Pelancaran Alice In Wonderland Di Resorts World Genting

Alice in Wonderland, kisah alam fantasi magika diminati ramai dengan keunikan cerita dan watak yang mengujakan. Atas inspirasi tersebut, kumpulan Sino-Canadian akan membawa keriangan Alice in Wonderland ke Resorts World Genting untuk tontonan ramai. Lebih menarik, persembahan dalam bahasa Mandarin ini mengetengahkan karakter animasi 3D oleh produksi dari negara China.

Alice In Wonderland,i Resorts World Genting,

Alice In Wonderland Resorts World Genting


Pada 9 Disember 2016, saya telah menghadiri ke majlis pelancaran persembahan Alice in Wonderland yang diadakan di Wisma Genting, Kuala Lumpur. Turut diadakan pementasan ringkas bagi berkongsi pengalaman sebelum dipersembahkan di Resorts World Genting akan datang.

Alice In Wonderland dipersembahkan oleh Sino-Canadian Cooperative Multimedia Musical, mengadunkan muzik, tarian dan multimedia. Ia telah dipersembahkan di 10 negara termasuk di John F. Kennedy Centre di Washington, ACT 3 International Festival di Singapura, Vancouver Symphony Orchestra di Kanada, Guangzhou Opera House di China dan Sai Wan Ho Civic Centre di Hong Kong.

Alice In Wonderland, Resorts World Genting,

Kumpulan Produksi Alice In Wonderland Resorts World Genting


Berdasarkan novel Lewis Carroll yang ditulis pada tahun 1865, pementasan Alice in Wonderland ini turut mengetengahkan watak-watak fantasi kreatif seperti Red Queen, Chesire Cat, Caterpillar, Knave of Hearts, White Rabbit dan Duchess.

Persembahan pertama adaptasi muzikal multimedia hasil aplikasi teknologi interaktif yang melibatkan perubahan ‘backdrop’ dan pentas yang istimewa ini dijayakan oleh kumpulan kreatif produksi iaitu Pengurus Besar dari Kanada, Suzanne Goyette, Scenarist dan Penulis lirik Wang Lingyun, Komposer Qi Feng, Pengarah Visual Tao Kai dan Kareografi Yan Wensi.

Alice In Wonderland, Resorts World Genting,

Pementasan dilakonkan oleh Xie Xing Yi, Xu Xin, Zhang Shuhui, Yang Guanyu, Liu Yang dan Li Xiang. Peneraju muzikal wanita adalah Xie Xing Yi, Xu Xin dan Zhang Shuhui. Xie yang memegang watak Alice merupakan graduan Shanghai Dancing College dan Shanghai Theatre Academy dan pernah terlibat dengan pementasan muzikal seperti Ji Zhi Bai Lao Hut dan Li Fao Shi Tao De.

Alice in Wonderland di Resorts World Genting akan memainkan 10 lagu tema asal antaranya World of My Own by Alice, I’m Late by White Rabbit, We’re not Waxworks by Duchess, Painting the Roses Red by Knave of Hearts dan What Genus Are You by Caterpillar. Lagu tema Brave Dream akan dinyanyikan oleh Alice sewaktu menghadiri Red Queen’s ‘Malicious Banquet’ to save the Duchess. Muzikal latar dimainkan oleh German Radio Orchestra.

Alice In Wonderland, Resorts World Genting,

Saksikan Alice In Wonderland Di Resorts World Genting


Alice in Wonderland akan dipersembahkan di Genting International Showroom bermula 17 Mac hingga 26 Mac 2017, pada jam 8 malam setiap hari kecuali 19 dan 26 Mac yang akan diadakan pada jam 4 petang.

Tiket menonton berharga RM268 (VIP), RM168 (PS1), dan RM98 (PS2). Promosi FIT Early Bird kepada sesiapa yang membeli tiket sebelum 31 Januari 2017 dengan diskaun 10% (RM241.20 VIP, RM151.20 PS1, RM88.20 PS2). Genting Rewards card members menikmati 10% diskaun harga tiket dan beroleh 20% diskaun untuk belian tiket sebelum 31 Januari 2016.

Jom saksikan Alice In Wonderland di Resorts World Genting bulan Mac 2017 nanti.

Info lanjut anda boleh layari: www.rwgenting.com

15 comments:

  1. Last time pergi and enjoy kat Genting was masa umur 14 tahun. I'm sure mesti dah banyak berubah tempat tu. Plus bila tahu ada banyak tarikan di sana termasuklah Alice in Wonderland ni, lagi la buat rasa saya curious nak ke sana. Apa pun, dengan harga tiket yang dinyatakan, saya pasti performance ni best. Nice review bro KK! :)

    ReplyDelete
  2. terbaik bro khir..

    mesti berada dlm alam magika time tu..hehe

    ReplyDelete
  3. belum sampai ke Genting Highlands...huhuhuhu..

    ReplyDelete
  4. mak aii tiket klip klop klip klop tengok haha
    apa kata en. KK banjer kitorg tgk konsert ni hahah kbai

    ReplyDelete
  5. salam khir..

    faham ke tu khir?? bahasa mandarin tu... kanak2 mesti suka ni...tp org tua pun suka juga...:)

    ReplyDelete
  6. Wah makin meriah la Resorts World genting tu kan...

    ReplyDelete
  7. nk kena ride naik moto pi genting nih.. hehehe

    ReplyDelete
  8. makin lama makin meriah genting ni...bkn setakat taman tema je....

    ReplyDelete
  9. Wah...lama jugak tak gi Genting nih..
    Kalau bawak anak2 tengok macam menarik juga

    ReplyDelete
  10. makin banyak tarikan kat genting lah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.