Blog pemasaran digital yang informatif

Assalamualaikum. 5 blog pemasaran digital yang berinformatif.

Pengembangan dunia digital telah mempengaruhi cara hidup kita. Sama ada sedar atau tidak, ia merubah cara kita berfikir, bekerja dan gaya hidup. Jika dibandingkan 10 tahun lalu dengan keadaan masa kini, telah banyak perubahan demi perubahan berlaku dalam dunia pemasaran digital ini.

Begitu juga jika kita terlibat dalam keusahawanan dan ahli pemasaran atau serius dalam membangunkan kerjaya dengan menjadikan platform digital sebagai salah satu tools dalam arus digital kini. Kita perlu beberapa rujukan realiti yang dapat membantu dalam memperkasa idea dan tindakan agar dapat mencipta peluang sebaiknya.

Saya juga tidak terkecuali. Selain menimba pengalaman melalui penglibatan kerjaya sebagai pemasar disamping nasihat serta perkongsian ilmu dari rakan-rakan industri digital, perkongsian dari para pemain digital dan mereka yang lebih dominan dalam industri ini juga perlu diambil kira.

Atas faktor itu, saya terpanggil berkongsi beberapa blog pemasaran digital yang saya diikuti dalam menambahbaik aspirasi kerjaya. Mudah-mudahan ia juga dapat menjadi info rujukan yang bermanfaat buat anda.

Blog pemasaran digital - Neil Patel.

Digital Marketer Antarabangsa

Neil Patel

Anda patut tahu tentang blog Neil Patel.

Beliau merupakan seorang usahawan, digital marketing expert, pengarang dan penulis blog kelahiran London. Beliau juga pengasas Kiss Metric yang bertanggungjawab disebalik kejayaan syarikat-syarikat ternama seperti Amazon, NBC, GM, HP dan Viacom dalam pemasaran digital.

Selain itu, Neil Patel juga merupakan co-founder Crazy Egg dan Hello Bar, dan telah dianugerahkan Top 100 Enterpreneur dibawah usia 30 oleh Presiden Obama dan dibawah usia 35 oleh United Nations. Beliau turut disenarai sebagai Forbes Top 10 Marketer dan NY Times Best Selling Author.

Hebat bukan?

Itulah sebab, laman web beliau saya senaraikan nombor 1 pada artikel ini. Malah, banyak idea dan kefahaman yang saya perolehi tentang isu semasa pemasaran digital melalui perkongsian di blog beliau. Bukan sekadar itu.. Neil Patel juga aktif berkongsi video di YouTube, Facebook Page dan Linkedin.

Tak rugi subscribe blog Neil Patel input pemasaran digital.

Website: NeilPatel.com

Brian Dean (Backlinko)

Blog pemasaran kedua yang patut anda baca adalah Backlinko.

Blog ini diasaskan oleh Brian Dean yang dikenali sebagai digital marketing & SEO expert. Beliau juga mendapat jolokan ‘SEO genius’ oleh Entrepreneur.com dan ‘brilliant entrepreneur’ oleh Inc Magazine.

Beliau juga mengasaskan sebuah agensi latihan SEO yang terbukti menjadi portfolio kejayaan dengan berkembang dari $0 kepada 7-figure business. Sejujurnya, banyak boleh dipelajari dalam menambaik teknik SEO untuk pemasaran digital dari beliau.

Sama seperti Neil Patel.. input penulisan beliau straight forward dan mudah faham. Ia bermanfaat dan boleh dipraktikkan. Input Brian Dean memang praktikal.

Website: Backlinko.com

Blog pemasaran digital - Brian Dean (Backlinko).

Ann Handley

Banyak perkara saya suka dengan input Ann Handley.

Antara yang memberi input adalah tentang idea pengurusan kempen pemasaran. Ia secara tidak langsung membantu saya dalam pelbagai kerjasama terhadap kempen-kempen pemasaran bersama rakan industri dan pelanggan.

Sememangnya, kempen pemasaran perlu ada ‘framework’ jangka panjang setahun atau lebih, berbanding promosi yang hanya bersifat ‘one time task’. Ramai juga yang masih keliru antara kempen pemasaran dan promosi. Perkongsian beliau juga telah membantu saya menilai semula penglibatan menulis dan menambahbaik agar selaras dengan matlamat menulis.

Ann Handley merupakan seorang ahli pemasaran digital, keynote speaker untuk perniagaan dan penulisan komersial. Merupakan co-founder ClickZ.com dan partner MarketingProfs yang tersenarai sebagai Top 10 digital marketer global, juga Wall Street Journal best-selling author.

Website: AnnHandley.com

Marketer yang saya subscribe dan follow

Ada beberapa lagi blog pemasaran digital yang menarik untuk dibaca dan juga berinformatif, antara lain adalah Seith Godin, Hubspot Marketing dan Marie Forleo. Mereka juga antara yang saya subscribe untuk input-input terbaru berkaitan pemasaran. Namun, cukuplah saya highlight 3 individu di atas dalam artikel ini. Baca banyak kalau tak masuk dan tak dipraktikkan pun tak guna juga haha.

