Majlis Anugerah Pereka Muda Asia 2016 – AYDA 2016

Anugerah Pereka Muda Asia 2016, Asia Young Designer Award - AYDA 2016, Nippon Paint, IJM Land,

Anugerah Pereka Muda Asia 2016 (Asia Young Designer Award 2016 – AYDA) merupakan pertandingan yang memberi pengiktirafan kepada pereka muda Asia dalam bidang Senibina dan Senireka Dalaman. Tahun 2016 ini merupakan majlis penganugerahan kali ke-9 diadakan dengan tema ‘Be Bold, Be Free, Be You’, anjuran Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) bersama IJM Land Berhad (IJM Land).

Khir Khalid, AYDA 2016, Blogger Malaysia,

Anugerah Pereka Muda Asia 2016


Pada Jumaat, 11 November 2016, saya telah menghadiri majlis penganugerahan AYDA 2016 yang diadakan di Victorian Ballroom, Holiday Villa Subang Jaya. Pertandingan tahun ini menyaksikan penglibatan seramai 1,200 penyertaan dari 50 fakulti pengajian tinggi termasuk para professional yang sedang mengukir naik di dalam industri senibina dan senireka dalaman.

David Nee Zhi Kang dari Universiti Teknologi Malaysia telah terpilih dalam kategori pelajar sebagai pemenang ‘Gold Award’. Beliau juga turut merangkul anugerah Pilihan Warna Terbaik (Best Colour Choice) dan anugerah Inovasi Hijau Terbaik (Best Green Innovation) bagi segmen Senibina, manakala Chai Min Lee dari Taylor’s University memenangi ‘Gold Award’ dalam segmen Senireka Dalaman.

Tahun 2016 ini juga turut mengetengahkan kategori ‘Emerging Professional Category’, kepada pereka bawah 35 tahun sebagai platform profesional muda termasuk alumni AYDA mengasah bakat dan skill ke peringkat yang lebih baik. Maryam Zamalik dari Asas Architects dan Goh Sow Yee dari Turn Design telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Gold Award’ dalam bidang Arkitek dan Senireka Dalaman.

David Nee Zhi Khang, AYDA 2016,
Maryam Zamalik, AYDA 2016, Asas Architects,

Ketua juri AYDA 2016 bagi Kategori Pelajar Arkitek ialah Ar Sarly Adre Sarkum dari Sarly Adre Sarkum Architecture Sdn Bhd, manakala Kategori Pelajar Senireka Dalaman diwakili Mr Lai Siew Hong , Ketua Pengarah Jurureka Blu Water Studio. Ar Serina Hijjas dari Hijjas Kasturi Associates dan Profesor Keat Ong, Nota Design Group adalah ketua juri bagi ‘Emerging Professional Category’.

AYDA 2016,

AYDA - Platform Mengasah Bakat Pereka Muda Asia


AYDA merupakan penjenamaan semula Nippon Paint Young Designer Award (NPYDA) sebagai langkah strategik Nippon Paint memperkasa ke peringakt Asia. Sejak bermula pada 2008, AYDA kini beroleh penglibatan 15 negara Asia iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Japan, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.

AYDA turut disokong pelbagai agensi dan rakan industri seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Green Building Index (GBI), Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), Malaysia Green Building Confideration (MGBC) termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Info lanjut, anda boleh layari: www.asiayoungdesigneraward.com


Artikel Berkaitan:

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Anugerah Pereka Muda Asia 2016 – AYDA 2016
Majlis Anugerah Pereka Muda Asia 2016 – AYDA 2016
Anugerah Pereka Muda Asia 2016, Asia Young Designer Award - AYDA 2016, Nippon Paint, IJM Land,
https://4.bp.blogspot.com/-qDwWcZaE2w0/WCdiK0-l7jI/AAAAAAAAN2g/hMzg5x-A2XcAZCOBYjh7hUiCAPkippKKgCLcB/s640/AYDA%2B2016.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-qDwWcZaE2w0/WCdiK0-l7jI/AAAAAAAAN2g/hMzg5x-A2XcAZCOBYjh7hUiCAPkippKKgCLcB/s72-c/AYDA%2B2016.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/11/majlis-anugerah-pereka-muda-asia-2016.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/11/majlis-anugerah-pereka-muda-asia-2016.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy