Menikmati MOTORINO Pizza Di Sky Avenue Resorts World Genting

Bagi penggemar pizza, kunjungan anda ke Sky Avenue, Resorts World Genting pasti kurang lengkap sekiranya tidak merasai sendiri keenakan MOTORINO pizza yang kini baru sahaja dibuka. Restoran yang menghidangkan pelbagai menu pizza gaya Itali Neopolitan yang diiktiraf terbaik di New York, juga merupakan restoran pizza ikonik pertama di Malaysia.

Motorino pizza, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Motorino Pizza Di Sky Avenue Genting


Saya sendiri telah merasai keenakaan Motorino pizza ini bersama isteri dan rakan bloggers yang berkunjung ke Sky Avenue, Genting. Merupakan antara pengalaman menarik kerana sebagai penggemar pizza, restoran Motorino bukan sahaja menghidangkan pilihan menu pizza yang enak, malah menyediakan suasana premis yang mengetengahkan sentuhan era 60an yang unik dan tersendiri.

Saya difahamkan restoran Motorino ini dimiliki dan dikendalikan oleh lelaki kelahiran Belgium-Itali, chef Mathieu Palombino. Pembuatan pizza juga istimewa dalam ketuhar kayu dinamakan gaya Neopolitan, yang diimport dari Naples, Itali. Maka, pizza yang dihidangkan adalah tradisional, ‘fresh from oven'.

Motorina pizza, sky avenue resorts world genting,

Pilihan Istimewa Motorino Pizza Sky Avenue 


Motorino pizza menawarkan lebih daripada 20 pilihan inti yang boleh ditambah kepada pizza sedia ada. Ia termasuk kobis Brussle, dua jenis ikan bilis, arugula segar keju kerbau mozarella dan keju fior de latte (mozarella segar yang diperbuat dari susu lembu) bersama-sama dengan bahan-bahan lain seperti ayam belanda, peperoni dan kepah. 

Motorino pizza, sky avenue, resorts world genting,

Harga pizza bermula daripada RM45.00 hingga RM67.00 dengan 10 menu terbaik yang terdiri daripada marinara, margherita dan peperoni kepada citarasa tertinggi Itali. Turut ditawarkan adalah pizza kobis Brussel dengan keju fior de latte, bawang putih keju pecorino dan ayam belanda salai; pizza kepah bersama ceri dan telur serta pilihan ayam belanda bercili.

Saya juga dapat menikmati bebola daging Motorino dengan sos tomato, keju pecorino dan daun selasih. Ia hasil gabungan budaya masakan New York dan Itali. Selain itu, Motorino juga menghidangkan kepak ayam panggang berperisa lemon, pudina dan serbuk cili termasuk pilihan pencuci mulut yang terdiri daripada tiramisu, kek coklat dan gelato.... yummy!

Motorino pizza, sky avenue, Resorts World Genting,
Motorino Meatball, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Motorino Sky Avenue, Resorts World Genting,
Blogger, Motorino pizza, sky avenue, resorts world genting,

Restoran Motorino Pizza Pertama Di Malaysia


Motorino pizza mempunyai beberapa cawangan di New York, dua di Hong Kong dan Manila, satu di Singapura dan merupakan restoran yang pertama di Malaysia. The Motorino di Sky Avenue akan memiliki ruang seluas 4,000 kaki persegi, menjadikan ia restoran Motorino yang terbesar berbanding di Hong Kong dan Singapura.

Info lanjut Motorino pizza boleh anda perolehi di www.motorinopizza.com/malaysia/malaysia dan instagram @motorinomalaysia atau layari web Resorts World Genting di www.rwgenting.com.

Jom tonton vlog KK di Motorino Sky Avenue Genting.


   

13 comments:

  1. Tengok pun dah nampak lazat...bagi yang berkunjung ke Genting boleh singgah dan mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. isi banyak, harga pun berbaloi.. mmg sedap :)

      Delete
  2. Wah pizza yg sgt lazat tu tengok pic pun dh teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lazat kak PI.. puas hati, inti penuh :)

      Delete
  3. Wahhhh sampai ke Genting tue, makan pizza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali sedap jugak pekena pizza kat genting nie hehee :)

      Delete
  4. Replies
    1. Mmg sedap... smpi skrng pun dok teringat je pizza tu huhu :D

      Delete

Powered by Blogger.