Blog Pemasaran Digital Malaysia & Asia

Marketing In Asia

Marketing In Asia berkongsi pelbagai informasi dan pengalaman tentang pemasaran digital di Malaysia dan Asia. Platform ini bukan sahaja menyediakan pembacaan yang berinformatif, tetapi turut menyediakan ruang kepada ahli pemasaran untuk berkongsi idea dan perspektif kerjaya untuk establishment industri dan profesionalisme.

Saya juga antara kontributor portal online ini. Terdapat beberapa input yang turut saya kongsikan yang anda boleh baca di sini > Marketing In Asia: Khir Khalid.

Input kandungan blog dikongsikan dalam beberapa bahasa oleh pemasar, pemain digital dan peneraju industri dari pelbagai latarbelakang sektor perniagaan di Malaysia, Singapura, Filipina, iaitu Asia dan global. Anda boleh mendalami pelbagai aspek pemasaran dari pelbagai sudut industri.

Website: MarketingInAsia.com

Perlantikan Sebagai Editor Marketing In Asia Edisi Bahasa Melayu, Portfolio,

Sterrific

Satu lagi blog yang menarik untuk saya kongsikan.

Sterrific sebenarnya merupakan sebuah creative design agency. Selain menyediakan khidmat rekabentuk kreatif dan pemasaran digital, ia turut berkongsi input pemasaran dari beberapa penulis. Secara tidak langsung ia memberi input tentang perspektif industri dan keberadaan digital.

Melalui adalah blog pemasaran Sterrific juga turut berkongsi input pengisian dalam Bahasa Inggeris dan Melayu merangkumi informasi pemasaran digital, perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.

Website: Sterrific.com

Blog pemasaran digital

Justeru, inilah antara blog pemasaran digital yang tertarik untuk saya kongsikan pada pengisian ini. Sebenarnya terdapat ramai dan banyak lagi blog yang boleh dijadikan rujukan, tetapi kesemua di atas ini adalah antara yang berinformatif dan menarik.

Justeru, jika ada digital marketer dengan kandungan web dan portfolio industri yang kalian subscribe dan follow, boleh kongsikan untuk saling menambahbaik pengetahuan dan idea dalam memperkasa aspirasi kerjaya dan keusahawanan kita semua.

Kredit Featured Image:

Baca lagi: Apa Kata JT Foxx Tentang Personal Branding

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

20 Thoughts to “5 Blog Pemasaran Digital Yang Informatif”

  1. Apa sahaja ilmu yang mereka dan Tn kongsi sangat bermanfaat dan boleh membantu ramai orang.Kalau tak silap PC ada beberapa kali ikuti Neil Patel ni di youtube lah..masa tu PC nak tahu tentang SEO.

    1. In shaa Allah, mudah2an dan t kasih PC… betul tu, saya pun bnyk belajar dari beliau utk idea ttg seo, plugin dan pemasaran digital.

  2. Marzuki Rmn

    Ann Handley mmg pure marketing idealist. Ada follow juga pengisian sejak 2 tahun lepas, even sesetengah SMEs prefer idea dia ttg digital mktg ni.. thanks share!

    1. Saya setuju dgn tuan.. beliau juga antara pelopor pemasaran digital dan bnyk ilmu kita boleh upgrade utk kerjaya atau bisnes dari pengisian beliau.

  3. Wah, ramai juga yang Zumal tak kenal rupanya

    1. Pengisian mereka semua ni bnyk beri idea utk saya manfaatkan potensi blog utk kebaikan kerjaya juga Zumal

  4. Good info. Kena belajar dari mereka yg pakar utk kekal relevant

    1. Thanks.. betul tu, selagi ada ruang yg boleh ditambahbaik, kena belajar dan berubah agar kekal relevan dan upgrade utk lebih baik, in shaa Allah.

  5. MARKETER DIGITAL HEBAT ERA KINI N TERKINI ..PERLU DIPELAJARI ILMU DRPD MRK AGAR TIDAK KETINGGALAN

    1. Betul tu kak PI.. sbb tu ikuti mereka utk info2 dan advice terkini, in shaa Allah.

  6. sebagai jalan pintas…follow sahaja Tuan KK kerana dia insan yang hebat dan anggun pada pandangan wanita Malaysia hehehehe

    BTW…dua pakar SEO yang wajib follow ialah Neil Patel dan Brian Dean untuk para blogger supaya lebih sukses dalam blogging

    1. Hahahaa.. besar penghargaan tu tuan huhu. Betul tu, advice mereka mmg sesuai utk diguna bukan utk blogger sahaja malah usahawan yg memanfaatkan blog utk memantapkan lagi pasaran digital.

  7. sy cuma kenal neil patel tu je hehehe

    1. Klu Neil Patel tu, saya asyik teringat Man Bai je hehehee 😀

  8. […] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]

  9. […] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]

  10. […] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]

  11. […] beberapa input berkaitan yang pernah saya kongsikan dalam artikel terdahulu yang antaranya bertajuk Digital Marketer Yang Saya Subscribe dan Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan […]

  12. […] Baca lagi: Digital Marketer Yang Saya Subscribe Dan Follow […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.