Dorm Melati: Filem Seram Pembuka Tirai 2017

Dorm Melati, filem seram terbaru pembuka tirai 2017 terbitan Metrowealth, MiG Pictures,

Dorm Melati, cukup menduga kekuatan diri dan hati. Filem genre seram terbaru terbitan Metrowealth arahan Eyra Rahman ini telah berjaya membuat saya terjerit ketika menonton. Malah kemunculan hantu Melati Putih sememangnya menghantui… membuatkan saya teringat-ingat sampai sekarang. Harap tak terserempak atau diganggu dengan makhluk seperti itu… ishhh!

Malam Gala Filem Dorm Melati,

Malam Gala Filem Dorm Melati


Pada Selasa 10 Januari 2017, saya telah menghadiri Malam Gala Filem Dorm Melati di Cineplex, eCurve, yang dilancarkan oleh Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia) bersama Mejar (K) David Teo selaku penerbit. Ia merupakan filem Metrowealth ke-116, juga filem pembuka tirai bagi tahun 2017 ini.

Filem Dorm Melati menggabungkan bakat-bakat muda yang mula menonjol di persada seni tanah air seperti Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry, Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan bersama pelakon berpengalaman antaranya Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan, yang membuat penonton tidak berganjak dari terus menonton.

Barisan pelakon Dorm Melati,

Sinopsis Filem Dorm Melati


Dorm Melati terhasil berdasarkan kisah benar yang berlaku di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Hasil daripada kajian oleh panel skrip MiG, olahan skrip dan jalan cerita telah dilakukan namun idea dan konsep asal masih lagi dikekalkan.

Ia mengisahkan 5 sahabat baik, Adam (Aedy Ashraf), Zafira (Nadia Aqilah), Eddy (Aizat Hassan), Raihana (Ardell Aryana) dan Carol (Syaa Nasir) yang berhasrat melakukan aktiviti ‘summer camp’ sempena meraikan tamatnya peperiksaan STPM, telah memilih DORM MELATI sebagai tempat percutian.

Dorm Melati sangat terkenal dengan cerita pelancong dan pelajar dihantui Melati Putih (Julia Marin) yang tidak tahu punca kematiannya. Adam sering mendengar tentang hantu Melati bahkan sumber di internet juga mengatakan Dorm Melati itu berhantu. Ia membuatkan Adam teruja untuk ke sana dan berjumpa sendiri dengan Melati.

Setibanya di Dorm Melati mereka semua mula diganggu dengan kemunculan hantu Melati sehingga mengakibatkan ada yang hilang dan cedera. Adam mencabar kewujudan roh Melati untuk munculkan diri. Keadaan menjadi semakin tertekan, huru hara yang menimbulkan suasana suspen dan ngeri sehingga ke pengakhir cerita… selebihnya, anda perlu tonton dan nilai sendiri.

Aedy Ashraf, Dorm Melati, Khir Khalid,

Watak Adam lakonan Aedy Asraf sebagai pemuda agresif yang gemarkan perkara extreme dan mistik memang menjadi. Sebab dialah rakan-rakan yang lain terjebak sama huhu... lakonan yang ada jiwa bersama rakan-rakan menjadikan filem ini menarik, trill dan suspen untuk terus di tonton.

Hantu Melati Putih memang menakutkan… boleh pengsan jika terserempak di alam nyata... hadoiii mak!!... Julia Marin berjaya menghidupkan watak Melati yang meninggalkan kesan kepada penonton… Mengenali Julia Marin sewaktu pra-tonton Zack Kapcai, filem Dorm Melati ini benar-benar membuktikan keberanian yang menyerlahkan lagi bakat lakonan beliau.

Julia Farhana Marin, Dorm Melati, Khir Khalid,

Tonton Filem Dorm Melati Bermula 12 Januari 2017


Penghargaan terima kasih kepada MiG Pictures dan Blog Retis atas undangan ke Malam Gala Filem Dorm Melati. Juga rakan-rakan blogger yang berkongsi suspen hingga terjerit bersama. Lakonan mantap gabungan pelakon berbakat baru dan berpengalaman yang menyeramkan… Dorm Melati... "Jangan sampai tak terjumpa diri sendiri"... filem seram yang wajib anda tonton.

Short Vlog KK selepas pra-tonton Malam Gala Filem Dorm Melati


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Bisnes,45,Blogging,147,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,119,Familia,35,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,108,Intervensi,27,INTI,34,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,139,MDEC,3,Motivasi,118,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,46,RWGenting,28,Sosio-Pendidikan,90,Sunway,7,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Dorm Melati: Filem Seram Pembuka Tirai 2017
Dorm Melati: Filem Seram Pembuka Tirai 2017
Dorm Melati, filem seram terbaru pembuka tirai 2017 terbitan Metrowealth, MiG Pictures,
https://4.bp.blogspot.com/-kSlJrx-am7Q/WHXeBJ6znGI/AAAAAAAAOX0/BHLdzbBWDwEmbylJG2czPGyDf5Kpwf1YACLcB/s640/Melati%2BPutih.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-kSlJrx-am7Q/WHXeBJ6znGI/AAAAAAAAOX0/BHLdzbBWDwEmbylJG2czPGyDf5Kpwf1YACLcB/s72-c/Melati%2BPutih.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/01/dorm-melati-filem-seram-wajib-tonton.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/01/dorm-melati-filem-seram-wajib-tonton.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy