nCG0dIEo/WAyOx_UmKRI/AAAAAAAANvk/1KsdZWUMqPAE8gupM2KUjipS0tMVBavPACLcB/s640/Best%2BFriends%2BForever.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-os7nCG0dIEo/WAyOx_UmKRI/AAAAAAAANvk/1KsdZWUMqPAE8gupM2KUjipS0tMVBavPACLcB/s72-c/Best%2BFriends%2BForever.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/10/menghargai-persahabatan-akrab-mencecah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/10/menghargai-persahabatan-akrab-mencecah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy