MAHA 2016 - Ceria Sekeluarga Dengan Informasi Dan Ilmu

MAHA 2016 - Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia,

MAHA - Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show) merupakan ekspo dan pameran yang menjadi tumpuan ramai di musim cuti sekolah ini. MAHA 2016 diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, pada 1 hingga 11 Disember dengan pelbagai pengisian ilmu, informasi dan aktiviti bermanfaat yang memang berbaloi dikunjungi seisi keluarga.

MAHA 2016,

Pengalaman Sekeluarga Berkunjung Ke MAHA 2016


Alhamdulillah, tahun ini saya sekeluarga berpeluang bersama-sama rakan blogger Malaysia ke MAHA 2016. Ekspo dan pameran bertaraf antarabangsa dengan tema 'Our Food Our Future' ini juga merupakan satu komitmen serius dalam usaha menyokong kemajuan dan pembangunan industri Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan negara.

MAHA 2016 sangat meriah dan unik. Perjalanan kami menerokai pelbagai lokasi pameran dari pagi hingga ke malam merupakan pengalaman yang sarat dengan pengisian ilmu. Sebenarnya kalau diikutkan, sehari suntuk belum cukup untuk menerokai keseluruhan pameran. Setiap lokasi yang dilawati mempunyai nilai informasi dan estatika yang membuatkan kami terhenti dan teruja!

Jom ikuti jurnal seharian kami di MAHA 2016


Nafas Cube MARDI di MAHA 2016

Nafas Cube, Mardi, Maha,
Nafas Cube, MARDI, MAHA 2016,

Bermula lokasi pertama ke Nafas Cube @ Mardi untuk bersarapan dan melawat persekitaran telah membuka minda tentang keunikan senireka bangunan... cantik, kreatif dan 'eco-system friendly'. Datang mood romantika di pagi hari dengan puan mem... awaklah nafas saya, chewah. 

Waktu sarapan kami juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.B Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani. Haaa.. saya pun mula menggunapakai ilmu 'menyelit berswafoto' dengan Bro Framestone dan Pak Menteri... Y.B. sangat sempoi :).

Bro Framestone, Saberi Cheek, Khir Khalid,

Perjalanan eksplorasi ekspo kami diteruskan dengan meninjau lokasi NAFAS Agro Youth Camp di Taman Rekreasi MARDI. Saya difahamkan kem remaja wanita ini diadakan untuk menyuntik generasi remaja dengan ilmu dan informasi sebagai bekalan kehidupan. Seperti 'summer camp', pelbagai pengisian aktiviti perkemahan diadakan buat semua para peserta kem ini.

Laman Agro Youth MAHA 2016,
Laman Agro Youth MAHA 2016,

My DOF Valley Laman Jabatan Perikanan Malaysia

Laman Perikanan My DOF Valley merupakan inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia berkongsi maklumat untuk kesedaran orang ramai tentang sektor perikanan negara. Info yang sangat bermanfaat terutamanya buat anak-anak dalam membantu pembelajaran mereka. Kak Cik dan Ucu pula dapat hadiah ikan Pelaga sebab dapat jawab soalan di MyDOF Tropicarium... balik masing-masing bela ikan.

My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016, arowana, kelisa,
My DOF Valley MAHA 2016,

Pelbagai makanan laut hasil perusahanan sektor perikanan yang telah dikomersilkan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia ini. Selain itu, terdapat juga info kesedaran awam tentang Kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu dan informasi berkaitan ikan Yu serta kehidupan laut untuk diketahui.

My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
My DOF Valley MAHA 2016,
Blogger MAHA 2016, My DOF Valley,

Laman Padi Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Laman Padi menyediakan informasi berkaitan industri beras negara. Bukan sekadar itu, terdapat juga pameran mengenai fungsi dan kegunaan beras selain memasak nasi. Paling istimewa, terdapat sawah padi di persekitaran Laman Padi ini yang sedikit sebanyak mampu memberikan pengalaman suasana berada di bendang dan sawah padi.

Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,
Laman Padi MAHA 2016,

Laman Nanas @ Pusat Informasi Nanas

Pameran dan jualan pelbagai produk berasaskan nanas ada tersedia di Laman Nanas. Paling seronok bertamu ke Pusat Informasi Nanas ini ialah apabila bertemu dengan rakan dan kenalan yang bertugas di sini. Puan mem dapat jumpa kawan sekampung dan ada seorang rakan blogger Hazman Fadzil yang kini menjadi pengusaha nanas dengan jenama Jus Bob Nanas, berniaga di sini.

Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Pusat Informasi Nanas MAHA 2016,
Jus Bob Nanas, Hazman Fadhil, Laman Nanas,

Laman Armada Jentera MAHA 2016

Bila dengar nama 'armada' terasa macam nak berperang pula. Maklumlah minda ini sudah terbiasa mengaitkan armada dengan jentera peperangan. Namun, Laman Armada Jentera telah membuka minda saya sendiri tentang kepentingan mesin dan jentera dalam menjayakan transformasi industri pertanian. Satu perjuangan penting dalam merealisasikan wawasan ke arah negara maju.

Laman Armada Jentera MAHA 2016,
Laman Armada Jentera MAHA 2016,
Laman Armada Jentera MAHA 2016

Laman Ternakan Dan Pusat Perdagangan Agro Pelancongan

Lembu Sado yang popular sempena MAHA 2016 berada di sini. Kami turut diberi penerangan tentang teknik kacukan lembu-lembu ini. Keseluruhan kawasan pun agak luas dengan ruang pameran dan juga gerai makanan daging lembu dan kambing selain produk tenusu segar dari ladang.

lembu sado Maha 2016,
Laman Agro Perlancongan MAHA 2016,

Laman Sayur Dan Ladang Mini Madu Kelulut

Walaupun hujan di waktu petang, eksplorasi diteruskan dengan berkunjung ke Laman Sayur dan Ladang Mini Madu Kelulut. Kami juga diberi penerangan tentang keadaan semasa sektor sayuran serta bagaimana mengusahakan sayur-sayuran sebagai usahawan dan petani moden. Di Ladang Mini Madu Kelulut pula kami berpeluang merasa sendiri rasa madu kelulut terus dari sarangnya.

Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Sayur MAHA 2016,
Laman Balkoni MAHA 2016,
Ladang Mini Madu Kelulut,
Ladang Mini Madu Kelulut,

Flora World Dan Kampung Durian Runtuh Upin Ipin

Flora World merupakan lokasi taman bunga-bungaan di dalam taman dengan lanskap yang cantik dan menarik. Ia diibaratkan seperti laman botani yang dihiasi bunga-bungaan. Terdapat juga replika dinasor yang kreatif dan unik diperbuat menggunakan botol-botol plastik terpakai.

Flora World MAHA 2016,
Maha, Flora World,

Bagi kanak-kanak di sekitar lokasi Flora World ini pasti bertambah teruja bila dapat terlibat dengan aktiviti di Kampung Durian Runtuh Upin dan Ipin. Antara aktiviti adalah memilih tanaman dan tanah. Kami semua pilih benih jagung dan ditanam dalam pasu yang diberikan untuk dibawa pulang... tengoklah nanti, pokok jagung siapa yang tumbuh dahulu.

MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,

Kampung Mak Cun MAHA 2016

Kampung Mak Cun menyediakan persembahan dan juga kawasan menjamu selera ala tradisional. Kami hanya lalu berjalan kaki di sini untuk ke lokasi seterusnya. Pada ketika itu tiada persembahan sedang dibuat. Medan selera juga sangat penuh dengan pengunjung ekspo menikmat pelbagai hidangan masakan.

Mok Cun, MAHA, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
MAHA 2016, Mok Cun, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,

Laman Food Empire MAHA 2016

Bagi penggemar makanan, ada lebih 160 menu pilihan disediakan di laman Food Empire. Penyediaan makanan dipantau sepenuhnya oleh MAHA 2016. Hanya penyedia makanan yang layak berdasarkan kriteria pertandingan masakan terbaik dari seluruh negara sahaja ditawarkan menyertai Food Empire ini. Justeru, masakan dan minuman sememangnya sedap dan terjamin.

Food Empire, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,

Laman Ekspo Dan Pameran MAHA 2016

Sesungguhnya, MAHA 2016 bukan calang-calang ekspo dan pameran. Semakin petang semakin ramai pengunjung memenuhi keseluruhan luar dan dalam kawasan MAEPS. Sebagai blogger yang menyertai Day Out ini, saya amat berbesar hati atas segala layanan pemamer dan pihak bertugas yang sentiasa sudi berkongsi informasi dan ukhwah silaturrahim.

Maha, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,
Maha, Pameran antarabangsa pertanian, hortikultur dan agro pelancongan Malaysia,

Terima kasih kepada MAHA 2016 atas segala 'hospitality' sepanjang lawatan menerokai hampir keseluruhan lokasi ekspo dan pameran. Satu pengalaman dan perolehan ilmu yang bermanfaat dan amat bermakna. Penghargaan buat Blog Retis atas undangan, juga rakan-rakan blogger yang sama-sama berkongsi kecerian sepanjang hari.   

Blogger, MAHA,

Jika diikutkan, banyak lagi coretan yang ingin dikongsi sepanjang lawatan MAHA 2016. Ekspo dan pameran MAHA diadakan setiap 2 tahun sekali. Semoga berjumpa lagi pada 2018 dengan pengisian tambahan baru demi memajukan lagi industri Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan negara.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada MAHA 2016 di atas penganjuran acara yang amat bermakna ini serta berjaya menarik tetamu sehingga mencecah 3.7 juta pengunjung. 

Jom layan video di bawah dan saksikan sendiri jutaan pengunjung ke MAHA 2016... tahniah!



Info lanjut MAHA 2016 boleh di layari di: http://maha.gov.my/


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: MAHA 2016 - Ceria Sekeluarga Dengan Informasi Dan Ilmu
MAHA 2016 - Ceria Sekeluarga Dengan Informasi Dan Ilmu
MAHA 2016 - Ekspo dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-RtFE3o0Pif8/WEz9pAsk6LI/AAAAAAAAOF0/X0yVrwu75OA6Qrqe3nJqlmmT92L1lk_uQCLcB/s640/MAHA%2B2016%2BKK.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-RtFE3o0Pif8/WEz9pAsk6LI/AAAAAAAAOF0/X0yVrwu75OA6Qrqe3nJqlmmT92L1lk_uQCLcB/s72-c/MAHA%2B2016%2BKK.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2016/12/maha-2016-ceria-informasi-ilmu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2016/12/maha-2016-ceria-informasi-ilmu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy