Kenapa Khidmat Blogger Ada Harga

Khidmat blogger dan bayaran, Blogger Malaysia,

Sekadar berkongsi ekspresi berblogging dari post Fb, berkenaan mengapa kebanyakkan khidmat blogger mempunyai cas harga. Ia atas pertanyaan sesetengah pihak yang kurang memahami rasional cas yang dikemukakan oleh bloggers, juga bagi menjelaskan kepada sesetengah pihak yang skeptikal terhadap blogger yang difikirkan hanya sekadar bermain-main media sosial.

Blogger Malaysia, Khir Khalid,

Rasionalisasi Bloggers Untuk Sebaran Informasi 


Saya terpanggil berkongsi secara ringkas bila ada sesetengah pihak yang bertanya. Sungguh pun, ia bergantung kepada kesudian blogger sendiri, cas harga tertakluk kepada 'rate card', juga atas penawaran pengiklan dengan persetujuan bersama. Maaf kerana ayat di bawah kurang sempurna kerana di 'copy paste' terus dari Fb personal saya. Moga ada kebaikan untuk pengetahuan semua.

"Kenapa Khidmat Blogger Ada Harga" 


Setiap blogger perlu pikul 'task' fikirkan 'personal touch' terbaik menulis tentang anda atau imej, niche, produk, servis dan mesej anda kepada umum. 

Bukan sekadar menulis, setiap blogger pasti usaha fikir ‘keyword’ untuk cerita anda tersenarai dengan baik di enjin carian… jadi rujukan ramai yang boleh di ekses seluruh dunia. Carian tu pulak kekal bertahun-tahun hingga anda boleh berbangga dengan prospek-prospek anda dengan berkata.. “Cer you google jer…”

Malah ada blogger dihubungi ramai, secara tak langsung jadi representatif anda.. tak esok, lusa.. bulan depan, tahun depan, 2 tahun kemudian… tetap reflek sebagai wakil kecil anda, hasil impak perkongsian informasi. 

Ada blogger perlu bayar hosting tiap bulan, domain tiap tahun. Usaha penat bertahun nak establish dalam circle bloggers, influence, follower, belajar koding, keyword, try n error kadang sampai tak tidur. 

Nak kena bersiap, pakai cantik-cantik, kos transport, parking, masa, ambil gambar, balik nak mengarang cerita anda masuk carian internet. Schedule social media sharing dan lain-lain. 

Sebab tu setiap blogger ada harga, dipanggil ‘rate card’, ada yang berkontrak… kalau event.. token, gift, voucher atau goodies… benda biasa kan, win-win… paling tak makan kena best, event kena happening,. ada pari-pari ke... baru best datang hahahaa... 

Saya blogger picisan… kalau ranking tinggi, pasti lagi banyak penjelasan yang relevan. 

So… 2017 ni saya nak offer artikel percuma. Tapi hanya untuk tujuan ‘charity’ sahaja (info kerja amal - tidak berasaskan keuntungan individu atau syarikat). 

Syarat mudah… siapkan artikel lengkap dan emel kepada saya di khirkhalidmy@gmail.com. Kalau sah dan halal, saya copy terus sebagai blogpost untuk rujukan dan kekal selagi diizinkan berblogging, in shaa Allah. 

K bye :) 

Antara contoh artikel amal (charity) adalah seperti di bawah:
Baca> http://www.khirkhalid.com/2016/06/wakaf-pembangunan-maahad-tahfiz-darul.html


Selamat Tahun Baru Dan Salam Blogging 2017 


Ada kenyataan tu yang nampak kejam bukan?.. sebenarnya kebanyakkan blogger tak lah bersikap terlalu berkira. Ada sahaja blogger yang sudi membantu dengan iklas berkongsi informasi perniagaan, promosi dan sebagainya. Status ini sekadar perkongsian tentang blogger yang adakala diperlekehkan sesetengah pihak. Sekadar renungan untuk kebaikan bersama.

Saya juga merujuk kepada blogger yang serius dalam kerjaya, bukan mereka yang baru buka blog semalam dan mula demand sebagai blogger... faham kan?

Kesempatan ini, jemputlah sertai jaringan Fb fan page, Instagram, Twitter dan channel Vlog Khirkhalid.com. In shaa Allah, ada perkongsian Vlog berkaitan tips, ekspresi dan motivasi setiap hari. Salam silaturrahim dan sukses buat semua! 

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kenapa Khidmat Blogger Ada Harga
Kenapa Khidmat Blogger Ada Harga
Khidmat blogger dan bayaran, Blogger Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-6sOicPi48qY/WGz6UpLJGFI/AAAAAAAAOWA/AL8sCUsbsC0_qCqSOVFFevt5Y2PUG5ZzQCLcB/s640/Blogger%2BKK.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-6sOicPi48qY/WGz6UpLJGFI/AAAAAAAAOWA/AL8sCUsbsC0_qCqSOVFFevt5Y2PUG5ZzQCLcB/s72-c/Blogger%2BKK.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/01/kenapa-khidmat-blogger-ada-harga.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/01/kenapa-khidmat-blogger-ada-harga.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy