Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital Negara

Kepentingan Data Centre dalam era digital global - Data Centre 101, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Tahukah anda setiap kali kita menggunakan aplikasi seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, dan yang seangkatan dengannya perlu melalui Data Centre sebelum ianya sampai kepada penerima mesej yang ditujukan. Tidak terkecuali artikel yang saya tulis di blog ini sehingga ianya sampai ke pembacaan anda. Itulah antara perkara asas fungsi Data Centre yang perlu kita semua tahu.

MDEC Data Centre 101,

Pembentangan Data Centre 101 MDEC


Pada Khamis 12 Januari 2017, saya diundang ke sesi pembentangan Data Centre 101 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang menjelaskan kepentingan Data Centre dalam memacu transformasi digital negara. Ia antara aspirasi Malaysia dalam menjadi peneraju Data Centre di rantau Asia Pasifik.

Penjelasan yang disampaikan cukup membuka minda. Perlu kita tahu setiap kali ‘klik’ like atau komen di Fb contohnya; mesej tersebut perlu merentasi 20,000 km kabel dasar laut ke ‘Pusat Data’ FB di Georgia, USA. Ia kemudiannya merentas kembali kepada individu mesej tersebut ditujukan. Perkara sekelip mata seluruh dunia itu sebenarnya melibatkan proses dan protokol setiap satunya.

MDEC Data Centre 101,

Begitu juga kepada semua mesej dan informasi sama ada di media sosial, email dan pelbagai aplikasi yang ada. Ia memenuhi trafik ke Data Centre dan kemudiannya disampaikan atau disebarkan kepada pengguna maya.

Maka sekira kadar trafik semakin tinggi, penggunaan internet menjadi lembab, malah menyebabkan kenaikan kos 'connectivity and bandwidth'. 

Pada masa kini, segala urusan yang terkait dengan data centre di Malaysia perlu membelanjakan sekitar 20 peratus hingga 25 peratus kos operasi terhadap bandwidth berbanding kurang dari 5 peratus kos yang dibelanjakan Singapura, Hong Kong, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

MDEC Data Centre 101,

Malaysia Peneraju Data Centre Asia Pasifik


Menjadi hasrat MDEC membangunkan hub Data Center terbesar yang mampu mengawalselia data dan informasi jaringan maya untuk seluruh Asia Tenggara. Malaysia dilihat strategik antaranya disebabkan kestabilan ekonomi berbanding negara serantau, kadar penggunaan internet yang menggalakkan termasuk lokasi geografi diluar lingkaran gempa bumi, gunung berapi dan bencana alam yang serius.   

Justeru, dengan membangunnya Data Centre juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan kelestarian info-digital yang mampan. Ia sememangnya mampu menambahbaik pertumbuhan sektor tempatan dan menarik pelaburan antarabangsa yang membuka pelbagai peluang pekerjaan serta kerjaya dalam mendepani cabaran kemajuan era digital dan globalisasi.

MDEC Data Centre 101,
MDEC Data Centre 101,

Slide Pembentangan Data Centre MDEC


Melalui pembentangan ini, banyak info terkini diperolehi sebagai perkongsian bermanfaat dan juga persediaan dalam mendepani cabaran era teknologi digital. Ia juga menjadi aspirasi saya untuk memperkasa lagi modul pembangunan sosio-pendidikan dengan sokongan MDEC dan pihak terkait selaras dengan hasrat transformasi digital negara.

Slide Data Centre 101 boleh dirujuk di sini: Slide Data Centre 101 MDEC

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital Negara
Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital Negara
Kepentingan Data Centre dalam era digital global - Data Centre 101, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
https://1.bp.blogspot.com/-i_hkVj7Iy9A/WHg8ZH6ezeI/AAAAAAAAOZE/NEM6vjUpzPYi5glZ224y1zgtgmrxeFbawCLcB/s640/Data%2BCentre%2B101%2BMDEC%2Bimg.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-i_hkVj7Iy9A/WHg8ZH6ezeI/AAAAAAAAOZE/NEM6vjUpzPYi5glZ224y1zgtgmrxeFbawCLcB/s72-c/Data%2BCentre%2B101%2BMDEC%2Bimg.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/01/kepentingan-data-centre-memacu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/01/kepentingan-data-centre-memacu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy