Asal Slogan KEEP CALM Sebagai Mesej Motivasi Sosial

Sejarah slogan Keep Calm And Carry On dan inspirasi motivasi sosio-remaja masa kini,

Asal slogan poster Keep Calm and Carry On,
Semasa bergiat aktif dalam pelbagai program pembangunan sosio-remaja, saya sering melihat slogan KEEP CALM, KEEP COOL, KEEP POSITIVE sebagai mesej motivasi yang dicetak di buletin, poster, flier, mug, t-shirt dan pelbagai lagi. Selain bertujuan menyampaikan mesej positif, frasa ini mampu mencipta tarikan dalam membantu melariskan jualan barangan sama ada untuk tujuan komersil mahu pun mengumpul dana (fundraising) pertubuhan NGO berkaitan sosio-remaja.

Keep Cool, Keep Calm, Keep Positive,

Mesej KEEP CALM Dalam Sejarah 


Baru-baru ini sewaktu ‘tea-break’ mesyuarat di pejabat kenalan, saya terbaca informasi di majalah Infiniti keluaran April 2016. Lantas tertarik untuk saya coretkan perkongsian di blog ini disebabkan perkataan KEEP CALM ini sering mengingatkan saya kepada pelbagai program motivasi sosio-remaja yang pernah dilaksanakan atau terlibat menjayakannya.

Apa jua perkataan berkaitannya yang wujud pada hari ini, ia sebenarnya diinspirasikan dari perkataan ‘KEEP CALM’ yang awalnya hanya tertumpu kepada masyarakat di Britan sahaja. Dicetak dalam bentuk poster menggunakan ayat ‘KEEP CALM AND CARRY ON’.

Poskad keep calm and carry on,

Slogan KEEP CALM AND CARRY ON


Slogan berasal dari negara Britain ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Informasi Britain, yang merupakan badan bertanggungjawab mencipta mesej tersohor ini pada tahun 1933. Ia merupakan slogan penting dan paling popular dalam sejarah Britain yang termuat dalam 3 siri poster masa perang dunia ke-2.

Selain digunakan untuk kempen perang bersama pakatan Berikat, kerajaan Britain turut menggunakan kaedah psikologi perang demi mempertahan negara dari serangan tentera Paksi yang diketuai Jerman. Pada masa yang sama, slogan ‘KEEP CALM AND CARRY ON’ turut digunakan untuk mententeramkan emosi rakyat Britan menghadapi kancah peperangan.

Pada Mei 1939, sejumlah dana telah diluluskan bagi kempen dan digunakan bagi tujuan proses rekabentuk oleh beberapa individu terpilih. Mereka ialah Pengarah Urusan Odhams Press, William Survey, Mantan Ketua Penerbit Empire Marketing Board, Gervas Huxley dan seorang ejen pengiklanan bernama WVG Vaughan.

Asal slogan poster Keep Calm and Carry On,

Reka Bentuk Asal KEEP CALM AND CARRY ON


Mengikut reka bentuk asal, dua tona warna telah digunakan iaitu merah dan putih, sesuai dengan reaksi psikologi ketika itu. Selain itu, penggunaan logo berbentuk mahkota disusun pada bahagian atas teks tertera ‘KEEP CALM AND CARRY ON’, sebagai simbol mesej dari institusi Diraja kepada rakyat Britain dengan cetakan sebanyak 2.5 juta salinan poster.

Beberapa tahun kemudian, slogan ini muncul kembali menjadi satu fenomena hingga terkenal ke seluruh dunia. Ia berpunca daripada sekeping poster asal di kedai buku terpakai Barter Books. Pemilik kedai, Stuart dan Mary Mantley telah menampal poster ini sebagai daya penarik.

Tanpa disangka, ramai pengunjung tertarik dan mencadangkan agar ia dicetak semula dan dijual sebagai kata-kata inspirasi dan semangat.

Stuart dan Mary Mantley, Pemilik kedai Barter Books,

Kini walaupun bermacam kreativiti slogan diolah, ia sebenarnya diinspirasikan dari frasa perkataan asal KEEP CALM AND CARRY ON. Namun ia tetap mengisi tujuan asal yang sama iaitu membangkitkan semangat motivasi insan ke arah pemikiran dan gaya hidup yang positif.


COMMENTS

BLOGGER: 17
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Asal Slogan KEEP CALM Sebagai Mesej Motivasi Sosial
Asal Slogan KEEP CALM Sebagai Mesej Motivasi Sosial
Sejarah slogan Keep Calm And Carry On dan inspirasi motivasi sosio-remaja masa kini,
https://2.bp.blogspot.com/-Gz9999mMZYU/WCP5_BMJbXI/AAAAAAAAN1M/9bPMEnTvW9UCZZDEBp3i5XfL-b5_o9ROQCEw/s640/Keeponandcarryon.png
https://2.bp.blogspot.com/-Gz9999mMZYU/WCP5_BMJbXI/AAAAAAAAN1M/9bPMEnTvW9UCZZDEBp3i5XfL-b5_o9ROQCEw/s72-c/Keeponandcarryon.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/11/asal-slogan-keep-calm-sebagai-mesej.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/11/asal-slogan-keep-calm-sebagai-mesej.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy