KO Founder’s Day Memupuk Semangat Tanggungjawab Sosial

Bermula 24 Mac hingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr KO akan menyambut Hari Pengasas KO (KO Founder’s Day) bersama golongan kurang bernasib baik disamping memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat. Ia diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni menyalurkan bantuan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun.

Hari Pengasas KO, KO Skin Specialist Centre, Khir Khalid,

Pelancaran KO Founder’s Day 2017


Pada 20 Mac 2017, saya telah menghadiri majlis pelancaran KO Founder’s Day yang diadakan di Le Midi, Bangsar Shopping Centre. Tahun ini merupakan tahun kedua ia diadakan dengan tajaan Make A Wish Creations, sebuah syarikat perancang majlis dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Itali.

Majlis pelancaran dikendalikan Ratu Cantik Malaysia, Melissa Seow selaku emcee. Antara pengisian ialah tayangan video Beautiful Gate Foundation, ucapan oleh Dato Dr Ko Chung Beng mewakili KO Skin Specialist Centre. dan encik Amin Mohd Ali Sidik dari Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia.

Artis tempatan Idris Khan dan Dynas Mokhtar turut memeriahkan pelancaran KO Founder’s Day dengan sesi berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan isu kanser serta tanggungjawab sosial.

Dr Ko Chung Beng, Hari Pengasas KO, KO Skin Specialist Centre,

Sepanjang 19 tahun sumbangan dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.

Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Pada tahun ini, beliau mensasarkan untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia.

Amin Mohd Ali Sidik, Hari Pengasas KO, Persatuan Ibu Bapa dan Kanak-Kanak Kanser Malaysia,
Hari Pengasas KO, KO Skin Specialist Centre, Melissa Seow, Idris Khan, Dynas Mokhtar,

Meraikan KO Founder's Day Sebagai Tanggungjawab Sosial


Sempena KO Founder’s Day 2017, setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr KO bermula  24 Mac hingga 30 April ini, Dato Dr Ko akan menyumbang RM1.00 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Kanser Malaysia. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko selama ini.

Hari Pengasas KO, KO Skin Specialist Centre,

“Kami ingin memupuk semangat tanggungjawab sosial dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan” – Dato Dr Ko.

Anda semua dijemput untuk meraikan hari yang bermakna ini bersama di Klinik Pakar Kulit Dr Ko. Memiliki wajah yang cantik dengan tujuan murni demi kesejahteraaan masyarakat.

Info lanjut KO Founder’s Day boleh layari www.foundersday.koskinspecialist.com  

3 comments:

Powered by Blogger.