Pelancaran Blok Selatan INTI International College Subang

Pelancaran Blok Selatan Baharu INTI International College Subang oleh YB Hannah Yeoh,

INTI International College Subang telah melancarkan Blok Selatan baharu yang diubahsuai bagi persekitaran pembelajaran yang segar dan bergaya cosmopolitan demi memenuhi keperluan populasi pelajar. Usaha pengubahsuaian bernilai jutaan ringgit ini menerapkan reka bentuk inovatif dan kreatif di kesemua bilik kuliah dan merangkumi kelima-lima blok, sekaligus menyediakan suasana mengajar dan belajar yang terbuka serta pembelajaran secara kolaboratif.

Hannah Yeoh, INTI Subang Jaya,

Blok Selatan Baharu INTI International College Subang


Pagi Khamis 2 Mac 2017, saya telah menghadiri majlis pelancaran Blok Selatan Baharu INTI Subang yang dihadiri Yang Berhormat Hannah Yeoh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tim Bulow, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International University & Colleges, wakil rakan industri dan pengurusan kanan INTI serta Dr Jane Lim, Ketua Pegawai Eksekutif INTI International College Subang yang baru.

Pelancaran yang dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh ini turut memberi peluang kepada saya untuk turut serta bersama para delegasi jemputan dalam sesi lawatan rasmi bagi melihat sendiri suasana prasarana Blok Selatan Baharu INTI International Subang ini. Ia menempatkan 3 fakulti yang merangkumi Universiti of Wollongong, Fakulti Perniagaan dan juga Fakulti Hospitaliti. 

INTI Subang, Hannah Yeoh, Subang Jaya,

Blok Selatan baharu turut memuatkan sebuah kawasan taman terbuka dengan set catur gergasi bagi menggalakkan rangsangan kognitif, sebuah kafe baharu untuk pelajar Fakulti Hospitaliti mendalami selok belok pengurusan sektor makanan dan minuman (F&B) dan juga ruang yang menempatkan ‘locker’ serta tempat perbincangan dan tutorial.

Bagi memudahkan perlaksanaan kaedah pembelajaran baharu, beberapa bilik kuliah telah direka khusus untuk meningkatkan kolaborasi inklusif dan komunikasi dua hala pelajar dan pensyarah. Ia bagi menggalakkan kerja berkumpulan, latihan dan pembangunan kemahiran praktikal. 

Ruang baharu yang diubahsuai turut memuatkan Hub Pelajar setinggi 3 tingkat yang dilengkapi kafe di aras bawah, ruang rehat pelajar di aras satu, dan juga ruang terbuka untuk perbincangan di aras atas. Setiap aras diberikan nama tersendiri iaitu ruang Refresh, Recharge dan Reconnect.  

South Block INTI Subang, Tim Burlow, Hannah Yeoh,
South Block INTI Subang, Hannah Yeoh,

Jelas YB Hannah Yeoh, di sinilah lahirnya pemimpin berwibawa dan warga profesional dalam pelbagai bidang. Standard baharu dalam pengajian tinggi dicipta di sini dan lebih penting lagi, INTI akan terus kekal di sini untuk membangunkan generasi muda Malaysia masa kini dan akan datang. Ia usaha yang amat penting untuk negara lantas disokong sepenuh hati dan berbangga untuk turut serta. Berpeluang juga berswafoto bersama... terima kasih YB Hannah Yeoh.

YB Hannah Yeoh, Khir Khalid, INTI Subang, Subang Jaya,

Komitmen INTI Melahirkan Pelajar Cemerlang


Pada tahun 2015, INTI Subang telah menerima 6 bintang penarafan ‘cluster’ bagi Program dan Perkhidmatan Awam MyQUEST 2014/2015. INTI juga secara kolektif mencatatkan kadar kebolehpejkerjaan tertinggi disahkan oleh BDO Governence Advisory, dimana 98% pelajar mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian, dan 82% ditawarkan gaji lebih tinggi berbanding purata pasaran.

Pengubahsuaian Blok Selatan menawarkan pengalaman belajar yang kondusif bagi mencerminkan persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang dinamik. Ia merupakan komitmen INTI dalam melahirkan pelajar cemerlang dengan membantu pelajar untuk terus membangun serta menghasilkan impak di dunia tanpa mengira pilihan kerjaya.

Penghargaan terima kasih kepada INTI International College Subang atas kepercayaan dan peluang untuk sentiasa turut sama memperkasa informasi dan aspirasi pembangunan sosio-masyarakat dalam sektor akademik negara.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pelancaran Blok Selatan INTI International College Subang
Pelancaran Blok Selatan INTI International College Subang
Pelancaran Blok Selatan Baharu INTI International College Subang oleh YB Hannah Yeoh,
https://4.bp.blogspot.com/-HMpVg_7YWNU/WLf7lQr7OOI/AAAAAAAAOq0/9cvMEJDnmp0CEBLUm-sxEh4F1dgGq1sJQCLcB/s640/INTI%2BSubang.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-HMpVg_7YWNU/WLf7lQr7OOI/AAAAAAAAOq0/9cvMEJDnmp0CEBLUm-sxEh4F1dgGq1sJQCLcB/s72-c/INTI%2BSubang.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/blok-selatan-baharu-inti-subang-untuk.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/blok-selatan-baharu-inti-subang-untuk.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy