Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017

Fintech, Finnovasia KL 2017, The future of Fintech in Asia, MDEC,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi kewangan (Fintech – Financial Technology) menjadi perhatian utama dalam pembangunan industri kewangan negara. Berdasarkan fakta Bank Negara Malaysia, 10 hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan sektor perbankan berkemungkinan besar bakal menghadapi risiko menjelang 2025 disebabkan inovasi Fintech ini.

Finnovasia KL 2017, Fintech,

Finnovasia KL 2017 - The Future Of Fintech In Asia


Pada 20 Mac, saya telah menghadiri Persidangan Finnovasia KL 2017 anjuran Finnovasia dengan rakan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Pullman City Centre Hotel and Residences, Kuala Lumpur. Ia mempertemukan lebih 30 peneraju teknologi kewangan global dan tempatan ‘Fintech experts’, termasuk pentadbir perbankan dan kewangan. 

Pengisian bertajuk The Future Of Fintech In Asia membincangkan pandangan ekslusif fakta, trend, dan cabaran teknologi kewangan masa kini serta jangkaan yang bakal berlaku di masa hadapan seluruh dunia termasuk di Malaysia dan Asia. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah sebuah negara maju perlu sentiasa bersedia mendepani cabaran inovasi Fintech ini. 

Finnovasia KL 2017, Fintech,

Masa Hadapan FinTech Di Malaysia, Asia Dan Global


Persidangan turut mengundang 3 Speaker utama iaitu Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC; Aznan Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Chin Wei Min, Pengarah Eksekutif, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Menurut kenyataan Dato’ Yasmin, MDEC merupakan organisasi yang diberi mandat untuk membangunkan ekonomi digital di Malaysia. Pada 2015, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 17.8% GDP yang mampu mencapai sebanyak 18.2% GDP yang disasarkan menjelang 2020.

Kini dengan berkembangnya budaya ‘digitalisation’ meneraju pelbagai keperluan industri, inovasi Fintech mampu membuka peluang untuk lebih berdaya saing di persada antarabangsa. Malaysia sebagai ‘global key player’ dalam Kewangan Islam, turut dilihat berpotensi sebagai platform mempelopori inovasi Fintech tempatan ke pasaran global.

Finnovasia KL 2017, Fintech,

Persediaan MDEC Terhadap Inovasi Fintech Di Malaysia


MDEC bersedia mendepani cabaran kemajuan teknologi kewangan global dan inovasi Fintech di Malaysia. Pemerkasaan inovasi Fintech ini juga menjadi antara faktor penting MDEC dalam usaha membangunkan Data Centre memacu pertumbuhan ekonomi digital negara sebagai peneraju di Asia Pasifik.

Persediaan, kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, sektor dan industri berkaitan diperingkat tempatan serta antarabangsa sentiasa menjadi keutamaan MDEC agar matlamat dapat direalisasikan dengan jayanya.     

Persidangan dengan pengisian informatif ini merupakan input baharu yang memberi nilai tambah strategik dalam pengisian modul pembangunan sosial yang saya jalankan untuk penuntut institusi sebagai persediaan mendepani inovasi Fintech. Berpeluang juga bergambar bersama Dato' Yasmin Mahmood di Finnovasia KL 2017.

Dato' Yasmin Mahmood, MDEC, Finnovasia, Fintech,

Sebagai perunding motivasi dan key opinion leader komuniti yang ditauliahkan, Finnovasia KL 2017 merupakan platform ilmu dalam memperkasa amanah pembangunan sosio-masyarakat. Input yang dikongsi menjadi aspirasi rujukan dan pencetus dalam melahirkan warga digital berwawasan, peneraju industri dan bakal pemimpin masa hadapan yang terus berdaya maju.

Inovasi teknologi kewangan di Malaysia juga bakal menyaksikan perubahan yang melibatkan pembukaan akaun, transaksi pembayaran perbankan secara online tempatan dan global yang lebih selamat dan kompetitif. Malaysia perlu senantiasa bersedia mendepani inovasi Fintech sebagai antara peneraju ekonomi digital di Asia dan persada global.

Info lanjut Finnovasia KL 2017 ini boleh dilayari di www.mdec.my.
      

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Bisnes,40,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,10,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,101,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,85,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017
Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017
Fintech, Finnovasia KL 2017, The future of Fintech in Asia, MDEC,
https://1.bp.blogspot.com/-Z3GOYcot7s4/WNFj5GFQ5RI/AAAAAAAAO8I/99p8sAI48sArVne156AibSm6OuBk_dIVgCLcB/s640/Finnovasia%2BKL%2B2017%2Bimg.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-Z3GOYcot7s4/WNFj5GFQ5RI/AAAAAAAAO8I/99p8sAI48sArVne156AibSm6OuBk_dIVgCLcB/s72-c/Finnovasia%2BKL%2B2017%2Bimg.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/persidangan-fintech-di-finnovasia-kl.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/persidangan-fintech-di-finnovasia-kl.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy