Majlis ramah mesra bersama Ben Amir (pelakon Suri Hati Mr Pilot) serta sesi pelancaran produk kesihatan Go-S,
Produk pelansingan dan kesihatan Go-S yang
diformulasikan daripada 100% estrak bahan organik untuk berat badan yang ideal
dan mengekalkan keawetan wajah kini dilancarkan di pasaran. Turut diadakan, sesi
ramah mesra bersama Ben Amir, pelakon yang sedang meningkat naik menerusi drama
Suri Hati Mr Pilot, juga merupakan co-founder produk Go-S ini.
Majlis Pelancaran Produk Kesihatan Go-S
Petang Rabu – 8 Februari 2017, saya telah
menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ben Amir Serta Sesi Pelancaran Produk
Kesihatan Go-S keluaran Farbel Rich Sdn Bhd. Majlis pelancaran ini turut memperkenalkan Datin Farrah Razali, pengasas produk Go-S dan juga rakan niaga Ben Amir.
Go-S merupakan produk pelansingan dan kesihatan
keluaran 100% syarikat bumiputra dengan kilang bertaraf Good Manufacturing
Practice) GMP, OEM (Original Manufacturing Practice) dan telah mendapat
kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia diperbuat dari
bahan semulajadi seperti Guarana, Kurma, Teh Hijau, Acai Beri, Roselle, Asam
Keping, Lemon, Delima, Kunyit dan Halba.
Kelebihan Go-S Untuk Manfaat Lelaki Dan Wanita
- Memberikan tenaga sepanjang hari dan meningkatkan
metabolisme badan.
- Membantu membaik pulih sistem penghadaman.
- Mengekalkan berat badan yang ideal.
- Membantu menyingkirkan toksid dan kolestrol dalam
badan.
- Mengawal kadar gula dalam badan.
- Melawan penyakit kanser.
- Melancarkan peredaran darah.
- Membuang angin dalam badan.
Sekotak Go-S mempunyai 20 sachet yang dapat
bertahan selama 20 hari. Ia boleh diminum oleh sesiapa sahaja yang mahukan
tubuh badan yang ideal tidak kira lelaki atau wanita dalam membantu membakar lemak, memberi tenaga semasa latihan, membuang toksid dalam badan, membaiki metabolisma dan memudahkan buang air.
Aspirasi Go-S Bersama Datin Farrah Dan Ben Amir
Idea menghasilkan produk Go-S ini tercetus daripada
Datin Farrah Razali dan Ben Amir yang merupakan kenalan lama. Ia diinspirasikan
daripada resepi turun temurun Datin Farrah daripada ibunya yang sentiasa beliau
amalkan. Ketika itu juga Ben sendiri sedang terfikir menghasilkan produk kesihatan
namun tidak berjumpa yang sesuai.
Justeru, mereka berhasrat bergabung untuk
mengeluarkan produk pelangsingan dan kesihatan menggunakan bahan-bahan organik
dan bebas gula untuk langsing dan sihat secara semulajadi yang sesuai untuk
lelaki dan wanita termasuk ibu berpantang.
Bukan sekadar mengikut trend, Ben perlu melalui
proses tapisan dan R&D yang ketat untuk Go-S sehingga produk berjaya
disiapkan pada September 2016. Bagaimanapun, Ben tidak terus melancarkannya
kerana mahu melihat testimoni dari pengguna, keluarga dan dirinya sendiri.
Datin Farrah dan Ben Amir bertekad membantu
menaikkan taraf hidup suri rumah, pekerja sambilan dan pelajar dari segi
kewangan selain mengamalkan hidup secara sihat. Kini mereka membuka peluang
untuk stokis dan ejen terawal untuk menjadi rakan niaga berkongsi rezeki dengan
panduan dan tunjuk ajar yang akan diberikan sebaiknya.
Anda boleh layari info lanjut Go-S di laman web www.gosfarbelrich.com atau instagram @go_s_hq dan Facebook @goshqbyfarbel.
Jom tonton short vlog selepas pelancaran Go-S.
Go-S go slim, go sihat... "Woooww ini sangat heebattt"
COMMENTS