Salam Browser - Mendepani Era Digital Dengan Pelayar Web Patuh Syariah

Muat-turun pelayar internet patuh syariah Salam Browser,

Kemajuan teknologi era informasi dunia tanpa sempadan ini adakala membuatkan kita terlepas pandang soal halal haram di hadapan mata sendiri. Ia bukan hanya tentang makan minum dan perlakuan, tetapi juga menjaga penglihatan. Peringatan buat diri ini juga, lebih-lebih lagi ketika melayari internet. Kita perlukan ‘internet browser’ yang prihatin terhadap aspek halal haram ini, mudah-mudahan kehidupan kita disinari ilmu yang terpelihara. Kita perlukan Salam Browser.

Pelayar web patuh syariah, salam browser,

Salam Browser: Pelayar Internet Patuh Syariah


Pernah saya kongsikan informasi berkaitan Salam Browser: 5 Adab Dan Etika Online Di Bulan Ramadan pada bulan Ramadan yang lepas. Justeru, ingin saya perjelaskan lebih lanjut berdasarkan info terkini oleh laman Oh!Media, dan mengapa kita terutamanya masyarakat Muslim perlu menggunakan pelayar internet Salam Browser menggantikan ‘internet browser’ konvensional sedia ada.

Salam Browser adalah pelayar internet ‘halal’ pertama di dunia. Ia berupaya menangkis sebarang kandungan yang bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai bapa, saya akui bahawa Salam Browser amat membantu menyediakan seisi keluarga pengalaman melayari internet yang lebih positif, selesa dan terjamin selamat. Menurut Oh!Media lagi, Salam Browser kini semakin banyak penambahbaikan agar pengguna online beroleh 'quality content' dan selamat dalam melayari internet.


"Motif Salam Browser dicipta adalah untuk menggalakkan kebebasan penggunaan internet mengembangkan pengetahuan tanpa perlu bimbang tentang ancaman yang boleh menjejaskan kepercayaan dan nilai-nilai agama seseorang. Kami menyediakan alat mudah untuk dapat mengelakkan kandungan yang mungkin menyinggung perasaan atau lebih teruk lagi - memerangkap mereka" - Prof. Dr Mohamad Fauzan, Mentor Salam Browser.

Pelayar web patuh syariah dan selamat, salam browser,

Salam Browser Untuk Pelayaran Web Lebih Selamat


Salam Browser merupakan 'safe browser' yang direka untuk menghalang kemunculan laman-laman web, ‘click bait’ dan ‘pop-ups’ berbentuk iklan, post dan video yang menjurus kepada faktor perjudian, porno (lucah) dan segala perkara yang memburukkan dan tidak sihat. Malah ia juga membantu menghindarkan kita semua daripada terjebak melayari pautan scam dan phising yang menjadi permasalahan ramai pengguna online masa kini.

Bukan setakat itu sahaja, Salam Browser sentiasa bertindak sebagai pelindung pelayar internet dengan melindungi privasi melalui VPN (Virtual Private Network) percuma agar IP dan lokasi kita tidak terdedah kepada sebarang laman web yang tidak bertanggungjawab. Secara tidak langsung, ia juga melindungi kita agar sukar dijejaki semasa kita ber’online’ sama ada menggunakan PC atau smartfone android  

Pelayar web patuh syariah, salam browser, android,

Selain itu, setiap laman web yang selamat dikunjungi (secure online) di Salam Browser akan ditandakan dengan ‘https’ berwarna hijau di bahagian hadapan URL. Bagi usahawan, peniaga online mahupun kaki ‘online shopping’, fungsi ini amat berguna bagi menjaga keselamatan sebarang transaksi pembelian, membeli belah secara online termasuk urusan berkaitan ‘online banking’ dan perniagaan online.

Pelayar web patuh syariah, salam browser, safe browsing,

Pelayar web patuh syariah, salam browser, safe browsing,


Muat-Turun Salam Browser Sekarang


Salam Browser sangat mudah dimuat-turun. Pelayar web yang sangat penting terutamanya kepada masyarakat Muslim agar keberadaan ilmu melalui teknologi dapat dicerna sebaiknya. Perkara-perkara yang mengotorkan minda dan berpotensi mengancam keselamatan diri serta keluarga sebaiknya kita hindarkan. Sesungguhnya mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati. 

Buat masa ini Salam Browser hanya untuk pengguna Window dan Android sahaja. Anda boleh muat-turun sekarang melalui pautan web rasmi di sini: www.salambrowser.com



COMMENTS

BLOGGER: 27
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Browser - Mendepani Era Digital Dengan Pelayar Web Patuh Syariah
Salam Browser - Mendepani Era Digital Dengan Pelayar Web Patuh Syariah
Muat-turun pelayar internet patuh syariah Salam Browser,
https://4.bp.blogspot.com/-KiP7LJjaUXc/WCEsuliwZmI/AAAAAAAANz8/_zeIy4v6STMctnCHRk3-qlCpO8d_QA1OQCLcB/s640/Salam%2BBrowser.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-KiP7LJjaUXc/WCEsuliwZmI/AAAAAAAANz8/_zeIy4v6STMctnCHRk3-qlCpO8d_QA1OQCLcB/s72-c/Salam%2BBrowser.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/11/salam-browser-mendepani-era-digital.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/11/salam-browser-mendepani-era-digital.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy