Persekitaran Dalam Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak

Diskusi tentang persekitaran rumah yang berisiko kepada kesihatan kanak-kanak, Kempen Nippon Paint's Wellness for Children,

Pada Isnin 6 Mac 2017, saya telah menghadiri sesi penerangan dan diskusi Nippon Paint’s Wellness for Children Expert Roundtable bertemakan “Mitigating Common Indoor Household Risk for Children” di Hospital Pantai Kuala Lumpur. Ia merupakan pembentangan dan diskusi anjuran Nippon Paint Malaysia dalam memperkasa informasi terutamanya kepada ibu bapa tentang persekitaran dalam rumah yang berisiko kepada kesihatan dan pembesaran kanak-kanak.

Nippon Paint's Wellness for Children,
Wellness for Children Expert Roundtable Discussion
"Mitigating Common Indoor Household Risk for Children"

Sesi penerangan dan diskusi yang diadakan ini telah diwakili 3 panel pembentang iaitu Ms Gladys Goh yang merupakan Pengurus Besar Kumpulan kepada Nippon Paint Malaysia Group, Dr Amir Hamzah Abdul Latif, Presiden Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia, dan Associate Professor Dr Jessie Anne de Bruyne, Perunding Pediatrik dan Respiratori kanak-kanak di University Malaya Medical Centre.

Menurut Ms Gladys Goh, Wellness for Children ini merupakan sebahagian kempen inisiatif Nippon Paint Malaysia dalam memperkasa pengetahuan releven kepada ibu bapa untuk kesihatan dan pembesaran kanak-kanak. Ia menjadi komitmen dalam peranan mengetengahkan informasi berterusan dengan kerjasama pakar-pakar kesihatan sepertimana isu penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD) yang telah dilaksanakan sebelum ini.    

Berdasarkan kajian mendapati 88% ibu bapa tidak mengetahui bahawa dinding rumah merupakan medium perantara virus dan bakteria, manakala kajian lain pula mendapati kanak-kanak menghabiskan 8 hingga 20 jam sehari di dalam rumah. Justeru ia menjadi aspirasi Nippon Paint Malaysia dalam mengetengahkan informasi sebaiknya sebagai pengetahuan kepada ibu bapa yang boleh dijadikan panduan, kesedaran dan pencegahan.

Ms Gladys Goh, Group General Manager, NipponPaint Malaysia Group
Dr Amir Hamzah Abdul Latif, Nippon Paint's Wellness for Children,
Dr Amir Hamzah Abdul Latif
Presiden Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia
Clinical Immunologist, Allergist dan Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur

Antara fakta risiko penyakit yang dibentangkan oleh Dr Amir Hamzah Abdul Latif adalah berpunca dari dinding, perabot dan barang permainan. Ia merupakan penyebab serangan alahan (allergy) yang biasa berlaku kepada kanak-kanak. Kebanyakkan ibu bapa terlepas pandang untuk membersihkan dinding tidak sekerap lantai rumah. Dinding rumah sebenarnya merupakan tapak bagi pembiakan bakteria dan virus yang berisiko terutamanya kepada kanak-kanak.

Dr Jessie Anne de Bruyne, Nippon Paint's Wellness for Children,
Associate Preofessor Dr Jessie Anne de Bruyne
Perunding Pediatrik dan Respiratori Kanak-kanak Universiti Malaya Medical Centre

Pembentangan Dr Jessie Ann mengetengahkan fakta yang menjelaskan bahawa, persekitaran dalam rumah merupakan ruang utama penyebab penyakit lelah atau asma (asthma) kepada kebanyakkan kanak-kanak. Penyakit asma bukan hanya berpunca persekitaran yang berabuk dan berkulat tetapi juga disebabkan hama haiwan belaan termasuk kesan atau bekas asap rokok yang ditinggalkan di dinding serta persekitaran dalam rumah.

Menurut Dr Jessie lagi, riadah dan bermain adalah penting untuk perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak sepertimana keperluan makan setiap hari. Justeru, menjadi peranan penting kepada ibu bapa agar sentiasa prihatin tentang persekitaran dalam rumah yang selamat untuk kesihatan kanak-kanak bermain dan mencegah dari terkena penyakit asma.

Nippon Paint Malaysia, Niippon Paint's Wellness for Children,
Bersama Panel Diskusi 'Mitigating Common Indoor Household Risk for Children".

Sesi dilanjutkan dengan membincangkan kebersihan dan kesihatan persekitaran dalaman rumah dan disertai sesi pertanyaan oleh para hadirin dan bergambar. Program yang berakhir sekitar 5 petang ini juga merupakan antara usaha yang diketengahkan Nippon Paint Malaysia dalam memperkenalkan solusi cat yang selamat untuk kesihatan dan alam sekitar demi kehidupan yang lebih sejahtera.

Info lanjut tentang Nippon Paint Malaysia berserta aspirasi yang diketengahkan demi kesejahteraan masyarakat boleh dilayari di www.nipponpaint.com.my
     

COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Persekitaran Dalam Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak
Persekitaran Dalam Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak
Diskusi tentang persekitaran rumah yang berisiko kepada kesihatan kanak-kanak, Kempen Nippon Paint's Wellness for Children,
https://3.bp.blogspot.com/-qDc_6AADwhs/WL7uLZ3K_qI/AAAAAAAAOus/Fpu1wXtG2QgDFXaBRCYvRy8tG9P7vId8wCLcB/s640/Nippon%2BPaint%2Bimg3.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-qDc_6AADwhs/WL7uLZ3K_qI/AAAAAAAAOus/Fpu1wXtG2QgDFXaBRCYvRy8tG9P7vId8wCLcB/s72-c/Nippon%2BPaint%2Bimg3.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/persekitaran-dalam-rumah-yang-berisiko.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/persekitaran-dalam-rumah-yang-berisiko.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy