Unravel INTIChange 03 Fashion Show Perkasa Bakat Pelapis Industri Fesyen

Unravel INTIChange 03 Fashion Show 2017, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design (ICAD),

Unravel INTIChange 03 Fashion Show merupakan program peragaan fesyen anjuran INTI International College Subang dan INTI Center of Art & Design (ICAD). Ia merupakan portfolio graduasi kepada penuntut Diploma Art & Design, INTI International College Subang sebagai platform pengiktirafan dan persediaan sebelum menceburi industri senireka fesyen sebagai kerjaya profesional.

Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,

Unravel INTIChange 03 Fashion Show


Pada petang Jumaat 17 Februari 2017, saya telah terlibat menjayakan Unravel INTIChange 03 Fashion Show di Pavilion Elite Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia juga merupakan pengalaman pertama saya merealisasikan perlaksanaan segmen transformasi sosial bersama jaringan INTI International University & Colleges dalam industri senireka fesyen sebagai aspirasi pengisian tahun 2017 ini.

Unravel INTIChange 03 Fashion Show telahpun memasuki tahun yang ketiga. Acara kali ini memperagakan bakat dan hasil kreativiti yang diketengahkan oleh 15 penuntut jurusan Diploma Senireka Fesyen, INTI International Colleges Subang. Setiap penuntut yang menyertai dikehendaki menghasilkan 4 jenis senireka fesyen tersendiri berdasarkan konsep yang dipilih.

Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,
Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,
Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,

Bakat dan kreativiti setiap peserta Unravel INTICHANGE 03 Fashion Show diadili juri Justin Yap, pereka fesyen Malaysia yang dikenali dengan jenama Justin Yap Atelier untuk baju pengantin, evening wear, menswear, kasut dan eksesori; Nurita Harith, pereka fesyen pengantin dan Yon Wen Lai selaku Pengurus Besar Pemasaran Pavilion Kuala Lumpur.

Turut memeriahkan acara antaranya kehadiran Khoon Hooi dan Amir Luqman yang merupakan ‘notable figures’ dalam arena fesyen di Malaysia, Lyn Loh, Penasihat Sosio-Budaya Kedutaan Besar Switzerland ke Malaysia dan Kong Suan Ai, Pengarah Pemasaran Pavilion Group.

Seramai 3 peserta telah dianugerahkan INTIChange 03 Best Design Awards berdasarkan kategori berbeza. Kategori 'Creative & Innovative Design' telah dimenangi oleh Anis Sofhea Widuri; kategori 'Ready to wear collection' dimenangi Lily Farisha dan 'Best Crafted Design' dimenangi Elaine New.

Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,
Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,

Justeru, acara tahunan Unravel INTICHANGE Fashion Show ini merupakan platform yang bukan sahaja membuka peluang kepada penuntut untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam industri fesyen tetapi juga membantu memantapkan lagi kerjasama dan kolaborasi antara industri dan kolej.

Tahniah kepada INTI International College Subang dan INTI Center of Art & Design atas penganjuran Unravel INTIChange 03 Fashion Show. Terima kasih diucapkan atas kepercayaan untuk terlibat dalam memperkasa transformasi pelapis generasi industri fesyen masa kini. Penghargaan juga buat Pavilion Elite sebagai penaja venue, penaja-penaja dan semua yang menjayakan.

Unravel INTIChange 03 Fashion Show, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design,

Sebagai Blogger, Key Opinion Leader dan Speaker Pembangunan Sosio-remaja, saya menyokong inisiatif Unravel INTIChange 03 Fashion Show ini sebagai antara platform terbaik menyuntik inspirasi dalam melahirkan pelapis senireka fesyen berbakat, kreatif, versatile dan profesional untuk meneraju industri fesyen yang terbaik, selaras dengan trending gaya hidup masa kini.

Info berkaitan boleh layari www.newinti.edu.my atau www.facebook.com/inticentreofartdesign

Jom tonton short vlog barisan graduan fesyen Unravel INTIChange 03 Fashion Show


COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Unravel INTIChange 03 Fashion Show Perkasa Bakat Pelapis Industri Fesyen
Unravel INTIChange 03 Fashion Show Perkasa Bakat Pelapis Industri Fesyen
Unravel INTIChange 03 Fashion Show 2017, INTI International College Subang, INTI Center of Art & Design (ICAD),
https://3.bp.blogspot.com/-DMAIIwS1Kv4/WKkTFLHePiI/AAAAAAAAOlY/MrHK0FnSL2oV960QAxM67jl3vmAURD8_ACLcB/s640/Unravel%2BINTIChange%2B03.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-DMAIIwS1Kv4/WKkTFLHePiI/AAAAAAAAOlY/MrHK0FnSL2oV960QAxM67jl3vmAURD8_ACLcB/s72-c/Unravel%2BINTIChange%2B03.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/02/unravel-intichange-03-fashion-show.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/02/unravel-intichange-03-fashion-show.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy