Cafes Richard – Citarasa Kopi No.1 Perancis Di Sky Avenue Resorts World Genting

Cafes Richard, kafe kopi panggang terulung Perancis kini dibuka di Sky Avenue, Resorts World Genting,

Kaki kopi…  jom ngopi di Cafes Richard. Kafe nombor satu Perancis dengan lebih 2.4 juta cawan kopi dihidangkan setiap hari di seluruh dunia. Merupakan antara kafe baharu di Sky Avenue, Resorts World Genting yang menyediakan suasana gaya Parisian, kesenian asli Perancis kepada tetamu untuk menikmati pelbagai menu citarasa kopi tradisional Perancis. Kepakaran Cafes Richard memanggang dan mengadun kopi telah diiktiraf dalam seni masakan antarabangsa Perancis.

Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting,Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Cafes Richard, Citarasa Kopi Terulung Perancis


Cafes Richard mementingkan pilihan biji kopi paling berkualiti dari seluruh dunia untuk memberikan rasa ‘original’ adunan bermutu dan istimewa. Saya difahamkan, Cafés Richard memanggang kira-kira 10,000 tan biji kopi hijau setiap tahun yang diperolehi dari ladang di Kenya, Ethopia, Brazil, Papua New Guinea, India, Columbia, Galapagos, Mexico dan Guatemala.

Tersenarai di atas sekali ialah Perle Noir atau mutiara hitam, kopi Arabika 100% ekslusif yang dibancuh dengan gaya kopi espresso Perancis. Massaya yang ditanam secara organic turut dihidangkan sebagai kopi espresso yang dibawa dari Mexico. Paling istimewa, pelanggan bukan sahaja menikmati kopi terbaik dengan cawan dan gelas, malah terdapat juga yang diminum dengan menggunakan mangkuk. 

Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting,
Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting,

Terdapat pelbagai kaedah penyediaan kopi antaranya French Press, Chemex, Sifon dan titisan sejuk. Pilihan kopi pula antaranya kopi Ethopia Moka Yirgacheffe, kopi Costa Rica Tarrazu yang ditanam di dataran tinggi gunung berapi, kopi Sumatera 'Orang Utan' Indonesia dan juga kopi paling premium yang jarang ditemui iaitu Jamaica Blue Mountain.

Selain kopi, Cafes Richard turut menghidangkan pelbagai jenis teh - hitam, hijau, putih, roiboos dan herba dari India, China, Sri Langka, Afrika Selatan dan banjaran Alps.Terdapat juga hidangan ringan seperti penkek dengan salmon salai dan taburan kucai, itik salai, daging masin di atas roti bakar Perancis dan, Mousse Foie Grasdi atas pastri berlapis dengan inti kranberi yang menyelerakan.

Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting,
Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting,

Hidangan Menu Istimewa Eropah Di Cafes Richard


Cafes Richard juga menyediakan menu masakan Eropah bermula salad dan sup, menu utama dan pencuci mulut. Menu utama ialah Saumon Roti – ikan salmon segar dari Norway dibakar perlahan di dalam ketuhar dan direnjis dengan sos mentega lemon. Ada juga pilihan seperti Spageti Aux escargots dimana Spageti dimasak bersama escargots dan sos krim, itik panggang Perancis, ayam panggang char atau daging lembu panggang Australia.

Menu sarapan pagi, antaranya set Le Parisien, roti croissant dengan jem artisan atau set Le Continental roti bakar baguette Perancis bersama oren segar, teh atau kopi. Kita juga boleh memilih set Le Traditionnel, telur dadar tradisional Perancis dengan keju Gruyere, cendawan dan roti baguette buatan sendiri. Terdapat juga pilihan pastri Perancis seperti kismis, coklat Denmark dan roti croissant.

Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Gentiing,
Cafes Richard Sky Avenue, Resorts World Genting, Blogger Malaysia,

Citarasa Kopi No.1 Perancis Kini Di Sky Avenue, Genting


Bagi saya, Cafés Richard memberikan pengalaman menikmati kopi yang terbaik dari segi suasana kafe, rasa kopi dan aroma yang ‘rich’ dan tersendiri. Sememangnya Cafes Richard bukan calang-calang pembuat dan penyedia kopi… puas bersantai menikmati kopi bersama hidangan ringan pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut... perfect moments!.

Cafes Richard berhasrat membawa citarasa asli Perancis ke Resorts World Genting dalam rangkaian kopi dan teh berkualiti tinggi. Ia terletak di aras 1 Sky Avenue dengan waktu operasi bermula 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Info lanjut boleh diperolehi di www.cafesrichard.com dan instagram Cafes Richard Malaysia atau laman layari web Resorts World Gentiing di www.rwgenting.com.

Jom tonton vlog 'Greeting From Cafes Richard @ Sky Avenue'


COMMENTS

BLOGGER: 21
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cafes Richard – Citarasa Kopi No.1 Perancis Di Sky Avenue Resorts World Genting
Cafes Richard – Citarasa Kopi No.1 Perancis Di Sky Avenue Resorts World Genting
Cafes Richard, kafe kopi panggang terulung Perancis kini dibuka di Sky Avenue, Resorts World Genting,
https://4.bp.blogspot.com/-WCgN7M4K9ZQ/WH0BLrjmK6I/AAAAAAAAOdA/poJH9eVyXVE_Egh_QeToEquOoYNtAOrgACLcB/s640/Cafes%2BRichard.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-WCgN7M4K9ZQ/WH0BLrjmK6I/AAAAAAAAOdA/poJH9eVyXVE_Egh_QeToEquOoYNtAOrgACLcB/s72-c/Cafes%2BRichard.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/01/cafes-richard-citarasa-kopi-no1.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/01/cafes-richard-citarasa-kopi-no1.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy