Pelikan Art Class Dan 30% Back To School Sale Sempena Cuti Sekolah

Pelikan Malaysia menganjurkan Pelikan Art Class dan 30% Back To School Sale sempena cuti sekolah, Pelikan Store The Garden Mid Valley,

Petang Sabtu lepas, saya bersama anak-anak telah menghadiri Bloggers Day Out Pelikan Malaysia bagi memperkenalkan Kelas Senilukis (Pelikan Art Class) dan 30% Back To School Sale sebagai aktiviti dan tawaran sempena cuti sekolah. Ia merupakan pengalaman kali pertama kami ke Pelikan Store di tingkat 3, The Garden Mall, Mid Valley dan merasai sendiri kemeriahan aktiviti yang dianjurkan.

Pelikan Store, The Garden Mall, Mid Valley,

Pelikan Store Di The Garden Mall, Mid Valley


Sejujurnya, Pelikan adalah jenama alat tulis yang mempunyai nilai sentimental buat diri ini. Pengalaman pertama semasa di tingkatan 4 menggunakan dakwat basah jenama Pelikan yang amat popular ketika itu. Kebanyakkan kedai stationery mesti rekemen ‘ink Pelikan’. Kenangan zaman persekolahan yang membuatkan saya pasti tersenyum dengan jenama Pelikan ini.

Kini saya amat kagum melihat bukan sekadar pen dan dakwat sahaja, malah ada watercolour, pelbagai beg sekolah yang cantik, peralatan alatulis pejabat dan sekolah termasuk ‘party set’ untuk keperluan majlis keraian yang terdapat di Pelikan Store ini. Susun atur dan rekabentuk dalaman premis pun sangat kemas, cantik dan menarik. 

Pelikan Malaysia, The Garden Mall, Mid Valley,
Pelikan Malaysia, The Garden Mall, Mid Valley,

Pelikan Art Class Aktiviti Musim Cuti Sekolah


Kini anak-anak pula berpeluang merasai pengalaman menarik bersama Pelikan Malaysia dengan menyertai Pelikan Art Class yang diadakan sewaktu Bloggers Day Out ini. Pelikan Art Class merupakan aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun belajar melukis dan mewarna dengan bimbingan guru seni berpengalaman.

Pelikan Art Class diadakan di Pelikan Store ini setiap Sabtu pada jam 3 dan 4 petang (2 sesi – 1 jam setiap sesi). Tempat belajar melukis pun sangat selesa untuk anak-anak. Tengoklah gambar-gambar yang ada. Masing-masing seronok melihat keletah anak-anak melukis. Watercolour yang digunakan pun jenis ‘non-toxic’ dan dijamin selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

Pelikan Malaysia, Pelikan Store, The Garden Mall Mid Valley,
Pelikan Store, The Garden Mall, Mid Valley,
Pelikan Store, Blogger Malaysia,

Harga bagi setiap sesi Pelikan Art Class ini ialah RM15.00 untuk members dan RM20.00 non-members. Pengambilan untuk satu sesi ‘art class’ pula hanya terhad kepada 10 peserta sahaja. Justeru, adalah sebaiknya anda buat tempahan penyertaan terlebih dahulu dengan menghubungi 03 2202 0801.

Pelikan Store, The Garden Mall, Mid Valley,

Pelikan Store 30% Back To School Sale


Bagi persediaan kembali ke sekolah, Pelikan Store turut menyediakan promosi jualan istimewa besar-besaran sehingga 30% diskaun. Tawaran terbaik buat members dengan tawaran tambahan 10%  Members Day bermula 27 hingga 30 November 2016.

Selain itu, terdapat juga kontest mewarna kanak-kanak ‘Pelikan Best Friends Colouring Contest’ dengan setiap pembelian sebagai syarat penyertaan. Kontest bermula 1 November 2016 sehingga 31 Januari 2017 dengan pelbagai tawaran hadiah melebihi RM30,000.00 untuk dimenangi. Info lanjut kontest di sini: https://pelikanstore.com/pages/best-friends-back-to-school-campaign-2016-2017

Pelikan Store, The Garden Mall, Mid Valley,

Membership Pelikan Dan Belian Secara Online


Membership Pelikan mendapat keistimewaan diskaun dan pelbagai tawaran dari masa ke semasa. Syarat membership adalah dengan membeli produk Pelikan sejumlah RM100.00 ke atas atau dengan membayar RM10.00 membership setahun. Sehingga 2 Januari 2017, orang ramai boleh mendaftar membership setahun percuma dengan like Facebook dan follow Instagram Pelikan serta menunjukkan di kaunter untuk pengesahan.

Pelikan Online Store juga turut disediakan bagi memudahkan orang ramai membeli secara online. Dapatkan diskaun dengan pembelian online sebanyak RM20.00 dengan kod diskaun: BTS2016 setiap kali anda membeli secara online di: https://pelikanstore.com/

Pelikan Store, The Garden Mid Valley,
Pelikan Malaysia,

Alhamdulillah, satu keceriaan buat anak-anak bila dapat membawa pulang, Space+paintbox 12 with matching watercontainers, Home & office set dan Brush markers 12 colours. Terima kasih Pelikan Malaysia juga buat rakan blogger www.diarymama.com atas undangan.

Info lanjut berkaitan Pelikan Art Class Dan 30% Back To School Sale Sempena Cuti Sekolah, termasuk pelbagai info terkini Pelikan Malaysia sila layari laman web, Facebook dan Instagram di bawah:

Laman web: www.pelikan.com
Facebook Page: www.facebook.com/mypelikan
Instagram: www.instagram.com/pelikan_malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 20
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pelikan Art Class Dan 30% Back To School Sale Sempena Cuti Sekolah
Pelikan Art Class Dan 30% Back To School Sale Sempena Cuti Sekolah
Pelikan Malaysia menganjurkan Pelikan Art Class dan 30% Back To School Sale sempena cuti sekolah, Pelikan Store The Garden Mid Valley,
https://4.bp.blogspot.com/-pFTnrywPyHI/WD3o9VwZMGI/AAAAAAAAN5M/gEtA5FFjmh8k_UuyH4b1z34lpYCld86ygCLcB/s640/Pelikan%2BStore.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-pFTnrywPyHI/WD3o9VwZMGI/AAAAAAAAN5M/gEtA5FFjmh8k_UuyH4b1z34lpYCld86ygCLcB/s72-c/Pelikan%2BStore.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/11/pelikan-art-class-dan-30-back-to-school.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/11/pelikan-art-class-dan-30-back-to-school.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy